Wednesday, 31 October 2012

KEBANGKITAN EMPAYAR AHLI SUNNAH OLEH ABUYA



Syiah dan Wahabi dah mempunyai empayar mereka. Syiah dan negaranya di Iran sebagai pusat, kemudian Syria, Iraq dan Lubnan. Negara-negara Teluk adalah dibawah pengaruh mereka. Wahabi berkuasa di Saudi dan rata-rata negara Islam di dunia berpegang kepada ajaran Wahabi. Kedua-duanya sudah menjadi empayar hampir seratus tahun. Kini sudah tiba masanya, era kejatuhan empayar mereka.



Kerajaan Saudi di era kegemilangan mereka, mampu mencatur ummat Islam mengikut selera mereka kerana Haramain di bawah mereka. Mereka sesuka hati boleh merubah tarikh-tarikh penting Islam seperti mengawalkan atau melewatkan puasa, juga mengelakkan berlakunya Haji Akbar. Tapi kini mereka sudah cukup lemah. Mereka tak boleh mengelaknya lagi. Sudah tiba era kejatuhan mereka.

Syiah pula sedang berada dikemuncak kegemilangannya. Sekarang Yahudi sedang beri laluan kepada mereka untuk menghina sehina-hinanya Islam dan ummatnya. Mereka menggunakan seluas-luasnya laluan yang diberikan oleh Yahudi. Dan 90% di Saudi adalah dikuasi Syiah. Tujuannya ialah untuk mendapatkan Haramain. Sekarang kekejaman mereka berleluasa! Lihatlah di Syria dan Iraq! Ratusan ribu Ahli Sunnah dibunuh dengan kejam! Kalau sesiapa bernama Sahabat selain Ahlul Bait, akan dibunuh diketika itu juga. Kalau mereka ialah wanita, sebelum dibunuh, dirogol dahulu!

Tidak cukup dengan itu, oleh kerana darah Sunni adalah halal bagi mereka, maka mereka memaksa tahanan-tahanan mereka mengakui Tuhan selain Allah! Ini adalah realiti yang berlaku sekarang di Timur Tengah! Lihatlah di Iraq, Amerika masuk menjatuhkan Saddam dan menyerahkan Iraq kepada Syiah untuk dikerjakannya ummat Islam di sana. Tapi apa yang berlaku kepada negara yang memang Syiah adalah penguasa?! Di Syria, Amerika berlepas tangan. Alasannya ialah itu hasil kuasa veto dunia. Yang sebenarnya memang itulah rancangannya, menggunakan Syiah untuk menghancurkan ummat Islam!

Sebelum ia diperangi Imam Mahdi, ia dah dapat dilemahkan oleh Abuya. Kerajaan Malaysia dan Asia Tenggara dikala era revolusi, tak mampu menghalang syiah utk masuk mengembang pengaruhnya. Tetapi Abuya diketika itu telah terang-terangan menentang syiah! Bahkan ditulis buku, dan disebarkan melalui media elektronik diketika itu. Sedangkan diwaktu itu, ulama-ulama rasmi atau swasta tidak bersuara langsung dalam hal menghalang pengaruh revolusi syiah. Ini adalah sejarah yang tercatat dan tak boleh dinafikan!

Sekarang jemaah Abuya yang menjadi harapan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bertapak di pusat terkuat wahabi, iaitu di Haramain! Pengaruh syiah yang telah menguasai 3/4 Timur Tengah pun tak mampu menghalang! Ini adalah era kebangkitan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diterajui oleh Abuya dan Imam Mahdi. Model Islam sebenar sedang dibangunkan semula di bumi Haramain. Islam takkan kalah lagi. Ia akan kembali gemilang dan menguasai seluruh pelusuk dunia!

HAJI AKBAR HADIAH MILAD ABUYA

Haji Akbar Hadiah Milad Abuya. 

"Haji Akbar sangat berkait rapat dengan milad Abuya. Ianya sangat ada hubung kait antara satu sama lain, ia bukan satu kebetulan. Dikurun ini, ini Haji Akbar suku yang terakhir. Sudah tentu ini perkara besar. Apa rahsianya? Semua tareqat berdatangan ke Mekah bagi melihat peristiwa besar ini. 

Pada milad Abuya kali ni kita melihat kemenangan. Sebelum ini belum pernah kita lihat Wazir campur tangan dalam hal jemaah Abuya. Tapi kali ini dia sendiri campur tangan dalam hal yang berlaku dalam jemaah ini. Dia datang ke sini dijemput, bukan saja-saja. Bahkan dia menginap di istana raja disini. Ini adalah peristiwa besar yang berlaku pada Haji Akbar ini. Wahabi dah tak mampu nak menutupnya. Mereka dah cukup lemah. Inilah peranan team Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi. 

Perang Teluk, Islam kembali gemilang - begitulah kata-kata Abuya bahkan dibukukan. Peranan Abuya dan Wazir-Wazir Imam Mahadi ialah mengisi kekosongan yang dilalui umat Islam khususnya di Timur Tengah. Di Malaysia, pihak MKN sendiri sudah campur tangan dalam hal jemaah, apabila mereka sendiri ingin turut terlibat dalam hal menjaga orang penting dalam jemaah. Bahkan mereka ingin menghantar wakil mereka untuk menjaga kekuatan jemaah. Inilah hasil Haji Akbar

Abuya mempersiapkan jemaahnya dan pada masa yang sama mengembangkan sayap empayarnya. Kini Abuya sedang membuktikannya bila bertapak di Haramain. Mana-mana empayar Islam yang mahu menerajui dunia Islam, semestinya memiliki Haramain. Kini Abuya giat mempersiapkannya. Ini adalah berita besar dari Haji Akbar untuk jemaah khususnya. Bahkan tareqat-tareqat lain pun mendapat isyarat-isyarat yang sama tentang kezahiran Imam Mahadi. Seperti kata Syeikh Nazim, Imam Mahadi telah zahir kepada setengah-setengah orang. Bagi kita, Imam Mahadi zahir secara roh menutup jasad. Istilah yang berbeza tetapi masing-masing mendapat berita dan isyarat yang sama kerana sumbernya juga adalah sama. 

Kita sedang menatap kemenangan yang besar. Abuya sedang berperanan menggoncangkan dunia dan memenangkan Islam. Lihatlah dunia sekarang. Peristiwa-peristiwa yang berlaku membenarkan kerja-kerja yang Abuya dan Imam Mahadi sedang lakukan. Islam takkan kalah lagi! 

Sebelum ini, tidak pernah pihak kerajaan mahu berunding dengan kita. Tapi kali ini mereka sendiri mendokongnya, bahkan mengakui kekuatan jemaah sebenarnya pada kekuatan pimpinan Mursyid kita. Ertinya mereka sendiri mengakui peranan Abuya yang ghaib dan sekaligus membenarkan tawassul dengan Abuya selama ini. Ini adalah kemenangan Haji Akbar dan hadiah buat milad Abuya".

PERGILIRAN KUASA DUNIA

Dalam hendak merubah peta dunia, barat ambil masa 100 tahun. Tapi kalau bangsa Melayu kata Abuya, kena ambil masa 1000 tahun. Tapi kalau Imam Mahadi dan Abuya yang buat, tak perlu mengambil masa selama itu. 

Abuya memulakannya di Asia Tenggara. Abuya memulakan dengan keluarganya sendiri. Diaturkan perkahwinan antara Malaysia-Indonesia-Thailand. Maka berlakulah ikatan atas perkahwinan. Bukan itu sahaja, ahli-ahli jemaah juga dikeluargakan dan diikatkan antara negara-negara di Asia Tenggara ini. 

Abuya juga melahirkan hiburan-hiburan untuk semua bangsa. Maka lahirlah generasi nasyid dari era Arqam hingga sekarang. Meriahlah Islam oleh Abuya. Sebaliknya berlakulah pertembungan antara Abuya dan kuasa besar Asia Tenggara, yang diketuai negara Malaysia. Dengan berjayanya Abuya menyatukan Asia Tenggara atas nama Islam yang diperjuangkannya. Maka bergabunglah Asia Tenggara untuk menjatuhkan Abuya. 

Belum pernah berlaku lagi di Asia Tenggara, berlakunya penyatuan atas nama Islam. Pernah Sukarno cuba untuk melakukannya atas nama Melayu Raya, hasil pengaruh kitab Babad Jawa. Namun kerana dia bukan dijanjikan maka ianya tidak berlaku. Di zaman Majapahit, Nusantara juga pernah disatukan tetapi bukanlah atas nama Islam. Berjayalah Abuya dan Imam Mahadi yg melakukannya. Ini menggerunkan Yahudi dan menggetarkan mereka

Dunia mencatat peristiwa kejatuhan empayar barat sekarang. Dulu dunia dikuasai Rusia di timur, Amerika di barat. Kini Rusia sudah jatuh, bukan oleh sesiapa tetapi kerana ianya sendiri tak mampu menanggung kerajaannya lebih-lebih lagi jajahannya. Sekarang barat di bawah Amerika sedang di ambang maut dan berada di dalam sakaratnya. 

Kalaulah bukan kerana kebenaran, kita tak boleh melihat sebesar peristiwa ini. Bahkan kita diseret oleh Abuya dan Imam Mahadi untuk bersama-sama dalam membina sejarah baru bersama Islam ini. Pada era pemerintahan Imam Mahadi nanti, beliau adalah khalifah ummah sekaligus dunia di bawah pentadbirannya. Untuk di Asia Tenggara, beliau menyerahkannya kepada Abuya untuk menjadi wakilnya di sana

Apa yang berlaku sekarang adalah membenarkan jadual yang sedang mereka rancangkan. Kalau bukan kerana pimpinan dua pemimpin ini, bagaimana boleh kita bertapak di Haramain. Kerana dipandu dan dipimpinlah wujudnya jemaah di Haramain. Ini satu bukti Abuya dan Imam Mahdi berjaya melahirkan Bonda Wasilah sebagai wakil mereka. Bagi mereka yang tidak tahu perancangan besar di akhir zaman ini, mereka akan mengatakan ini rekaan semata-mata dan bukan kebenaran. 

Empayar di timur dan barat bersilih ganti. Antara Rom dan Parsi, bergilir menjadi empayar. Selepas itu Islam pula menjadi empayar. Dan di dalam empayar Islam, Tuhan juga pergilirkan antara bangsa sesama bangsa menerajuinya atas nama Islam. Bangsa Arab memulakannya diketuai oleh baginda Rasul, kemudian digilirkan antara Kurdish, Monggol, Cina, India, dan Turki di era Uthmaniah dan selepas itu Islam sudah tidak lagi menjadi empayar. 

Ada juga yang berkuasa dan mengatakan mereka Islam, seperti Wahabi dan Syiah yang masing-masing punya negara atau empayar mereka. Tetapi ahli sunnah selepas kejatuhan empayar Uthmaniah masih belum lagi menjadi empayar hingga sekarang. Sedangkan Wahabi dan Syiah bukanlah Islam sebenar, bahkan memalukan dan merusakkan Islam atas nama Islam. 

Sekarang adalah giliran Ahli Sunnah untuk menjadi empayar, bahkan bangsa Melayu lah yang akan menerajuinya. Maka kekuatan untuk membina empayar juga diberikan untuk melakukannya. Diberikan kekuatan perasaan dan kefahahaman, yang menjadi cita-cita untuk membahu dan memikul kerja-kerja besar ini walaupun lahirnya bangsa Melayu fizikalnya kecil. Hanya Abuya dan Yahudi sahaja yang tahu jadual kebangkitan Islam kali kedua ini.

Sunday, 21 October 2012

ABUYA MENGASASKAN SUKAN BERKUDA

Bila ada orang lain buat suatu kemajuan seseorang itu rasa tak senang atau benci maknanya dalam diri orang itu ada penyakit hati (mazmumah) hasad dengki. Maka orang itupun berusahalah untuk menjatuhkan orang yang didengkinya itu. Lebih parah lagi diajaknya orang lain membenci juga supaya dia tak seorang, supaya rasa kuat dan orang lain menganggap dia yang benar. Maka dibuatlah tipudaya untuk mempengaruhi orang lain hingga orang nampak munasabah mengapa orang yang buat kemajuan itu perlu dibenci atau dipersalahkan.

Saya ambil contoh kes, bila Bonda Ummu Jah mengusahakan wujudnya sukan berkuda dalam GISB, maka ramailah orang yang menentang, samada dalam diam ataupun yang bersuara lantang di depan atau di belakang. Di antara yang lantang menentang wujudnya sukan berkuda ini adalah mereka yang kini bergabung dalam GBA. Ditiuplah fitnah bahwa sukan berkuda itu bukan kehendak Abuya, kononnya itu hanya idea Bonda Ummu Jah yang terpaksa direstui oleh Abuya. Ditambah pula fitnah kononnya Bonda Ummu Jah bermewah-mewah menggunakan duit untuk memuaskan hobi anak-anaknya sahaja.  

Maka ramailah orang terkeliru. Ada yang menyokong sukan berkuda itu, ramai juga yang menentang. Masing-masing dengan hujah dan andaian sendiri. Yang menyokong, mungkin kerana memang suka sukan berkuda. Yang menentang, mungkin kerana termakan fitnah-fitnah tersebut. Tapi jarang sekali yang tahu hakikat sebenar kenapa sukan berkuda itu diwujudkan dalam GISB ini. 
Apakah memang cetusan dari Abuya atau bukan? 

Kalau bukan cetusan Abuya, cetusan siapa dan mengapa dia cetuskan? Kalau sukan berkuda itu cetusan Abuya, mengapa Abuya cetuskan? 
Apakah dasar, tujuan dan matlamatnya?

Pada penilaian saya, sekarang ini ahli jemaah terpecah kepada beberapa golongan dalam hal sukan berkuda ini.

1. Golongan yang faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda itu. Mereka memperjuangkannya sebagai satu perjuangan Islam. Berjuang dengan roh, dengan sepenuh penghayatan dan kesungguhan. Ini bukan soal hobi sendiri tapi memperjuangkan sesuatu yang disukai Allah dan Rasul. Dalam pelaksanaanya betul-betul ikut kehendak Allah dan Rasul.

2. Golongan yang sebenarnya tidak faham dasar, tujuan dan matlamat, tapi dia suka sukan berkuda. Maka mereka perjuangkan juga  sebagai hobi sahaja. Sebab itu dalam perjuangannya  banyak perkara-perkara yang tidak menepati kehendak Abuya.

3. Golongan yang faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda dalam Islam tapi dia benci, sebab dia tahu sukan ini akan memberi impak yang besar kepada kejayaan perjuangan Islam. Mereka inilah yahudi dan tali barutnya, musuh-musuh Islam yang sengaja dimasukkan ke dalam jemaah untuk merosak dari dalam. Para munafik ini sangat berusaha untuk menggagalkan sukan berkuda secara Islam ini. Mereka cetuskan berbagai fitnah dan isu-isu yang mengelirukan supaya orang lain ikut membenci perjuangan sunnah sukan berkuda ini.

4. Golongan yang tidak faham lalu termakan fitnah-fitnah itu. Maka mereka pun ikut menentang dengan hujah-hujah ciptaan musuh itu.

5. Golongan yang tidak faham tapi ikut mengusahakan sukan berkuda ini kerana sudah ditugaskan. Maka dia lakukan tugas itu dengan terpaksa, tanpa komitmen roh, tanpa penghayatan dan kesungguhan.  Saya bimbang kalau berterusan maka orang ini akan biarkan projek sukan berkuda itu macam 'gajah putih', projek mahal tapi terbiar, hidup segan mati tak mau. 

Sebab itulah sebelum perkara buruk itu terjadi kita kena lakukan sesuatu agar semua ahli mendokong projek  sukan berkuda itu dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Untuk itu, saya sebagai anak lelaki sulung Abuya, yang telah didedahkan dengan perjuangan Abuya dari kecil lagi merasa terpanggil untuk mendedahkan fakta sebenar tentang sukan berkuda dalam jemaah Abuya ini. Lebih-lebih lagi, Abuya pernah mengajak saya dalam kancah sukan berkuda ini sejak di zaman Arqam. Moga-moga saya dipandu oleh Abuya untuk menerangkan dan menyelesaikan kekusutan ini.

Pertama kali saya terlibat dalam sukan berkuda ini pada tahun 1984, ketika itu saya berumur 23 tahun. Saya dilantik sebagai Mudir Syukbah Syabab dan Riadah (Kementrian Belia dan Sukan) dalam Jemaah Darul Arqam. Cabaran yang Abuya berikan kepada saya sebagai menteri sukan ialah mengembalikan sukan sunnah Nabi dalam amalan kehidupan harian. Sukan yang sudah dirampas oleh yahudi nak dikembalikan semula kepada Rasulullah SAW dengan menjadikannya budaya dalam kehidupan umat Islam. 

Semua orang maklum bahwa Abuyalah tokoh terkemuka yang memperjuangkan sunah Nabi dari perkara-perkara kecil seperti memakai celak hinggalah  perkara-perkara besar seperti membangunkan jemaah Islam, daulah Islam dan empayar Islam. Abuya lah pejuang sunnah Nabi dari perkara-perkara mudah seperti makan dengan tangan kanan, hinggalah perkara-perkara susah seperti menegakkan poligami yang adil dan bahagia.

Jadi bukanlah perkara pelik bila Abuya mengarahkan saya untuk memperjuangkan sunnah sukan berkuda, berenang dan memanah. Kalaulah mengamalkan poligami yang susah itupun Abuya boleh buat, inikan pula sukan  yang disukai ramai.  Ketiga-tiga sukan itu pula jelas disebut oleh Rasulullah SAW, tidak ada khilafiah dalam hal ini. Maka saya segera menyambut arahan Abuya itu dan menjadikannya sebagai sukan utama. Ada juga sukan-sukan lain yang dikiaskan dengan ketiga-tiga sukan itu juga diamalkan, seperti berlari, melontar, berkayak, berjalan merentas desa, dsb. Bahkan pesta sukan diadakan secara istiqamah, melibatkan semua ahli khususnya pelajar. Biasanya pesta sukan dibuat di Kg. Batu Hampar atau Kg. Sempadan kerana mempunyai kemudahan yang cukup untuk bersukan. 

Pusat sukan kuda Arqam waktu itu dibuat di Sg. Rumput (sekarang menjadi Bandar Kota Damansara).  Semua ahli Arqam  faham hasrat Abuya itu dan menyokongnya. Tak timbul pro dan kontra. Seluruh jentera dalam Syukbah Syabab dan Riadah bertungkus lumus menjayakan projek Abuya itu. Maka dalam masa singkat, syukbah ini berjaya mengumpulkan wang untuk membeli kuda sendiri. Abuya melantik ahli jemaah yang  pakar kuda sebagai jurulatih, iaitu Pak Ali.


Kewujudan sukan berkuda dalam jemaah Arqam itu sebenarnya sangat memeranjatkan banyak pihak. Hingga ceritanya dimuat dalam akhbar utama negara. Keberanian Arqam, satu jemaah yang tidak disokong oleh kerajaan, adalah pencapaian luar biasa, kerana sukan ini dikenali sebagai sukan mahal, glamour, wujud di kalangan kaya dan berasal dari Barat. Seolah-olah sukan berkuda ini milik yahudi kerana realitinya sukan ini di peringkat dunia memang sangat dikuasai oleh yahudi. Hingga umat Islam sendiri tidak kenal bahwa sukan ini sebenarnya adalah sunnah Nabi, tradisi para salafussoleh dan pernah popular di kalangan umat Islam di zaman empayar Islam gemilang dahulu.

Apakah langkah-langkah yang Abuya lakukan untuk mewujudkan unit sukan berkuda itu?

1. Untuk memastikan saya benar-benar faham dan menghayati arahan Abuya itu, maka Abuya arahkan saya membuat kertas kerja tentang sukan berkuda. Saya kena cari hujjah-hujjah Quran, Hadis dan fakta-fakta sejarah tentang kuda dan sukan kuda. Selepas itu saya kena bentangkan kertas kerja itu kepada Abuya, ada soaljawab, layaknya seorang siswa yang membentangkan kertas kerja kepada pensyarahnya. Abuya tanya soalan-soalan sekira-kira saya benar-benar faham dasar, tujuan dan matlamat penubuhan sukan berkuda Islam itu. Abuya nak pastikan bahawa saya benar-benar melakukannya sebagai perjuangan Islam, bukan sekadar ikut arahan lebih-lebih lagi bukan sekadar hobi.

2. Setelah Abuya berpuas hati dengan kertas  kerja itu barulah saya dibenarkan untuk memulakan projek sukan berkuda itu. (Kertas kerja itu menjadi sebahagian dari buku Riadah Menurut Islam)

3. Bagaimana memulakannya? Abuya tak bagi saya duit  untuk membeli kuda, membuat stable dan sebagainya, tapi Abuya bagi saya team, yakni kawan-kawan sesama ahli jemaah dalam Syukbah Syabab dan Riadah. Maknanya saya kena menggembeling tenaga bersama mereka, merintihkan bantuan Allah untuk mendapatkan wang. Maka kami buat pengorbanan setiap ahli dan saya kena memulakan dari diri sendiri dahulu.  Terkumpullah sejumlah wang yang cukup untuk membeli dua ekor kuda. Nisbah keadaan kewangan Arqam waktu itu, jumlah itu dikira cukup banyak kerana harga kuda memang agak mahal.

Ajaibnya, tidak ada seorangpun yang protes. Malah sebaliknya, umum ahli Arqam merasa bangga kerana sudah dapat menyambut hasrat Abuya dalam menegakkan sunnah Nabi sekaligus memerangi yahudi.

Sukan berkuda adalah milik Islam, tapi telah dicuri dan diakui oleh yahudi sebagai milik mereka. Inilah diantara perangai jahat yahudi, apa yang baik, yang berfaedah dari Islam diambilnya.  Kemudian dikembangkan, diubahsuai hingga seolah-olah lahir dari mereka kemudian mereka isytiharkan sebagai hak milik atau hak patent mereka. 

Inilah beberapa langkah yahudi dalam mencuri sukan berkuda yang sebenarnya dari Islam:

1. Yahudi mencipta persatuan-persatuan sukan kuda peringkat dunia dan mencipta undang-undang khas tentang sukan kuda. Undang-undang itu kesemuanya menguntungkan yahudi dan meletakkan yahudi seolah-olah sebagai pencetus dan pemilik sukan itu. 

2. Yahudi membuat peraturan tentang jenis kuda yang boleh dan tidak boleh dipertandingkan. Kuda arab asli tidak dibenarkan mengikuti pertandingan pacuan bersama kuda jenis lain. Mengapa demikian?

a.  kuda arab adalah kuda terbaik, lebih-lebih lagi yang baka kuda itu bersalasilah hingga kepada kuda Rasulullah.


b. yahudi hendak menghapuskan sama sekali kesan kehebatan sukan berkuda Islam, hinggakan kuda arab pun tidak dibenarkan masuk. Nama 'arab' pun yahudi tak nak dengar.
Untuk tujuan itu, yahudi membuat undang-undang bahwa kuda yang hendak ditandingkan wajib memiliki surat beranak. Dengan surat beranak itu, dapat dikesan salasilah atau keturunan kuda itu dari mana.

3. Pakaian penunggang kuda direka khas dengan gaya barat, dari kaki hingga kepala. Sehingga bila melihat pakaian ini sahaja, kita langsung tidak tahu bahwa sebenarnya sukan kuda itu dari Islam. Imej penunggang kuda nampak sepenuhnya dari barat.

4. Program tambahan dalam sukan kuda ialah judi sehingga sukan kuda itu seolah-olah tak boleh dipisahkan dengan judi atau loteri pacuan kuda. Ini sengaja diwujudkan oleh yahudi, supaya orang tidak nampak Islam-nya sukan kuda itu. 

5. Segala perkara yang berkaitan dengan kuda diletak harga mahal. Ilmu tentang kuda disorok-sorok. Sukan kuda dijadikan sukan elit dikalangan pembesar dan orang kaya sahaja. Ini disengajakan, supaya masyarakat awam jadi tak minat sebab tak mampu menjangkaunya.
Ini semua yahudi lakukan kerana yahudi tahu bahwa sukan berkuda itu boleh mengingatkan, merapatkan hubungan hati umat Islam dengan Rasulullah SAW. Sebenarnya ingatan dan kerinduan umat Islam kepada Rasulullah itu yang nak dimusnahkannya. Sebab itu perkara-perkara yang boleh mengingatkan umat Islam kepada Rasulullah sangat dimusuhi dan dihalang oleh yahudi.

Lebih-lebih lagi, yahudi sangat tahu bahawa kemenangan demi kemenangan Islam kerana kehebatan tentera-tentera berkuda Islam, samada tentera manusia berkuda mahupun tentera malaikat berkuda yang Allah kirim dari alam ghaib. 

Fakta itu dapat kita temui dalam Al-Quran dan Hadis.
"Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah musuh" (Al-Aadiyat: 1-5)

Ketika perang Badar, Rasulullah SAW bersabda:
"Bergembiralah wahai Abu Bakar! Bergembiralah wahai Abu Bakar! Ini Jibril, malaikat yang sedang menunggang kuda putih datang bagi mengetuai 1,000 malaikat lain yang turun membantu kita,"
 
Bantuan seribu malaikat berkuda  yang diketuai oleh Jibril itu disebut dalam Al-Quran:
"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu; Seseungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." (Al-Anfal:9)

Dalam satu riwayat oleh Ibnu Saad menyebutkan:
"Pada hari itu ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang putus sehingga terpelanting jatuh ke tanah tanpa diketahui siapa yang mencantasnya."

Para tentera malaikat berkuda itulah yang melakukannya. Tentera manusia yang sedang berperang itu tidak melihat tentera malaikat tersebut.
Yahudi sangat tahu sejarah ini. Yahudi sungguh geram, dengki, takut dan dendam dengan kekuatan Islam itu. Sebab itulah mereka tutup rapat-rapat rahsia kehebatan Islam itu dengan berbagai cara khususnya dalam hal berkuda ini.

Maka demi membongkar rahsia ini, demi mengembalikan hak Rasulullah ini, Abuya arahkan kami menubuhkan sukan berkuda dalam Arqam. Inilah perjuangan Islam yang Abuya maksudkan dalam sukan berkuda ini. Selain itu banyak lagi manfaat lain dari sukan berkuda ini. 
Namun semangat juang yang Abuya tanamkan sebagai keutamaan dalam sukan kuda ini ialah:

1. Peperangan dengan yahudi, yakni membongkar kejahatan dan pembohongan yahudi terhadap sunnah Nabi.

2. Pembuktian cinta dan rindu kita kepada Rasulullah.

3. Persiapan sebagai tentera Imam Mahdi, kerana di zaman Imam Mahdi nanti peperangan akan kembali secara bersemuka antara tentera Islam lawan tentera yahudi dengan kuda dan pedang, supaya hanya tentera yang berperang sahaja yang terlibat. Imam Mahdi akan membenteras cara-cara peperangan jahat dengan senjata-senjata pemusnah seperti bom dan peluru yang mengorbankan ramai orang awam yang tidak berdosa.

Jadi, jelas di sini bahawa Abuya lah yang mencetuskan sukan berkuda ini dalam jemaah Abuya. Bukan rekaan atau idea orang lain. Dasar, tujuan dan matlamatnya sangat terang dan jelas. Kalau ada sesiapa yang belum jelas juga dan cuba menebar fitnah kononnya sukan berkuda ini rekaan Bonda Ummu Jah, maka jelaslah dia adalah orang yang berpenyakit hasad dengki. 

Dalam kesempatan ini saya juga ingin menyeru, khususnya kepada para pemimpin, lebih-lebih lagi yang dibawah pimpinannya itu ada projek kuda:

1. Pastikan seluruh jentera di bawah pimpinan tuan faham dan menghayati perjuangan Islam dalam sukan berkuda ini.

2. Para pelaksana projek ini yang umumnya adalah remaja hendaklah dipastikan mereka paling faham dasar, tujuan dan matlamat sukan berkuda ini. Supaya dalam pelaksanaannya mereka benar-benar ikut kehendak Allah dan Rasul. 

3. Perjuangan itu ada buahnya. Dan buah dari memperjuangkan sunah Nabi ini kita akan makin cinta dan rindu Nabi. Jadi, kalau sekiranya para penjaga kuda itu tidak menjadi demikian, maknanya ada yang tak kena. Janganlah sampai nampak lahirnya sibuk berkhidmat dengan kuda, tapi perangai tak berubah bahkan makin rosak. Makin pandai berkuda, makin sombong dan kasar, makin culas ibadah dan lain-lain mazmumah.

4. Projek kuda ini projek mahal. Supaya benar-benar berwibawa dan mencapai sasarannya, projek ini memerlukan banyak wang. Oleh itu pastikan jentera projek itu adalah orang-orang yang pandai merintih dan mendapat bantuan ghaib. Sudah tentu, mereka kena menjadi abid dan pejuang, menjadi orang roh, yang setiap keperluan mereka dibekalkan oleh kerajaan ajaib.

SFRA, 20 Oktober 2012

Saturday, 20 October 2012

IKHWAN ITU TERPIMPIN

Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas,  bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama. Dalam Al-Quran disebutkan:

" Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" (Al-Hujuraat: 10).

Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman yang menjadi pendokong utama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin.

Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itulah ciri-ciri yang Rasulullah SAW sampaikan.

Mereka itu diikat oleh satu pemimpin, iaitu Putera Bani Tamim. Mereka  mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat.
Bagaimana Ikhwan itu boleh jadi selaras fikiran, perasaan dan tindakannya? Ini kerana roh, yakni raja dalam diri mereka itu sama. Bagaimana roh boleh sama sedangkan jasad mereka terpisah satu sama lain? Inilah keajaiban roh. Roh adalah unsur dalam diri manusia yang boleh berhubung satu sama lain walaupun jasad orang itu tidak bertemu.

Untuk lebih mudah faham mari kita lihat teknologi atau sistem telefon selular. Cara kerja sistem telefon selular ialah microchip dalam simkad telefon boleh berhubung dengan satelite dan satelite menghubungkannya dengan microchip di simkad telefon yang lain. Dengan sistem kerja itu, maka kita menghantar dan menerima maklumat dari telefon kita kepada telefon orang lain, samada dalam bentuk tulisan, percakapan dan gambar.

Friday, 19 October 2012

TUGAS PEMIMPIN ITU BERAT

Ramai orang nak jadi pemimpin, sebab status pemimpin itu dianggap istimewa, hebat, mulia, terhormat dan bernilai tinggi pada pandangan manusia. Dengan menjadi pemimpin maka boleh dapat ketaatan, penghormatan, layanan dan pelbagai kemudahan lainnya dari para pengikutnya. Ramai orang melihat dan ingin menjadi pemimpin dari sudut faedah atau kepentingan itu. Tapi jarang manusia yang menjadi pemimpin tahu dan mahu melaksanakan tuntutan, peranan dan tanggungjawab pemimpin itu.

Mari kita lihat apakah takrif atau definisi pemimpin dalam Islam. Istilah pemimpin dalam Islam dinamakan Za'iimun dari kata za'ama, yaz'amu, za'iimun yang bermaksud orang yang memikul beban, membeban, atau bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Dari takrif ini jelas bahawa tugas pemimpin itu susah, berat dan beresiko tinggi. Kerana tugas utamanya ialah memikul beban orang lain, yakni beban para pengikutnya. Makin banyak pengikut makin beratlah bebannya. Makin banyak masalah pengikut makin banyaklah masalah yang ditanggungnya.

Jadi kalau melihat takrif ini, sepatutnya kita takut nak jadi pemimpin, takut tak mampu menanggung beban. Sebab kerja memimpin itu akan ditanya oleh Allah dan akan dibalas samada di dunia mahupun di Akhirat nanti.

Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya,

"Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya".

Dari hadis ini kita faham bahawa tanpa diusahakanpun setiap manusia ini adalah pemimpin kerana Allah telah memberi kepada setiap manusia  tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing. Oleh itu setiap orang kena faham  pemimpin itu apa, supaya tak semudah-mudahnya nak jadi pemimpin. Betapalah kalau sampai berebut-rebut nak jadi pemimpin.

Untuk lebih jelasnya, saya nak bagi contoh apa pesanan Abuya kepada saya tentang tugas pemimpin terhadap pengikut atau anakbuahnya:


1. Pengikut Jangan Diguna Kepakarannya Sahaja.

Kepimpinan secara yahudi menilai manusia sebagai komponen ekonomi untuk menghasilkan produk sebagai sumber kekayaan. Sebab itu dalam management yahudi: wang, orang dan mesin (3M: money, man, machine) dijadikan asas kejayaan sesebuah projek. Orang itu pula dinilai berdasarkan sejauh mana tenaga dan kepakarannya dapat digunakan untuk menghasilkan produk dalam projek itu.

Semakin pakar seseorang itu maka semakin mahallah nilainya. Semakin produktif seseorang itu maka semakin besarlah gajinya. Semakin banyak jasa orang itu kepada syarikat, organisasi atau negara maka semakin dihormatilah orang itu. Dapatlah gelaran dato', tan sri, tun, dll. Begitulah kepimpinan secara yahudi menilai dan menggunakan para pengikutnya.

Thursday, 18 October 2012

HANYA ABUYA DAN ORANG-ORANGNYA YANG DIPANDU, BOLEH MEMBANGUNKAN ISLAM.

Apa yang dibuat oleh Abuya, oleh kerana dia mursyid, pandangannya jauh kedepan hingga masyarakatnya tidak dapat membaca pemikirannya. Sehingga apa yang dilontarkan sebagai kebaikan kedalam masyarakatnya, ia tidak diterima baik bahkan dianggap pengacau ketika itu. Besarnya dan hebatnya jiwa Abuya bersama orang-orangnya menghadapi karenah kaumnya.

Misalnya Abuya kedepankan sunnah berserban, tetapi masyarakat ketika itu tidak menerimanya bahkan menerima tohmahan daripada mereka. Antara tohmahan,

"Ustaz Asyaari nak bawa kita ke zaman unta."
"Dia nak bawa kita ketinggalan zaman."
"Kita melayu ada budaya sendiri."

Begitu juga dengan pemakaian furdah. Tetapi bila Abuya sudah di era yang lain, yang mana model-model Islam Abuya sudah merata negeri, barulah mereka nak buat apa yang dimulakan oleh Abuya. Contoh,  penerimaan imej serban dan furdah dikalangan masyarakat sekarang, setelah puluhan tahun Abuya buat, kini mereka baru melakukannya. Contoh lagi, pendekatan dakwah melalui alat teknologi, Abuya dihina dengan kata-kata "Islam ke ni?!" kerana kejumudan mereka.

Penggunaan bas dua tingkat oleh Abuya, diperkenalkan sebelum Arqam diharamkan lagi. Bahkan ketika itu tiada langsung penggunaan bas dua tingkat di msia. Abuyalah satu-satunya yang melakukan pendekatan dakwah ini. Setelah puluhan tahun, sekarang barulah Anwar Ibrahim buat.