Saturday, 27 April 2013

JABAL UHUD, ANTARA JANJI DAN TAWARAN.

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.

Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, “Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Monday, 15 April 2013

ROH SELAWAT MENGHUBUNGKAN HATI DENGAN NABI.

Setiap sebelum sembahyang berjemaah, kita akan berselawat beramai-ramai. Melalui amalan tersebut kita dilatih mengikatkan hati kepada Rasul S.A.W. Antara jenis selawat yang biasa diamalkan iaitu Selawat Badawi. Begitu juga kita akan merasakan sangat dekat dengan Abuya selaku mursyid kita, kerana dialah yang telah mengikat hati kita dengan Rasul S.A.W. dan penyelamat di kurun ini, iaitu Pemuda Bani Tamim.

Dari Abdullah ibnu Masud, sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” Hadis Riwayat Tirmidzi

Saya pernah dibawa ekspedisi bersama Abuya, Bonda Khadijah Amm, Bonda Ummi dan Syeikh Nasiruddin Ali. Kami dibawa ke Kota Fas, Maghribi atau Moroko. Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota tersebut. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini, lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr Al-Badawi. Berketurunan Nabi S.A.W., karena nasabnya sampai pada Ali Zainal Abidin bin Husain R.A. bin Ali R.A. bin Abi Talib, suami Sayyidah Fatimah R.A. binti Saiyidina Nabi Muhammad S.A.W.

RINDU KEMATIAN RAHSIA TIDAK DITIPU DUNIA.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ.

"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." Al-Anbiya: 35

Setiap yang hidup akan merasai mati, itulah yang dibenarkan dari Quran yang datang dari Allah yang Maha Benar. Pada peringkat awal kesedaran Islam, kita sering dingat-ingatkan oleh Abuya dengan kematian. Kematian yang boleh datang bila-bila masa. Ia datang mengunjungi kita tidak kita tempat dan masa. Ia berlaku di mana-mana dan bila-bila. Ia berlaku dengan pelbagai cara.

Mati bagi orang mukmin adalah satu permulaan kehidupan. Kehidupan yang kekal abadi buat selama-lamanya. Mati bagi pencinta Allah dan Rasul, adalah syarat menemui cintanya. Mati ialah kebebasan bagi para roh, yang ianya tidak terikat lagi dengan mana-mana undang-undang dan syariat Tuhan. Bila matinya anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh. Sabda Nabi S.A.W.:

Friday, 12 April 2013

ORANG ROH TIDAK TAKUT DAN TIDAK PULA BERDUKACITA.


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." Al-Baqarah: 214

Selaku hamba Allah, kita mestilah bersikap dan berwatak yang sesuai dengan peranan hamba. Hamba itu tidak merasakan dirinya tuan, tidak merasakan dirinya mampu, boleh berbuat, kuat, hebat, dan lain-lain. Hamba itu yang patut ada padanya adalah rasa bersalah, malu, mengharap, rasa berdosa, dan seribu satu rasa lagi yang lahir dari hasil sembahyang yang melahirkan hamba Allah yang takut-setakutnya dengan Allah dan rindu serindunya dengan Rasul.

Selaku hamba juga, kita tidak boleh menjamin diri kita telah selamat. Hamba itu merasakan dialah yang paling tidak selamat. Lihatlah pada peribadi Sayyidina Umar Al-Faruq, dia merasakan dialah yang akan masuk neraka sedangkan terang-terang dalam hadis Nabi S.A.W. mengatakan dia adalah ahli syurga. Betapalah kita yang tiada jaminan nasibnya.

Hinggakan Tuhan menegur kita dengan ayat-ayat di atas, menunjukkan bahawa jangan harap kita dapat syurga selagi belum diuji seperti kaum-kaum sebelum kita, atau orang-orang sebelum kita. Mari kita nilai diri kita, keluarga kita, perjuangan kita, apakah sama dengan mereka-mereka terdahulu seperti para sahabat dan solehin?

TAKUTLAH DOA ORANG YANG TERZALIM.

Mari kita kongsikan kisah tauladan ini supaya menjadi renungan buat orang yang masih tak faham makna dan erti doa membalas kezaliman orang yang zalim. Tidak ada orang waras mengatakan perbuatan merampas hak Allah sebagai adil. Tidak ada juga orang yang waras yang menyaksikan perbuatan khianat sesama hamba Allah sebagai tidak zalim.

Suatu hari, rumah si polan dipecah masuk oleh perompak. Tuan rumah dan isterinya diikat dan tidak mampu berbuat apa apa. Anak perempuannya telah dirogol oleh perompak tersebut. Manakala anak lelakinya pula dibelasah dengan teruk. Tuan rumah hanya mampu lakukan ketika itu ialah berdoa supaya Allah hancurkan perompak-perompak tersebut. 
Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak tersebut memarahi tuan rumah dan berkata: "Mana boleh doa macam tu sebab aku ni ISLAM dan MELAYU!! Jangan doakan kehancuran sesama ISLAM, nanti Yahudi tepuk tangan!". Keesokan harinya kecoh satu kampung dan masuk akhbar tempatan dengan tajuk "DOA SI POLAN PECAH BELAHKAN ISLAM.❞ - Begitulah keadaan umat Islam akhir zaman.

Ibnu Abbas R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah mengutus Muaz ke Yaman dan Baginda berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim

Thursday, 11 April 2013

UJIAN MENGENALKAN ROH MANUSIA.

Dalam dunia pendidikan, persoalan ujian atau peperiksaan adalah merupakan suatu keperluan. Bagi yang peringkat tadika untuk memasuki sekolah rendah, maka untuk membantu guru meletakkan murid-muridnya ke dalam kelas yang baik, sederhana dan lemah, peperiksaan atau ujian adalah penilaian sangat diperlukan.

Begitulah dari peringkat rendah untuk memasuki ke peringkat sekolah menengah, juga memerlukan ujian peperiksaan. Begitulah dari menengah untuk memasuki universiti pun begitu. Lebih-lebih lagi ke peringkat PHD.

Penilaian Allah dan Rasul S.A.W. dengan yahudi tidak sama. Menurut Allah dan Rasul, secerdik-cerdik manusia ialah dia yang paling banyak mengingati kematiannya. Cerdik yang mengingati mati itu bukan yang menyerahkan leher untuk dipancung. Itu bodoh namanya. 

Kalau itulah yang dikatakan cerdik, mengapalah Rasul pun berstrategi dalam perjuangan. Rasul bersembunyi bersama Sayyidina Abu Bakar di dalam Gua Tsur bukan kerana takut, tapi itulah strategi. Itulah yang dinamakan cerdik, bahkan untuk Rasul dinamakan fatonah. Madinah di arah utara, tapi Nabi S.A.W. bersembunyi di selatan. Ini bermakna baginda Rasul dah susun strategi dari awal lagi sebelum perpindahannya. Tapi yahudi dan musuh Islam kata Nabi penakut.


Tuesday, 9 April 2013

UJIAN MENENTUKAN TAHAP IMAN SESEORANG.

Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sarat dengan ujian. Padat dengan cubaan. Ujian-ujian itu datang bersilih ganti dalam rupa, saiz, skala, warna dan jenis yang pelbagai. Manusia tiada pilihan melainkan menerima dan mendepani hakikat ini. Menerima hakikat bahawa dirinya makhluk yang dicipta Allah untuk diuji di alam dunia yang penuh dugaan dan rintangan.

Cukuplah dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta percaturan taqdir-Nya datang bersilih ganti mengena batang tubuh manusia. Tidak dapat tidak, antara susah dan senang, antara suka dan duka, lapang dan sempit, antara gembira dan sedih, antara pahit dan manis, antara sakit dan sihat, serta miskin dan kaya. Ini akan Tuhan pergilir-gilirkan dalam kehidupan seharian manusia. Hidup ibarat putaran roda. Tidak selamanya di atas dan tidak selamanya di bawah.

Perhatikanlah bahawa satu-satu ujian (keadaan) yang menimpa manusia itu tidak akan kekal lama melainkan akan bertandang pula satu situasi lain yang akan menggantikannya dan begitulah seterusnya rutin ‘ kehidupan duniawi’ yang bakal dilalui dan disaksikan manusia. Bahkan inilah juga yang dinamakan warna warni, asam garam dan rencah kehidupan.

UJIAN MELAHIRKAN MEREKA YANG SEMAKIN SOLID DENGAN PERJUANGAN.

Kita telah mengikuti kuliah dan mendapat panduan melalui PR sudah 65 kali. Bagi kita yang menerimanya, ia baru dikatakan mendapat bahan ilmu atau fakta maklumat, selagi ianya belum menjadi amalan dan penghayatan dalam kehidupan yang dilalui. Abuya selalu bacakan bait matan zubad:
العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمرة
Ilmu tanpa amal seperti pokok tak berbuah.


Berkaitan hal mehnah dan ujian, telah banyak Allah dan Rasul S.A.W. memberikan panduan-panduan yang berkaitan dengannya. Samada disebut dalam Quran mahupun didalam Hadis-Hadis Nabi S.A.W.

Sunday, 7 April 2013

ROH SEJARAH MENJADI SANDARAN.

Menyusuri Tokoh yang berjiwa atau memiliki roh yang matang. Tokoh tersebut kita temuinya di bumi Andalusia. Sesungguhnya salah satu sejarah Islam yang dapat dibanggakan hingga hari ini ialah ketamadunan yang dicapai oleh umat Islam di Andalus.

Walaupun masa telah berlalu, sejarah itu tetap dikenang sebagai pemangkin semangat untuk maju dan berharap agar pencapaian itu akan berulang. Bahkan, jika kita berpeluang menziarahi kota Andalus yang dikenali sebagai Real Madrid ini, kita akan dapati beberapa bangunan bersejarah yang masih tersergam yang dibina pada zaman kegemilangan itu. Bahkan barat sendiri pernah mengaku bahawa: "Sekiranya Islam tidak mencipta kertas, kompas dan senjata, nescaya barat akan sentiasa berada pada keadaan yang tidak membangun hingga sekarang."

Kata Abuya, "SEJARAH ADALAH GURU TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN INGATAN".

Abuya kongsikan dengan kami semasa mengulas tentang penerokaan Toriq bin Ziyad, dari bumi Tanjah, Maghribi ke Andalusia, di Eropah. Bagaimana seseorang yang hebat rohnya hingakan kata-katanya yang keluar dari hati dan jatuh kehati. Ucapan Tariq bin Ziyad yang mempunyai roh Islam yang luar biasa:

Saturday, 6 April 2013

RAHSIA KEKAL RAHSIA BERSAMA ABUYA.

Menurut Abuya, mereka yang sangat faham jadual Allah buat umat akhir zaman adalah dari dua kelompok. Pertama Abuya Pemuda Bani Tamim, dan kedua adalah Yahudi. Abuya tahu tentang jadual tersebut dan berjuang untuk membenarkan supaya ianya berlaku. Kelompok kedua iaitu yahudi, tahu jadual Allah tapi berjuang untuk menggagalkannya.

Kita dedahkan pembongkaran mengenai satu daripada ramalan Yahudi tentang kemunculan Imam Mahdi, yang secara jelas sebenarnya telah disebutkan dalam Hadis Nabi yang sahih, dan ini jelas bahawa Yahudi telah megkaji dan mengambil petikan dari riwayat hadis Nabi mengenai peristiwa akhir zaman, dan kemudiannya mengakui bahawa ianya merupakan sebahagian dari telahannya. Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إليكم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" As-Saf: 6

Friday, 5 April 2013

PEMIMPIN IALAH YANG MEMEGANG DAN MEMIMPIN HATI-HATI MANUSIA.

Di dunia hari ini, manusia sangat mementingkan diri. Sanggup menjual atas nama Islam untuk mencapai kepentingan diri. Sangat bermain dengan politik nafsu, bahkan pijak kepala orang lain untuk mencapai matlamat yang dipendamkan. Menzahirkan penampilan baik tetapi sangat bawa kepada diri. Penyakit hasad dengki, iri hati, sangat tertonjol, tetapi untuk menutupinya dengan menjual nama Islam.

"Lebih mudah melihat kesalahan kelemahan orang lain sedangkan diri bergelumang dengan najis maknawi."


Demi merebutkan kedudukan dan suasana yang selesa untuk mencapai kemahuan nafsu, mereka sanggup berkorban waktu, tenaga, dan bersusah payah untuk mendapatkan kedudukan yang boleh mencapai kepentingan diri. Kadang-kadang menggunakan berbagai-bagai cara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain untuk mencapai tujuannya. 

Abuya mempunyai pandangan tersendiri tentang peranan orang yang di atas. Menurut Abuya, mereka yang berperanan untuk menyelesaikan masalah masyarakat, adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Allah, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah Iman dan Taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan.

Orang yang berperanan sebagai hamba dan khalifah yang dapat membawa masyarakatnya kepada keselamatan yang hakiki, baik di dunia maupun di akhirat. Jadi khalifah adalah penyelamat. Bukan mudah untuk berperanan sebagai khalifah kerana tanggung jawabnya yang begitu besar. Tugasnya berat dan besar bukan sesuatu yang boleh diperebutkan. Kerana sangat sedikit jumlahnya di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai khalifah.

Di dunia hari ini, orang yang bergelar presiden, perdana menteri, sultan, raja, amir, yang di-Pertuan, pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial paling tinggi, sebenarnya bukan khalifah. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus, mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesehatan, ekonomi, pertanian, kewangan dan lain-lainnya.

Mereka bukan saja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan saja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran. Lebih-lebih lagi dikalangan orang perempuan pun berebut sama hendak memikul tugas tersebut.

Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuhkan, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun karena berebut untuk mendapatkan status tesebut. Sedangkan masing-masing hanyalah menegakkan dan memperjuangkan kepalsuan. Siapa pun berjaya, tetapi tidak mengubah apa-apa kehidupan manusia selain mentadbir dan menguruskan hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia.

Bila Tuhan dan syariat-Nya diketepikan, akhirnya manusia bertindak diluar bidang mereka. Bahkan sistem yang cantik, yang Tuhan ciptakan menjadi rosak akibat diubahsuai oleh manusia mengikut citarasa mereka.

Islam tidak mengetepikan peranan wanita dalam masyarakat, bahkan dalam sejarah Islam juga menunjukkan peranan-peranan muslimah seperti Ummahatul Mukminin sangatlah membantu pembangunan insan sekaligus meringankan beban dan tugas khalifah. Sepertilah Siti Aisyah R.A., peranannya membantu Nabi S.A.W. tidak boleh dipertikaikan. Setelah wafatnya Nabi S.A.W., beliau tetap membantu khulafaur rasyidin.

Namun peranan wanita juga terhad, mereka tidak memimpin. Kalau pun memimpin hanya untuk kaum mereka sahaja. Ada dikalangan mereka diangerahkan kelebihan melebihi kaum lelaki dari segi kemampuan akalnya mahupun jiwanya, namun tetap perlukan bimbingan kerana sebagai wanita, Tuhan bekalkan kelemahan padanya untuk mengimbangkan mereka.

Abuya ketika mengajar kelas sejarah pada awal Arqam ditubuhkan, seringkali menangis ketika bercerita tentang sejarah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol, ditangan perempuan yang dilantik sebagai pemimpin mereka. Abuya selalu mengulang sejarah ini, dan tiap kali bercerita pasti Abuya akan menangis.

Jelas menunjukkan, walau hebat manapun seorang wanita itu bersama anugerah yang diberi padanya, dia tidak boleh memimpin. Inilah yang ditinggalkan oleh sejarah sebagai panduan untuk kita, umat Islam di akhir zaman. Sejarah adalah guru, kata Abuya.

Namun realitinya kita tetap tidak belajar dari sejarah! Lihatlah negara umat Islam pada hari ini, perebutan kuasa bukan sahaja terjadi di kalangan kaum lelaki bahkan perempuan pun sudah hilang malu, bersama-sama berebut jawatan dan pangkat ini. Baratlah yang menganjurkan semua ini. Yahudilah yang merosakkan dunia dengan percaturan ini, women right katanya.

Begitulah yang terjadi bila tangan-tangan yang berkuasa hilang matlamat Islamnya. Lagi-lagilah yang memang matlamatnya bukan Allah dan Rasul, lagi jahanamlah dunia dan isinya dibuatnya. 

Mereka yang berkuasa sepatutnya bukan semakin keras dengan manusia, bahkan semakin lembut dan berhalus dalam berhubung sesama manusia. Kata Abuya, kalau ada jawatan bolehlah nak mengatur-ngatur, mengarah-ngarah manusia kerana ada kuasa. Tapi bila dah tiada kuasa atau hilang jawatan, orang akan melarikan diri, orang tak taat, bahkan boleh jadi mengambil kesempatan atas diri kita.

Sebagai pemimpin menurut Abuya, perlulah memegang hati-hati manusia. Hati manusia dipegang bukan dengan kekerasan dan paksaan. Pengalaman saya membangunkan Batu Hampar ketika bertugas di sana, Abuya pernah menegur saya. Oleh kerana bersemangat untuk membangunkan Islam bertambah pula jiwa remaja ketika itu, orang kampung akan terkejut dengan kerancakan pembangunan di Batu Hampar. Bila bangun pagi sahaja mereka lihat sudah terbangun bangunan-bangunan di sana. Terkejut mereka, "Bila dibuat ini semua? Semalam masih lapang tanah ni?" kata sesama mereka.

Namun Abuya telah menegur saya. Katanya; "Fakhrur, sementara kamu ada kuasa memanglah mereka akan taat dengan kamu. Tapi bila dah tiada kuasa, mereka akan tinggalkan kamu. Tapi kalau kamu pegang hati mereka, ada kuasa atau tidak, mereka akan taat dan dengar cakap-cakap kamu."

Jelas panduan Abuya kepada saya, yang boleh dikongsikan bersama. Tambah Abuya lagi, sebagai pemimpin dia juga adalah rakyat. Bagaimana mahu lahir pemimpin yang baik jika ketika menjadi rakyat dia seorang yang tidak baik. Kita nak orang patuh dan taat pada kita, sedangkan kita pun tidak patuh dan taat pada pemimpin kita.

"Ertinya, peranan hamba dan khalifah tidak boleh dipisahkan. Bila dipisahkan, lahirlah penguasa-penguasa yang zalim walaupun atas nama Islam. Bila peranan hamba berlaku pada diri setiap pemimpin, dia akan dipandu oleh Iman dan Islam."

Kerana itulah kita sentiasa diingatkan, jagalah sembahyang. Ia adalah hubungan kita selaku hamba dengan Tuhan. Kalau tak boleh jadi hamba yang baik melalui sembahyang, bolehkah menjadi khalifah yang baik, yang mencatur kehidupan orang lain atas muka bumi?

Wednesday, 3 April 2013

MUJAHID ATAU PEJUANG KEBENARAN YANG SEBENAR.

Pejuang kebenaran sebenar berusaha dengan gila-gila, bermati-matian memberikan yang terbaik untuk Allah dan Rasul S.A.W. Kita diciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah Tuhan di bumi. Hamba dan khalifah, dua peranan yang tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, salah satunya akan jadi jumud, satu lagi akan jadi keras dan tidak berhikmah walaupun di atas landasan kebenaran.

Sekolah Roh atau Universiti Roh melahirkan manusia yang berwatak hamba dan berperanan sebagai khalifah di atas bumi-Nya. Madrasah Roh ini atau UniRoh ini melahirkan hati hamba yang takutkan Allah. Hati yang merasa takut untuk hidup melainkan hanya untuk Tuhannya.

Hati si hamba mana yang tidak jatuh hati pada Tuhan, kerana mengetahui yang Tuhan begitu sayang gila terhadapnya. Tuhan sanggup menciptakan sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat pada-Nya. Kita ini hamba, manalah memberi faedah sedikit pun kepada Tuhan! Bahkan kitalah yang mengambil faedah daripada-Nya. Baiknya Tuhan.

Oleh itu, Sekolah Roh sahajalah yang mampu lahirkan pejuang-pejuang yang sanggup memperjuangkan Allah dan Rasul dengan gila-gila dan bermati-matian.


APA ITU JIHAD FISABILILLAH?

Perkataan atau kalimah 'JIHAD' telah disalahertikan. Ia sudah dicemari dengan hal-hal yang bersifat negatif, padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia. Ia datang dari Tuhan, dari Rasulullah, dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu kalau dapat dilaksanakan dengan tepat, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan.

Malangnya sekarang jihad sudah dikotori oleh umat Islam sendiri. Bila dikatakan jihad, yang dibayangkan ialah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini, serangan berani mati, sabotaj, dan lain-lain keganasan lagi, sehingga hendak sebut perkataan jihad pun sudah malu dan rasa inferiority complex (malu tak bertempat). Ini kerana orang bukan Islam sudah pandang serong dengan perkataan jihad. Umat Islam sendirilah yang sudah menyalahertikan jihad itu.

Erti jihad menurut yang telah Abuya terangkan.

Orang ramai mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya

Tuesday, 2 April 2013

GOLONGAN YANG MENDAPAT BANTUAN DARIPADA ALLAH.


كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". Al-Baqarah: 249


Al-Quran mengisahkan bagaimana keadaan kaum muslimin pada saat Perang Badar. Jumlah mereka sedikit, dan kelengkapan perang mereka juga sedikit. Namun, mereka tetap yakin kepada Allah, sehingga mereka pun berdoa kepada Allah agar memberi mereka kemenangan. Allah berfirman yang bermaksud :
"(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut". (al-Anfal: 9)

Monday, 1 April 2013

SEJARAH ADALAH GURU TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN INGATAN.

Kata Abuya 'sejarah adalah guru'. Kita kena ambil pengajaran di setiap yang berlaku ke atas jemaah perjuangan ini, mana yang baik diteruskan dan kembangkan. Manakala kekurangannya kita tampung dan perbaiki. Firman Allah :

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ.
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" Yunus: 92