TUN MAHATHIR DAN ABU SUFYAN, JADUAL ALLAH SEMAKIN DEKAT.
Tanggal 14 Januari 2017 membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Parti baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih sepuluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja. Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya. Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mere