Posts

Showing posts with the label ikutan

RASUL AKHIR ZAMAN YANG TAK PERLU MENULIS DAN MEMBACA.

Bulan ini umat Islam diseluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program dan acara. Mengingati pemimpin Agung yang tidak ada tolok bandingnya. Tuhan sendiri yang memuji dan berselawat keatas diri Baginda SAW. Tuhan hendak memudahkan manusia mendapat pimpinan maka dilantik Rasul dikalangan manusia itu sendiri bukan dari golongan makhluk lain saperti jin atau malaikat. Firman Allah mafhumnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu utusan Allah dari kalangan kamu ...." Dalam ayat yang lain Tuhan sebut yang mafhumnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh ikutan yang baik". Maksud tersirat di sebalik makna sambutan perayaan tersebut  sebenarnya bertujuan membawa kita memahami, menyelami seluruh keperibadian Rasulullah dan untuk menyemarakkan rindu kepada Rasulullah SAW. Lantas, baginda menjadi role model terbaik manusia seluruh alam. Namun berapa ramaikah dikalangan kita sekarang yang benar-benar menghayati keperibadian Rasulullah? Kebangkit...