Posts

Showing posts from May, 2016

LIDAH YANG MEMBAWA MANUSIA KE SYURGA ATAU KE NERAKA.

Image
Menurut Imam Al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.” Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.  Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabk

PERCATURAN ALLAH MEMPROSES MALAYSIA DAN SEISINYA.

Image
Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik keislamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain, tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah. Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis y