Posts

Showing posts with the label ubat jiwa

PERCATURAN ALLAH MEMPROSES MALAYSIA DAN SEISINYA.

Image
Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik keislamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain, tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah. Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis y...