MENCEGAH DAN MENGUBATI PENYAKIT MANUSIA.
Pepatah Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik dari mengubati. Jika ditafsirkan menurut bidang perubatan, menghalang dan menghindar diri daripada mendapat jangkitan penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya setelah dijangkiti atau terkena sesuatu penyakit. Menjaga kesihatan diri adalah dituntut dalam Islam. Jika badan tidak kuat dan tidak sihat, ianya menyukarkan dan menyulitkan kerja-kerja kebajikan yang mahu dilaksanakan. Payahlah hendak berkhidmat dengan manusia kerana masalah kesihatan. Begitu besar sekali nikmat kesihatan pada manusia yng Allah Taala berikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari). Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Begitulah Allah Taala yang sangat kasihkan ...