Posts

Showing posts with the label Ilmu

ZIKIR DAN TAHLIL MELAHIRKAN PENYELAMAT.

Image
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'd, 28. Hati yang mengingati Allah swt, diberikan anugerah dan nikmat yang besar, iaitu KETENANGAN. Tenang dan tenteram ini adalah satu perasaan yang bukan dibuat-buat atau direka-reka. Allah swt adalah Penjaga Hati ( Muqallib Qulub ), maka Dia jugalah yang merubah-rubah perasaan manusia mengikut amalan dan perjalanan hatinya. Orang yang hatinya diberi ketenangan, fikirannya berjalan dengan baik, jauh pula pandangannya. Ini kerana hatinya tidak diberatkan dengan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila hati tenang maka fikiran akan menjadi lapang. Subhanallah. Maha Hebat Allah swt menjadikan semua ini. Daripada dalil Quran tadi, sudah cukup membuktikan bahawa mereka yang mengingat...

PENDIDIK MEMBERI ILMU DAN MEMBINA AKHLAK MULIA.

Image
K ejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cita kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah dari ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.  Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya "PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA" . Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang ertinya tingkah laku menurut kamus Besar Dewan,   Perangai menurut kamus Arab-Melayu oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, Sifat atau watak menurut kamus OXFORD FAJAR. Akhlak maksudnya perangai, sifat...

PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

Image
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam ...

ILMU TANPA HIDAYAH MENJAUHKAN MANUSIA DARI ALLAH.

Tidak dapat kita dinafikan betapa pentingnya ilmu atau minda itu dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi kaku. Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak, tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya. Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu/minda. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu. Islam amat menitik-beratkan tentang ilmu. Tidak serupa orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada abid yang jahil. Orang yang jahil itu adalah seteru/musuh Allah.  Rasulullah saw pernah bersabda: ”…Keutamaan orang yang berilmu dibanding ahli ibadah laksana keutamaan bulan dibanding seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (harta), tapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa yang boleh memiliki ilmu tersebut, bererti dia te...