Posts

Showing posts with the label reformer

IMAM MAHDI PEJUANG KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT.

Image
Para pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat dibantu oleh Allah SWT. Allah berikan mereka ilmu, kaedah perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya musuh serta pelbagai kekuatan lagi. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, sesiapa (pe­mimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari aga­ma-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemim­pin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54) Hadis-Hadis tentang Imam Mahdi dan jadual Tuhan di akhir zaman banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan. Maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham se...