KEMUNCAK KEGEMILANGAN ROH ISLAM DI ERA KEPIMPINAN UMMAH.

Kita sedang menanti kedatangan pemimpin bertaraf ummah, atau bertaraf khalifah sepertimana dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengenai akhir zaman. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Datangnya pemimpin bertaraf mujaddid ini membawa semula roh Islam yang dicabut dari umat Islam. Kalau kita faham, zaman kemuncak kegemilangan roh Islam berlaku di era kepimpinan ummah atau mujaddid penutup. Persoalan pemimpin ummah ini atau mujaddid penutup amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid akhir. Malangnya termasuk orang yang tahu adanya mujaddid turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh. Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa...