KEMUNCAK KEGEMILANGAN ROH ISLAM DI ERA KEPIMPINAN UMMAH.
Kita sedang menanti kedatangan pemimpin bertaraf ummah, atau bertaraf khalifah sepertimana dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengenai akhir zaman. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Datangnya pemimpin bertaraf mujaddid ini membawa semula roh Islam yang dicabut dari umat Islam. Kalau kita faham, zaman kemuncak kegemilangan roh Islam berlaku di era kepimpinan ummah atau mujaddid penutup.
Persoalan pemimpin ummah ini atau mujaddid penutup amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid akhir. Malangnya termasuk orang yang tahu adanya mujaddid turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh. Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.
Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi.
Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para mujaddid. Kalaupun ada diambil atau difokuskan pada sudut tertentu, seperti dibidang ilmu fiqh sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, yang diambil daripadanya hanyalah ilmu sahaja itupun disembunyikan peranan dan siapa sebenarnya. Seolah-olah beliau sama taraf dengan ulama lain, padahal kerana beliaulah akidah umat Islam terpelihara. Begitu juga dengan Imam As-Sayuti dan Imam Syafie. Kerana jika dibesarkan peranan mereka maka roh dan jiwa umat Islam pasti subur semula dan ini yang menakutkan musih-musuh Islam terutama yahudi.
ILMU ROHANIAH.
Bagi membantu untuk memahami zaman kemuncak kegemilangan roh. Kali ini kita berkongsi ilmu persoalan roh. Pengetahuan yang Tuhan anugerahkan kepada ulama ahli sunnah wal jamaah. Dari kaca mata pegangan ahli sunnah wal jamaah. Moga-moga akan jadi makin kenal dan cinta kepada orang-orang Tuhan atau orang-orang rohani. Moga semakin terasa kebesaran Allah yang diberikan kepada kekasihnya dengan mukjizat Rasulullah SAW serta karamah para wali Allah.
Ilmu rohaniah tidak semudah menulis ilmu-ilmu lain seperti ilmu feqah, ilmu sejarah ilmu tauhid dan sebagainya. Ia bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan yang luas bahkan perlukan ilmu rasa atau ilmu zauk ( ذوق ). Yakni hasil daripada pengalaman yang diperolehi setelah mengamalkan syariat melalui mujahadah yang sungguh-sungguh secara berterusan dan istiqamah.
Ilmu ini subjeknya ialah roh atau hati nurani yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Ia hanya dapat dirasa dengan mata hati ( بصيرة ). Maka untuk memperkatakan hal-hal yang maknawi (subjektif) atau hal-hal yang absrak ini; yang mana ia dapat dijangkau oleh orang-orang yang mempunyai mata hati atau roh yang bersih setelah melalui proses mujahadah yang sungguh-sungguh dan istiqamah ( berterusan ); terlalu sulit untuk menggambarkannya melalui tulisan ini.
Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh ( hati nurani manusia ). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu:
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Ash-Shams:9).
Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.
Maksud hadis : "Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh."
( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir ).
Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita. Semua anggota lahir (fizikal) seperti tangan kaki dan sebagainya cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Anggota lahir ( fizikal ) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruh sahaja.
MENUNGGU KETIBAAN PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN.
Selagi dunia belum kiamat, setiap zaman ada orang yang diberi barakah oleh Tuhan. Bilangan mereka tidak ramai, hanya bilangan jari sahaja. Itupun ramai orang tidak kenal. Bahkan adakalanya mereka dimusuhi dan disusahkan. Disebabkan merekalah dunia tidak dikiamatkan. Disebabkan mereka jugalah manusia diberi rezeki. Juga manusia selamat dari bala bencana disebabkan mereka yang diberi barakah. Hujan masih turun kerana mereka. Doa mereka kabul, manfaatnya untuk semua. Orang ramai diberi rezeki tidak tahu atau tidak sedar kecuali satu dua.
Begitulah peranan orang Tuhan di dunia pada setiap zaman. la penyelamat bagi manusia semua. Kalaulah bukan kerana keberadaan mereka di dunia, manusia tidak ada yang selamat. Selamat itu bererti selamat dari kejahatan nafsu dan syaitan, selamat dari kejahatan ciptaan manusia itu sendiri.
Taraf keberkatan mereka tidak sama. Ada yang bertaraf kampung atau daerah dan negara. Yang besarnya adalah yang bertaraf dunia. la datang sekali-sekala. Mungkin beratus tahun sekali baru ada. Di awal kurun ia pasti berlaku seorang yang membawa berkat seluruh dunia. Kerana ada janji dari Tuhan melalui sabda Nabi-Nya. Berita gembira untuk semua manusia.
Kita kena bersiap untuk bersama-sama perjuangan Islam yang bertaraf dunia. Seorang Pembela kebenaran dan menegakkan keadilan bertaraf dunia yang dirindui oleh umat Islam seluruh dunia akan tiba. Kerana ditangannya terletak tugas mengembalikan kegemilangan Islam kali kedua, maka dia bukan pilihan dari manusia tetapi adalah pilihan Allah. Dan bila ia terjadi di waktu itu nanti, sudah pastilah seluruh umat Islam dari seluruh dunia menyatakan kesetian kepadanya. Seluruh manusia waktu itu menyaksikan kemunculan empayar Islam. Kejayaan daripada perjuangannya yang bertaraf sejagat.