MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah.

Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....”. Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. Begitu jugalah kepimpinan mujaddid yang mewarisi dan meneruskan kepimpinan Rasulullah melakukan perkara yang sama. Ertinya kepimpinan mujaddid mengulangi perkara yang sama. Rasulullah disebut Sohibul Azman dan mujaddid disebut Sohibul zaman.

Hal ini bukan suatu yang mustahil. Dalam kitab-kitab terdapat banyak kisah menceritakan bagaimana orang mati (roh orang soleh) boleh membantu orang hidup. Kalau orang soleh pun boleh membantu secara roh, tentulah hal ini Tuhan benarkan berlaku kepada Rasulullah SAW selepas kewafatannya dalam memikul tugas sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Bahkan sebelum kelahirannya lagi roh atau nur Muhammad yang suci itu telah berperanan. Nabi Adam a.s. per­nah bertawasul dengan Rasulullah SAW apabila melihat nama Muhammad digandingkan dengan nama Allah di Syurga.

Begitu juga Baginda ada berpesan yang bermaksud: "aku tinggalkan pada kamu dua perkara sebagai panduan jika berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama berada diatas landasan tersebut. Itulah Kitabullah (Al Quran) dan   Sunnah Ku". Begitu juga pimpinan warisan ambiyak, mengikut pimpinan mereka juga akan terpimpin. Maksud hadis nabi SAW: "Ulama warisan para nabi."

Banyak perkara yang diperkatakan oleh Mursyid kita Abuya Attamimi berlaku selepas ketiadaannya. Seperti Anwar Ibrahim tidak akan menjadi perdana menteri, dan sekarang terbukti bahkan lebih parah lagi dan jatuh dalam keadaan sangat terhina. Contoh diperingkat antarabangsa, Abuya pernah menyebut didalam sajaknya, Empayar Soviat Union yang diketuai oleh Rusia akan jatuh dan hilang dari peta dunia. Beberapa tahun selepas di perkatakan oleh Abuya ternyata berlaku. Cukuplah dua contoh yang telah disebut yang satu diperingkat dalam negara dan contoh yang kedua berlaku di luar negara. Perkara yang sedang kita tunggu, tanda-tandanya telah mula berputik berlaku, seperti barat di ambang maut atau barat seperti singa tua, dan bangsa Cina memeriahkan kebangkitan Islam.

Siapa sangka bahawa panda boleh menjadi penghubung yang baik bagi dua negara. Bagi kebanyakan orang, mereka menilai isu panda hanyalah isu remeh dan pembaziran. Tapi bagi mereka yang melihat dari sudut dan kacamata yang berbeza ini adalah hubungan dua hala yang bertujuan membaiki hubungan dua negara yang melibatkan kuasa besar dunia, juga bersifat negara veto. Lebih-lebih lagi bagi yang melihat dengan panduan yang Abuya berikan ternyata ini khabar gembira membenarkan kata-kata bangsa cina akan memeriahkan kebangkitan Islam. Siapa sangka Malaysia menjadi rebutan kuasa besar, samada untuk dikambing hitamkan atau kepentingan masing-masing, ternyata nama Malaysia bukan sembarangan di arena antarabangsa. Kalau Malaysia tiada apa-apa mengapa Amerika begitu serius memburukkan Malaysia, pada masa yang sama memanggil Perdana Menteri bermain golf bersama.

Ilmu-ilmu yang menggali hikmah dan menyatakan perilaku para wali dan orang-orang soleh terutamanya tentang kepimpinan mereka, ilmu-ilmu seperti itu tidak mudah dicapai dan tidak cepat mencapai hasil apabila tidak disertai dengan keyakinan. Bahawa sejarah perkembangan dan kebangkitan Islam di negara kita yang tercinta Tanah Melayu, juga gugusan Nusantara khususnya kepimpinan para wali itu sendiri perlu dikongsikan berdasar fakta-fakta yang lebih tepat berdasarkan kaca mata Islam. Bukan dari kacamata musuh Islam dan orientalis. Kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada Abuya Attamimi yang telah banyak kongsikan ilmu-ilmu tersebut dengan kita. Ilmu dan maklumat tersebut bukan sahaja menambahkan pengetahuan am, lebih lebih lagi menghiburkan untuk memperjuangkan Islam di akhir zaman.

Allah berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan bagi setiap generasi ada yang mem­beri petunjuk.” (Ar Raad: 7)

Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah rasul-rasul dan nabi-nabi. Ertinya setiap zaman, Allah pasti akan mendatangkan orang-Nya yang menjadi petunjuk kepada manusia.

Era kurun yang kita lalui juga Tuhan datangkan seorang bertaraf wali besar. Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang tujuh ta­hun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk mem­bu­nuh­nya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mah­di, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi. Nabi Isa diutuskan kali kedua memperjuangkan syariat Nabi Muhammad SAW dan kali ini sebagai umat Rasulullah SAW. Kepimpinan mereka bertarat ummah atau bertaraf sejagat. Bertaraf wali besar dikenali dengan gelaran Imam Mahdi yang kekuatannya dinamakan karomah. Nabi Isa didatangkan sekali lagi bukan membawa syariatnya sebelum ini tetapi membawa syariat Nabi Muhammad SAW. Kekuatannya dinamakan mukjizat.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir. Selepas­nya tiada lagi nabi atau rasul sebab baginda ialah Nabi akhir zaman. Selepas kewafatan baginda SAW, dunia bersambung untuk 15 kurun lagi sebelum Kiamat. Ertinya selama 1500 ta­hun, manusia mempunyai Nabi yang telah wafat. Dan Nabi yang jasadnya telah wafat inilah sedang membantu umatnya di akhir zaman. Perkara ini hanya diyakini oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.



Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?