DUNIA HANYA DISERAHKAN KEPADA ORANG ROH.
Di sana-sini dunia terus dilanda pergolakan. Manusia hari ini hidup dalam keresahan dan kebimbangan. Sama ada umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Pergolakan perasaan tersebut tidak mengira bangsa dan agama. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.
Tuhan berikan kekuatan rohaniah kepada kepimpinan orang roh untuk mengesan kegelisan hati-hati manusia. Keupayaan roh tersebut membantunya dapat melakukan satu pembaharuan yang diperlukan oleh manusia. Pemimpin roh telah gabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang membangun dan dapat mengekalkan rasa kehambaannya. Pejuang yang dapat kekalkan hatinya rasa kehambaan kepada Allah, dalam masa yang sama di tangannya berlaku kemajuan material yang menjadi keperluan manusia. Mereka ini dengan kata-kata lain, 'jiwa sufi dan berteknologi' atau sebagai 'Khalifah' yang kekal rasa hamba. Mereka ialah 'Orang Roh' yang berperanan dalam dunia koperat, iaitu dalam bekerja tidak dipisahkan dunia dan akhirat. Orang roh peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Orang roh perkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Orang roh boleh jadi pemimpin yang berjaya. Orang roh boleh jadi ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Ciri-ciri mereka ini ada disebut di dalam Al-Quran.
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ.
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al Hajj (22:35).
Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. -Kalau Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami peurbahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah SAW.
Pada kebangkitan Islam kali kedua ini, perkara yang sama Tuhan lakukan kepada perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Perkara tersebut juga termasuk contoh sunnatullah. Apa yang kita telah diberitahu oleh Abuya bahawa kebangkitan kedua akan mengulangi kebangkitan pertama. Apa yang diulangi bukan sahaja bersifat lahiriah tetapi apa yang diulangi juga ada yang bersifat rohiah atau maknawiah.
Sebelum datang kepimpinan ummah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan penyelamat dunia sejagat. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang berkasih sayang, mudah saja mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang membawa dan memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.
Firman Allah:
وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَٰفِرُونَ
Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (As-Saff (61:8).
Satu kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamananan. Walaupun di dunia yang bangsa-bangsanya sudah memerlukan satu keadilan dan kasih sayang namun ia tetap memerlukan satu sistem alternatif. Maka pada kali ini adalah giliran Islam. Perkembangan Islam di Malaysia sudah menjadi bualan dan perhatian oleh dunia. Para pelancong beragama Islam atau bukan Islam ke Malaysia sangat tertarik dengan suasana masyarakat di Malaysia yang hidup harmoni. Mereka tahu rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Ada juga umat Islam yang menginginkan kebangkitan Islam berlaku di negara-negara mereka, walau diusaha apa-apa pun namun ianya tidak berlaku malah keadaan semakin teruk. Lihatlah timur tengah yang berlaku pada umat Islam yang ingin bangkit atas nama Islam, sudah dapat kuasa pun seperti di Mesir namun dijatuhkan kembali dan pemimpin-pemimpin mereka ditangkap bahkan ada yang nak dihukum mati. Itu yang tersebar di media massa, yang dibunuh diam-diam dan dirahsiakan banyak lagi. Hasilnya mereka bingung tidak tahu buat apa. Dah dapat kuasa tumbang juga, al hasilnya tidak mengulangi kebangkitan Islam seperti di zaman Rasul saw. Hasil perjuangan mereka yang kita lihat ialah Islam jumud, yang kasar dan keras, yang orang Islam sendiri pun merasa tidak tenang dan senang apatah lagi bukan Islam. Terjadinya perkara sebegini ialah kerana Islam itu tidak diperjuangkan mengikut jalannya, tidak mengikut kaedah Nabi Muhammad saw, tidak menepati syarat dan syariat, kerana itulah dapat kuasa pun Allah tidak izinkan begitu lama. Kerana Islam yang akan berkuasa ialah Islam seperti yang dibawa oleh baginda Rasul saw. Masanya akan tiba.
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya; “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”. (Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Dan Abu Nu'aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya :
“Al Mahdi daripada kami Ahlul bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, seperti dia dipenuhi kezaliman”.
Dan telah mengeluarkan Abu N'aim dan Al Khatib dalam Talkhis Al mutasyabih dari ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW :
“Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru : Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia”.
Sesuai dengan janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar, dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagai mana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para sahabat.