Posts

Showing posts from December, 2015

RAJA-RAJA MELAYU AKAN BERPERANAN DI KEBANGKITAN ISLAM KEDUA.

Image
Alhamdulillah, beberapa bulan lepas penulis diizinkan Allah taala dan berpeluang ke Klang, dan menjejak kawasan sejarah perjuangan Abuya dan keluarga Syaikh Muhammad As-Suhaimi di sana. Abuya pernah bersekolah di Klang, sekitar tahun 1954 hingga 1958 di Madrasah Hisamuddin yang kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih atau dikenali juga SAMSHSB . Ianya terletak di Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih, Klang, Selangor darul Ehsan. Sedikit maklumat ringkas mengenai Madrasah Hisamuddin atau SAMSHSB ini; Sejarah Maahad Hisamuddin ini bermula apabila Pengetuanya yang pertama, Syeikh Mahmud Al – Bukhari yang merupakn seorang tokoh agama yang tidak asing di negeri Selangor, datang ke Malaysia pada tahun 1940an atas jemputan Al- Marhum Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Syeikh Mahmud berketurunan Bukhara dan berasal dari Mekah. Beliau pernah tinggal di Teluk Pulai Klang dan kemudian menetap di Kampung Kuantan Klang. Pengajian secara tidak

UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.

Image
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul. Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian. Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa sebab dan hi