UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul.
Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian.
Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang lain kerana nikmat yang diberikan itu membolehkan kita berikan khidmat pada yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Malah mendapat ganjaran istimewa disisi Allah taala bila menggunakan kesenangan dan nikmat yang ada pada Fisabilillah, untuk agama Allah.

Namun telah digambarkan dalam sejarah hingga dicatatkan dalam Al-Quran, ujian nikmat dan kesenangan ini membuatkan ramai manusia kufur dengan Allah, menjadi zalim, bergaduhan sesama sendiri hingga bermusuhan dan berbunuhan. Tidak ramai yang boleh manfaatkan nikmat yang Allah berikan, apatah lagi jika nikmat itu Allah berikan secara banyakknya! Dikalangan para Nabi dan Rasul pun, yang menjadi raja atau penguasa tidak ramai, bilangan jari ramainya. Antaranya Nabi Sulaiman, sebelumnya ayahnya iaitu Nabi Daud, juga Nabi Yusuf, inilah antara yang kita ketahui kerana tercatat dalam Al-Quran. Selebihnya para Nabi dan Rasul yang lain memilih kehidupan yang biasa supaya menjadi contoh dan ikutan yang mudah buat umat manusia. Namun manusia kurang berminat mencontohi para Nabi dan Rasul. Jika kaya pun mencontohi kehidupan dan gaya hidup orang yang dimurkai Allah, kurang sekali orang kaya mencontohi Nabi Daud dan Nabi Sulaiman serta Nabi Yusuf, malah orang yang susah pun tidak mahu mencontohi kehidupan nabi-nabi dan rasul yang lain.
Maksud firman Allah dalam Al-Quran;
Kemudian apabila Tholut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka.
Setelah Tholut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". Al-Baqarah: 249
Daripada sejarah yang tercatat dalam Quran, mengenai Tholut dan pengikutnya, Allah uji mereka dengan kesusahan dan kepayahan dalam hidup mereka, hinggakan mereka meminta pada Nabi Samuel untuk meminta kepada Tuhan agar dilantik dikalangan mereka seorang pemimpin yang menyatukan dan menguatkan mereka untuk menjalani dan meneruskan kehidupan. Namun setelah Allah lantik Tholut, dikalangan pembesar dan bangsawan ramai menolaknya. Berjuanglah Tholut dan ribuan pengikutnya daripada kalangan petani dan rakyat biasa, namun itupun setelah ujian demi ujian, dan kemuncaknya ialah ujian nikmat dimana Allah uji dengan kawasan tanah yang subur dan punya sumber air yang tak putus, tinggallah Tholut dan 313 orang pengikut sahaja daripada ribuan orang ramainya.
Begitulah ujian yang Allah berikan kepada mereka yang ingin berjuang di jalan-Nya. Allah akan berikan nikmat dan ujian silih berganti kepada hamba hamba-Nya. Nilailah nikmat dan kesenangan yang Allah berikan, apakah digunakan sebaiknya? Nilailah pula ujian yang Allah berikan, apakah terlalu berat ujian itu hingga kita lupa pada-Nya? Tidak ada satu pun yang Allah lakukan dan berikan melainkan untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Jika mendapat nikmat atau ujian kita semakin jauh daripada-Nya, itu tandanya kita berada dalam kemarahan-Nya. Cepat-cepatlah bertaubat dan memohon ampun sebelum terlambat.