RAJA-RAJA MELAYU AKAN BERPERANAN DI KEBANGKITAN ISLAM KEDUA.

Alhamdulillah, beberapa bulan lepas penulis diizinkan Allah taala dan berpeluang ke Klang, dan menjejak kawasan sejarah perjuangan Abuya dan keluarga Syaikh Muhammad As-Suhaimi di sana. Abuya pernah bersekolah di Klang, sekitar tahun 1954 hingga 1958 di Madrasah Hisamuddin yang kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih atau dikenali juga SAMSHSB. Ianya terletak di Jalan Tepi Sungai, Sungai Bertih, Klang, Selangor darul Ehsan.

Sedikit maklumat ringkas mengenai Madrasah Hisamuddin atau SAMSHSB ini;

Sejarah Maahad Hisamuddin ini bermula apabila Pengetuanya yang pertama, Syeikh Mahmud Al – Bukhari yang merupakn seorang tokoh agama yang tidak asing di negeri Selangor, datang ke Malaysia pada tahun 1940an atas jemputan Al- Marhum Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Syeikh Mahmud berketurunan Bukhara dan berasal dari Mekah. Beliau pernah tinggal di Teluk Pulai Klang dan kemudian menetap di Kampung Kuantan Klang. Pengajian secara tidak formal selama 2 tahun iaitu pada tahun 1946 dan 1947 telah bermula di kediaman beliau di Kampung Kuantan, Klang.


Sekitar tahun 1948 hingga 1951, beberapa perubahan telah berlaku, pengajian pelajar Muslimin berhijrah pula ke dua tempat yang berlainan. Seramai 60 orang pelajar dipindahkan ke bangunan Faizin yang masih kekal hingga sekrang (berhampiran Yayasan Selangor sekarang) dan seramai 60 orang pelajar lagi ditempatkan di Surau al- Falah Teluk Pulai, Klang, manakala pelajar Muslimat di hijrahkan ke surau Kampung Jawa (sebelah kubur). Pada waktu ini, bangunan lama Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan bangunan lama Jama’atul Islamiah di Kampung Jawa sedang dalam proses pembinaan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sementara bangunan lama Maahad siap, pelajar pernah di tempatkan di Surau Sungai Bertih untuk tempoh beberapa bulan. Pengajian Formal di Sungai Bertih bertukar wajah dengan nama al-Maahad ad-Dinil Islami Hisamuddin (sempena nama al-Marhum Sultan Hisamuddin) pada tahun 1950 menampung pelajar-pelajar Muslimin sahaja, manakala pelajar Muslimat di bangunan lama al-Maahad Hisamuddin Kampung Jawa dengan mengekalkan nama asalnya iaitu Jama’atul Islamiyyah.



Abuya pada ketika itu belajar di Klang setelah mengikut ayahnya berpindah ke Segambut daripada Pilin, Rembau, Negeri Sembilan kerana tugas Datuk Muhammad sebagai pegawai kastam ketika itu. Pada masa itulah Abuya berguru dengan Syeikh Mahmud Bukhari, selain berguru dengan beberapa tokoh lagi seperti Syeikh Khalil, Haji Abdul Hakim Al Azhari dan Al Fadhil Ustad Dahlan Abdul Manaf.

Apa yang ingin penulis fokuskan kali ini ialah, Abuya pernah berkata kebangkitan Islam kali kedua yang bertapak di Malaysia ini akan diterajui oleh Kesultanan Melayu Islam, dan sejarah telah memaparkan bahawa sultan-sultan melayu asli sangat ada hubungan dengan kebangkitan Islam satu ketika dahulu. Malah sebagai contoh, Almarhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj sendiri membawa masuk seorang ulama besar, dan atas nama kerajaan negeri Selangor membina sekolah agama dan dinamakan sempena nama baginda Sultan. Ini adalah satu bukti yang akan membenarkan kebangkitan Islam di Malaysia akan diterajui oleh Sultan-sultan tak lama lagi.

Para penjajah barat atau tali barut yahudi sangat tahu hal ini, dan mereka berusaha menutupnya, malah dirosakkan kehidupan dan pendidikan kerabat diraja supaya tidak berlaku kebangkiyan yang Allah janjikan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, Allah lebih berkuasa diatas tipu daya dan helah musuh-Nya. Perancangan Allah berjalan atas tipu helah musuh Islam, hinggakan musuh merasakan berjaya menguasai seluruhnya.

Kini suara raja-raja melayu bergema semula. Setelah politik benar-benar melihatkan hasilnya yang sangat busuk dan jijik, hingga cendikiawan tidak lagi mengeluarkan kata-kata yang bernas malah ahli politik bercakap seperti tidak menggunakan akal yang sihat dan waras, suara raja-raja menjadi perhatian dan tumpuan. Generasi raja-raja baru yang ada sudah mempunya kredibliti dan wibawa yang kuat, juga sangat memberi kesan dalam kehidupan rakyat. Jika ada raja-raja yang belum berubah, mereka akan turut sama malu dan terkesan dengan perubahan yang ada. Jika tidak mahu berubah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi, kerana inilah masanya Allah akan membenarkan perancangan-Nya untuk agama Islam tercinta, untuk umat manusia.

Ujian dan cabaran hidup yang menimpa manusia khususnya rakyat Malaysia membuatkan hati-hati dan jiwa merintihkan agar didatangkan penyelamat manusia. Duit bukan lagi penyelesai masalah, harta yang banyak semakin menyusahkan, kesenangan yang dikejar bukan sumber bahagia, lalu hati manusia tetaplah kekosongan dan menderita. Itu tandanya Allah akan datangkan penyelamat kepada dunia. Barulah berharga dan bernilainya penyelamat itu, bilamana kedatangannya ditunggu setiap masa dan manusia di seluruh dunia.

Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka ber-lakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam. (Riwayat Ahmad).

Sekarang ini sesudah 1437 tahun kewafatan Nabi perkara itu sama ada positif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?