Posts

Showing posts with the label pbt

TUN MAHATHIR DAN ABU SUFYAN, JADUAL ALLAH SEMAKIN DEKAT.

Image
Tanggal 14 Januari 2017 membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Parti baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih sepuluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja. Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya. Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mere...

PENTADBIRAN ORANG BERTAQWA.

Image
Firman Allah:    يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُم بِلِقَآءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Ar-Ra'd (13:2). Pandangan dan pemerhatian orang-orang bertaqwa terhadap masalah pentadbiran adalah berlainan sama sekali dengan pandangan orang awam biasa. Pendekatan mereka tentang soal pentadbiran bermula dari soal mentadbir diri sehingga membawa kepada persoalan mentadbir alam sejagat ini, yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Pemahaman dan pendekatan yang cuba didedahkan dan diperkenalkan oleh orang-orang roh ialah melalui menjiwai Al Quran dan As Sunnah. Perjuangan yang dilagangkan oleh mereka ialah kaedah Rasulullah SAW. Orang-orang roh (orang bertaqwa), walaupun mereka mungkin dipisahkan oleh batasan masa, suasana ataupun negara, namun corak pemikiran yang diwarisi dari Rasulullah SAW tetap sam...

PERTEMBUNGAN ANTARA HAQ DAN BATIL.

Penulis sempat menyambung silaturrahim dengan Bekas mufti Jordan  yang juga salah seorang sahabat Abuya iaitu Syeikh Dr. Noh Al -Qudho, bekas menteri agama Jordan, Syeikh Dr. Ali Faqeh dan beberapa kawan Abuya yang sangat membantu perjuangan Abuya di sana. Tak lupa juga jalinan ukhuwah ini disambungkan dengan ahli keluarga mereka yang juga berpengaruh dan berkedudukan dalam kerajaan Jordan. Baru-baru ini dapat berhubung kembali dengan kawan Abuya iaitu tokoh agama tempatan Jordan, Syeikh Mustafa Abu Romman, kami mengenali mereka semenjak kunjungan pertama ke Jordan pada 1986. Sempat mendoakan satu sama lain, kerana adab berkasih sayang yang dianjurkan Islam itu sangat indah. Saling mendoakan satu sama lain dengan kebaikan. Beliau berkongsi berita dan keadaannya yang semakin sibuk kerana wahabi kini sedang ditentang dimana-mana kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sempat juga Syeikh Mustafa berkongsi pesanan Abuya padanya, yang sangat ada kaitan dengan kebangkitan Islam akhir za...