PERTEMBUNGAN ANTARA HAQ DAN BATIL.

Penulis sempat menyambung silaturrahim dengan Bekas mufti Jordan  yang juga salah seorang sahabat Abuya iaitu Syeikh Dr. Noh Al -Qudho, bekas menteri agama Jordan, Syeikh Dr. Ali Faqeh dan beberapa kawan Abuya yang sangat membantu perjuangan Abuya di sana. Tak lupa juga jalinan ukhuwah ini disambungkan dengan ahli keluarga mereka yang juga berpengaruh dan berkedudukan dalam kerajaan Jordan.

Baru-baru ini dapat berhubung kembali dengan kawan Abuya iaitu tokoh agama tempatan Jordan, Syeikh Mustafa Abu Romman, kami mengenali mereka semenjak kunjungan pertama ke Jordan pada 1986. Sempat mendoakan satu sama lain, kerana adab berkasih sayang yang dianjurkan Islam itu sangat indah. Saling mendoakan satu sama lain dengan kebaikan.

Beliau berkongsi berita dan keadaannya yang semakin sibuk kerana wahabi kini sedang ditentang dimana-mana kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Sempat juga Syeikh Mustafa berkongsi pesanan Abuya padanya, yang sangat ada kaitan dengan kebangkitan Islam akhir zaman juga tentang peristiwa yang melanda jemaah Abuya khususnya keluarganya. Beliau tidak langsung bertanyakan tentang projek lahiriah malah terus langsung bertanyakan projek rohaniah yang Abuya telah perjuangkan selama ini; pembinaan iman dalam diri dan keluarga di kalangan ahli keluarga Abuya dan pengikutnya.

Apa yang berlaku sekarang katanya lagi, sangat ada hubung kait dengan soal iman manusia sejagat. Iman yang akan menyelamatkan diri dan keluarga seterusnya masyarakat Islam dan dunia dari fitnah dan malapetaka Dajjal!

Kemunculan Dajjal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadis. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Nabi Muhammad dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah SAW dengan tegas beri peringatan kepada kita bahawa Dajjal pasti akan datang dan kita kena bersedia dengan iman dan hati yang jitu.

Fitnah Dajjal yang begitu dahsyat itu sama dahsyatnya dengan munculnya Dajjal di akhir zaman. Fitnah tersebut bukanlah sesuatu  kebetulan yang datang seketika tanpa sebuah perancangan terlebih dahulu. Dajjal mengetahui bahawa tidak mungkin ketika dia muncul, manusia terus percaya dan tunduk kepadanya. Oleh itu dia menyusun berbagai bagai strategi dan perancangan yang matang bersama para a'wan-nya (pembantu), sama ada dalam kalangan manusia mahupun jin terlebih dahulu bagi menyebarkan pelbagai fitnah yang dapat mendukungnya ketika dia muncul nanti. 

Menurut tokoh ilmuan terkenal, Muhammad Isa Daud yang telah diterjemahkan bukunya dalam bahasa melayu yang bersandarkan kepada beberapa manuskrip atau catatan lama yang ditemui terkubur di dalam tanah di kota Irbid di Jordan, dan ianya berasal daripada kebudayaan masa silam.

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah SAW berkata, "Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi itu telah mengingatkan umatnya orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah."
( Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ).

Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala  tidak sedar bahawa Dajjal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam kini.

Pengertian Dajjal menurut kamus Arab Melayu oleh Prof. Dr. Mahmud Yunus : dari perkataan "dajjala, yudajjilu, dajjal " maksudnya pembohong (kata asalnya 'bohong'). Menurut kamus Idris Al-Marbawi, "pembohong: Dajjal yang akan lahir di akhir zaman."

Manuskrip tersebut ada memperkatakan bahwa Dajjal adalah seorang manusia yang dilahirkan disebuah negeri bernama Samirah, sebuah negeri kecil di Palestin. Kemudian, Samirah menjadi sebuah negara besar pada zaman Nabi Daud a.s. Dan sesudah zaman baginda. Bahkan, Samirah menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel warisan Nabi Sulaiman a.s. Keluarganya adalah keluarga penyembah berhala. Mereka sering menyembelih haiwan sebagai tanda persembahan kepada berhala tersebut.

Pada dasarnya, Dajjal bukan individu yang bergerak sendiri, namun ia menjadi simbul dan sistem serta memiliki para pengikut dan pembantu ( a'wan ) yang jumlahnya tidak terkira. Kesemua mereka mengikat atau mendisiplinkan diri menjadi satu bagi mewujudkan satu tujuan rahsia, iaitu menyebarkan propaganda Dajjal keseluruh penjuru dunia. Sementara itu, Raja penakut hanya bersembunyi di balik tirai kebohongannya dan muncul ke permukaan bumi ketika hari kiamat semakin hampir. Bukankah kemunculan Dajjal  adalah satu daripada tanda hari kiamat sudah dekat?

Dalam kitab Musnad, Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Perihal keluarga Dajjal secara terperinci: Apa pun ingatan dan panduan yang Tuhan datangkan padanya tetap dia mengingkarinya. Hatinya sudah buta sebagaimana mata dan fikirannya, sehingga petunjuk yang datang tidak mampu menerangi kegelapan hatinya yang dipenuhi hasrat bagi menjadi Tuhan. 

Sebab itulah mengapa dia mendahulukan  akal lojiknya yang sempit daripada hati nurani yang mahu membawanya menuju kemanisan iman yang sudah disiapkan Tuhan untuknya. Segala ingatan yang sampai padanya dianggap tidak lebih dari kicaun burung yang tidak memberi apa apa makna.

Mafhum firman Tuhan: " Allah meneguhkan pendirian orang orang yang beriman dengan uapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang orang yang zalim dan berkuasa melakukan apa yang dia kehendaki.? ( surah Ibrahim: 27 ). 

Allah s.w.t. Menerangkan dalam surah An- Nisa' ayat 113 mafhumnya , " dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui dan kurnia Allah adalah besar kepadanya."

Allah menyatakan dalam surah Taha ayat 98, yang mafhum " sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu."

Dajjal juga dikenali dengan nama Musa As-Samiri yang pernah bertemu dengan dua nabi iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun juga mengingatkannya tentang ingatan dari Tuhan namun hatinya sudah buta bagi menerima seruan tersebut. As- Samiri tetap melancarkan propagandanya yang menyembah patung lembu. Umat Nabi Musa pun berpecah dan termakan hasutan As- Samiri itu. Demikianlah Al-Quran menyebut sekelumit kisah tentang As-Samiri yang berjaya memperdayakan kaum Nabi Musa a.s. Dengan menggunakan kecerdikan akalnya berjaya menyesatkan kaum Nabi Musa a.s.

Allah mengingatkan tentang perbuatan Musa As-Samiri selepas dia berjaya menabur fitnah kepada kaum Nabi Musa a.s. yang mafhumnya dalam surah Al-A'raf ayat 37:

" Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah atau pun mendustakan ayat ayat-Nya?
Orang orang itu akan memperoleh bahagian yang sudah ditentukannya dalam Kitab (Lauh Mahfuh); hingga apabila datang kepada mereka utusan utusan Kami (malaikat) bagi mengambil nyawanya, pada waktu itu utusan kami bertanya, Dimana berhala berhala yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang orang Musyrik itu menjawab, Berhala berhala itu semuanya sudah lenyap daripada kami, dan mereka mengakui terhadap diri mereka bahawa mereka adalah orang orang yang kafir."

Dajjal sebagai petanda hari Kiamat. Sebagaimana yang kita ketahui, hari Kiamat adalah salah satu rukun iman. Ini juga bererti, sekiranya tidak beriman kepada hari kiamat, maka iman seseorang itu belum sempurna.

Allah menyatakan, sesungguhnya hari kiamat adalah khabar yang benar dan pasti terjadi. Bahkan Tuhan bersumpah demi Zat-Nya dalam surah An-Nisa' ayat 87: " Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat..."

Maka usia zaman yang masih berbaki sehingga terjadinya kiamat adalah umpama tibanya waktu asar, sehingga selesai waktu maghrib.
Mafhum hadith daripada Sahal, bahawa Rasulullah SAW mengatakan: " Masa saat aku diutus dan hari kiamat adalah seperti dua hal ini dan baginda menunjukkan dua jarinya lalu memanjangkan kedua-duanya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w. Mengumpamakan usia zaman adalah jari tengah, sedangkan zaman yang masih berbaki sejak diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Adalah kira-kira seperti lebihan jari tengah terhadap ibu jari. Manakala perkiraan zaman yang sudah berlalu adalah antara ibu jari dengan jari tengah. Fikiran kita terbatas sedangkan dalam ukuran Allah swt kedatangan hari kiamat sudah begitu dekat. " Tidaklah kejadian itu, melainkan seperti sekelip mata ataupun lebih cepat lagi." ( surah An-Nahl:77 ).

Walau bagaimanapun, tiada makhluk yang mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, samada daripada golongan manusia, jin, mahupun malaikat. Ini kerana, pengetahuan itu tentang hari kiamat hanya milik Allah s.w.t.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?