KEBANGKITAN ISLAM DARI TIMUR JAUH TELAH BERMULA.
Kebangkitan Islam ialah satu kebangkitan menegakkan jalan ALLAH Swt dan Rasulullah Saw. Satu yang luar dari biasa sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan kali ini ialah dimana Yang Dipertuan Agung di dalam majlis tersebut menyeru agar para hadirin menyambut tawaran dari Rasulullah untuk menjadi ikhwan. Sama sekali tidak menyangka bahawa Maulidur Rasul kali ini mendapat sambutan dan reaksi yang baik daripada semua masyarakat dunia. Dan kita juga tidak menyangka akan mempunyai kemeriahan dari seluruh dunia. Ini sesuatu yang benar-benar diluar jangkaan. Syukur kehadrat Allah SWT.
Sebelum ini majlis perayaan telah dimomokkan oleh wahabi yang dilakukan ke seluruh dunia. Dengan mengatakan maulid adalah bidaah dan khurafat. Bukti bahawa umat Islam telah kembali sedar apa yang telah mereka lakukan selama ini. Tiada didalam hasrat saya untuk menjadikan blog ini sebagai medan intelektuil yang akan membahaskan mengenai soal ajaran wahabi, bidaah dan sebagainya secara terperinci dan akademik. Blog ini hanya merupakan platform untuk saya berkomunikasi dengan komuniti diluar lingkungan saya bagi meningkatkan kesedaran mengenai peri pentingnya untuk kita membangunkan sebuah platform untuk mendaulatkan syariat Islam sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Rasulullah SAW.
Saya bukanlah manusia superhero yang mampu mengubah dunia melainkan hanya seorang manusia biasa, seorang hamba yang telah diberikan nikmat dan anugerah daripada Tuhannya, Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang menjadi pemilik kepada sekelian alam. Sebuah kurnia nikmat untuk mengenaliNya, nikmat untuk mencintai dan merinduiNya dan nikmat untuk melihat segala kebesaranNya. Maka dalam blog yang sederhana ini, saya luahkan perasaan saya, pendapat saya mengenai keagunganNya, keindahanNya, kebesaranNya dan nikmat berada dibawah naunganNya. Semuga dengan segala luahan dan rintihan yang tercoret dan bakal tercoret dalam blog ini akan dapat menggamit sebuah keajaiban yang mampu membangkitkan kesedaran massa. Sesungguhnya kesedaran itu adalah anugerah yang paling besar buat hamba-hambaNya.
Kepada para pembaca yang setia mengikuti setiap nukilan blog suara haramain ini anggaplah segala nukilan tersebut sebagai sebuah lukisan perasaan yang sedang melakar harapan dan mimpi indah dari sebuah jiwa yang sedang meruntun dan merindui kasih sayang dari Rasulullah manusia yang paling agung. Runtunan jiwa di alam maya yang ingin mengamit kasin-sayangNya agar ianya bias terzahir di alam realiti buat menyedarkan diri-diri yang sedang mabuk dan terlena diulit mimpi-mimpi indah duniawi yang sedang melekakan mereka dari kewajipan hakiki masing-masing. Kepada Allah jua saya serahkan segala urusan. Sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui. Dialah pemilik lautan cinta, yang dalamnya tanpa dasar dan luasnya tanpa pantai. Dan hanya cintaNya jualah yang layak dan sewajarnya menjadi puncak segala tujuan.
Empayar Sosialis yang kejam telah hilang dalam peta dunia. Istana kemegahan kapitalis telah pun tumbang di tanah airnya sendiri dengan tumbangnya Twin Tower pada 11 September 2001. Sebagaimana telah dinyatakan dengan jelas dalam buku Abuya "Barat diambang maut". Debu kehancuran Twin Tower menyesakkan setiap penganutnya diseluruh dunia. Ratap tangis penganutnya bergaung meratapi pemergiannya. Masing-masing keliru dan enggan percaya bahawa jasadnya sudah terbujur kaku dan hanya menanti pengebumiannya.
Alam semesta bergegar menuntut perubahan yang mutlak dari penghuninya. Tsunami di Aceh pada tahun 2004 menjadi lambang tuntutan tersebut. Gelombangnya yang melanda Aceh membawa perubahan mutlak. Menyingkirkan sebuah persengketaan usang dan membersihkan segala kejahatan dan kekotoran. Angin perubahannya membawa sinar baru yang harum semerbak wangi. Memberikan Aceh sebuah wajah baru dan harapan baru. Membawa sebuah proklamasi bahawa Kebangkitan Dari Timur bakal bermula untuk mewarnai dunia.
Dunia Timur yang menjadi dataran yang menghimpun segala kelembutan, kesopanan dan kesusilaan sebuah bangsa, kebangkitannya tidak akan pernah menghunus senjata yang bakal menuntut darah atau jiwa melainkan dengan huluran tangan-tangan yang akan membelai mesra dan bisikan-bisikan manja yang bakal menyentuh dan menyapa hati-hati manusia yang sedang gersang kerana dipanah pesona materi dunia.

Sempena dengan kehadiran lembaran baru 1435 Hijrah, marilah sama-sama kita dirikan sebuah mahligai cinta yang seindah Taj Mahal dan segagah Tembok Besar China sebagai lambang pengabdian kita yang sentiasa mendambakan cinta dan keredhaanNya.
Marilah kita bersama-sama bersatu didalam mengembeling tenaga dan masa untuk membangunkan KEBANGKITAN ISLAM sebagai tapak berdirinya Mahligai Cinta Kedaulatan Syariah Islamiyah yang bakal menyinari kegelapan dunia dengan keindahan cahaya cintanya.
Semuga dengan berdirinya mahligai tersebut maka akan tebangiunlah segala system dan peraturan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Sistem dan peraturan yang boleh menundukkan keserakahan nafsu-nafsu manusia dan boleh pula menegakkan segala keadilan dan kebaikan yang didambakan oleh setiap manusia.
Marilah kita bersama-sama bersatu didalam mengembeling tenaga dan masa untuk membangunkan KEBANGKITAN ISLAM sebagai tapak berdirinya Mahligai Cinta Kedaulatan Syariah Islamiyah yang bakal menyinari kegelapan dunia dengan keindahan cahaya cintanya.
Semuga dengan berdirinya mahligai tersebut maka akan tebangiunlah segala system dan peraturan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Sistem dan peraturan yang boleh menundukkan keserakahan nafsu-nafsu manusia dan boleh pula menegakkan segala keadilan dan kebaikan yang didambakan oleh setiap manusia.
Empayar Sosialis yang kejam telah hilang dalam peta dunia. Istana kemegahan kapitalis telah pun tumbang di tanah airnya sendiri dengan tumbangnya Twin Tower pada 11 September 2001. Sebagaimana telah dinyatakan dengan jelas dalam buku Abuya "Barat diambang maut". Debu kehancuran Twin Tower menyesakkan setiap penganutnya diseluruh dunia. Ratap tangis penganutnya bergaung meratapi pemergiannya. Masing-masing keliru dan enggan percaya bahawa jasadnya sudah terbujur kaku dan hanya menanti pengebumiannya.
Alam semesta bergegar menuntut perubahan yang mutlak dari penghuninya. Tsunami di Aceh pada tahun 2004 menjadi lambang tuntutan tersebut. Gelombangnya yang melanda Aceh membawa perubahan mutlak. Menyingkirkan sebuah persengketaan usang dan membersihkan segala kejahatan dan kekotoran. Angin perubahannya membawa sinar baru yang harum semerbak wangi. Memberikan Aceh sebuah wajah baru dan harapan baru. Membawa sebuah proklamasi bahawa Kebangkitan Dari Timur bakal bermula untuk mewarnai dunia.
Dunia Timur yang menjadi dataran yang menghimpun segala kelembutan, kesopanan dan kesusilaan sebuah bangsa, kebangkitannya tidak akan pernah menghunus senjata yang bakal menuntut darah atau jiwa melainkan dengan huluran tangan-tangan yang akan membelai mesra dan bisikan-bisikan manja yang bakal menyentuh dan menyapa hati-hati manusia yang sedang gersang kerana dipanah pesona materi dunia.
Bayu dari timur yang sedang bertiup lembut pasti akan membawa kenyamanan kepada setiap peghuni dunia yang sedang dilanda keresahan dan kekeliruan dengan angin perubahan yang sedang melanda diseluruh dunia. Biar pun angin perubahan yang sedang melanda ini begitu rakus dan ganas untuk memusnahkan segalanya bagaikan gelombang Tsunami yang melanda Aceh namun bersabarlah dan jangan sesekali berputus asa.
Gantungkanlah segala harapan kepadaNya yang Maha Kuasa. Insy Allah rahmatNya akan melindungi kita. Dengan Iman dan Taqwa serta Kasih dan Sayang, marilah kita sama-sama berpimpin tangan dan berjalan seiringan dijalan yang telah dilalui oleh hamba-hambaNya yang sebelum kita. Jalan yang lurus, jalan yang diredhai. Semoga jalan ini akan membawa kita semua memperoleh kejayaan di dunia yang fana’ ini dan juga memperoleh kejayaan didunia yang kekal abadi yang sedang menanti kehadiran kita semua.