SEMBAHYANG BERJEMAAH ASAS PERPADUAN.
Sebagai umat Islam lebih-lebih lagi yang bercita-cita menegakkan kebenaran, faktor utama bantuan daripada Allah sangat diambil kira. Puluhan tahun berjuang telahpun diingat-ingatkan malah tidak jemu-jemu guru mursyid mengingatkan kita tentang perkara ini. Inilah sembahyang berjemaah yang menjadi asas dan nadi bagi pejuang kebenaran.
Ilmunya telahpun kita pelajari namun dalam pengamalannya kita sangat sedari yang kita masih jauh dari iso guru mursyid kita. Inilah perkara asas dan terpenting yang sangat dijaga beliau. Kerana dari sembahyang berjemaah inilah akan menjadi kayu pengukur dalam perjuangan. Ianya diukur disemua sudut dan bidang. Setiap pekerjaan yang dilakukan sangat berkait rapat dengan sembahyang.
Untuk menjaga perpaduan mestilah bermula dari menjaga sembahyang berjemaah. Kerana itulah Baginda Nabi Muhammad SAW sangat mengambil berat akan hal ini. Nabi junjungan yang terkenal dengan peribadi yang lemah lembutnya tapi dalam hal sembahyang jemaah Bagindalah orang pertama yang kuat menjaga dan perjuangkannya. Malah dalam beberapa riwayat hadis Imam-imam besar, Nabi bersabda akan membakar rumah mereka yang tidak bersembahyang.
Sembahyang berjemaah adalah simbol perpaduan umat Islam. Sedangkan sembahyang adalah kemuncak hubungan hamba dengan Allah Tuhannya. Sembahyang jemaah adalah bukti cinta dan lambang hamba-hambaNya bersatu untuk Tuhannya. Untuk apa dilaungkan slogan kebenaran sekiranya solat tidak dijaga. Kerana itulah Baginda Nabi SAW pun sangat-sangat mengambil berat tentangnya.
Perpaduan dan kasih sayang adalah anak kunci bagi mendapatkan limpah kurnia daripada Allah Taala. Kemenangan, kesenangan, kebahagiaan, ianya daripada kasih sayang dan perpaduan. Kasih sayang dan perpaduan diperolehi daripada sembahyang jemaah. Malah ganjaran bagi mereka yang solat berjemaah adalah besar dari solat berseorangan. Besarnya sembahyang jemaah disisi Allah Taala. Tidak hairanlah Baginda Nabi SAW sangat menjaga hal sepenting ini.
Ingatlah para pejuang kebenaran sekalian, menjaga bara api itu bermula daripada membina iman diri dan keluarga. Membina iman diri dan keluarga bermula daripada sembahyang berjemaah. Jika solat jemaah tidak dapat didirikan didalam sesebuah rumah, jangan mimpilah hendak membangunkan sebuah empayar daulah Islamiah. Segala sesuatu bermula dari sembahyang dan sebaik-baik sembahyang adalah solat berjemaah!

"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah ingin menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).