CIRI-CIRI UMAT YANG ALLAH MUSNAHKAN DI MUKA BUMI.
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:
"Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan. Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka. (Surah al-Qasas, ayat 76-78).
"Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias (dengan segala kebesaran yang dimiliki). Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).
Dan Qarun, Fir`aun dan Haman, sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa alaihissalam dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala. (Surah al-Ankabut, ayat 39).
Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Fir-aun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu. (Surah Ghafir, ayat 23-24).
Qarun dikenali sebagai al-Munawwir lantaran rupa parasnya yang tampan. Disebabkan kemerduan suaranya ketika membaca kitab Taurat, dia juga digelar al-Nur (cahaya) (sila lihat al-Sya`rawi, Qasas al-Anbiya’, jld.4, hlm 2141). Beliau terkenal di kalangan Bani Israel sebagai individu yang paling mahir tentang kitab Taurat.
Dalam surah al-Qasas ayat 79, Allah Taala tampilkan nama Qarun yang penuh keangkuhan menjadi dambaan serta impian golongan manusia yang tamakkan harta kekayaan duniawi.
Dalam surah al-Ankabut ayat 39, nama Qarun disebut terlebih dahulu daripada nama Fir`aun dan juga Haman (hizbusyaitan) lantaran sikap takabburnya yang begitu melampaui batas. Haman adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Fir`aun menjadi bertambah sesat dan kedua-dua mereka ini adalah daripada golongan orang-orang kafir yang menentang kerasulan Musa alaihissalam. Adapun Qarun pula, beliau adalah bekas pengikut yang paling rapat dengan Nabi Musa tetapi akhirnya murtad dan menyertai hizbusyaitan untuk menentang Nabi Musa alaihissalam.
Mudah-mudahan kisah Qarun dan hizbusyaitan ini dapat kita jadikan iktibar oleh sekalian pejuang Islam kontemporari terutama sekali para pemimpin Islam yang mendakwa membawa kebenaran menentang kezaliman hizbusyaitan agar tabah mengawal nafsu masing-masing selepas mendapat kepercayaan daripada masyarakat atau anak buah.
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi saw. menjawab,
"Penyakit-penyakit itu ialah
(1) terlalu banyak seronok,
(2) terlalu mewah,
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi,
(6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Riwayat Hakim)
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat Islam di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya.

Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.
Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
Bila ada hizbullah (parti Allah) sudah pasti wujud juga hizbusyaitan (parti syaitan). Kecurangan, khianat, hasut-menghasut, hasad dengki, gila dunia ,tipu menipu, dan sebagainya. Semua sifat-sifat tersebut menjadi ciri ciri hizbusyaitan (parti syaitan).

Dalam memperkatakan tentang hizbullah dan hizbusyaitan, al-Quran mengutarakan berbagai kisah para Anbiya’ dan umat mereka yang terdahulu sebagai tauladan dan juga sempadan kepada umat Nabi Muhammad selaku Rasul akhir zaman. Antaranya ialah kisah Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa alaihissalam. Istilah atau nama Qarun (قارون) dinyatakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Qasas ayat 76, surah al-Qasas ayat 79, surah al-Ankabut ayat 39 dan juga surah Ghafir ayat 24.
"Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan. Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka. (Surah al-Qasas, ayat 76-78).
"Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias (dengan segala kebesaran yang dimiliki). Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).
Dan Qarun, Fir`aun dan Haman, sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa alaihissalam dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala. (Surah al-Ankabut, ayat 39).
Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Fir-aun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu. (Surah Ghafir, ayat 23-24).
Qarun dikenali sebagai al-Munawwir lantaran rupa parasnya yang tampan. Disebabkan kemerduan suaranya ketika membaca kitab Taurat, dia juga digelar al-Nur (cahaya) (sila lihat al-Sya`rawi, Qasas al-Anbiya’, jld.4, hlm 2141). Beliau terkenal di kalangan Bani Israel sebagai individu yang paling mahir tentang kitab Taurat.
Awal kehidupan Qarun amat begitu miskin dan mempunyai ramai anak. Qarun kufur nikmat Allah yang diberikan kepadanya lalu diazab oleh Allah. Dia mati dengan berstatus murtad dalam keadaan tertimbun lalu tenggelam beserta harta bendanya bersama para pengikutnya dalam tanah dalam waktu semalaman di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir. (juga dikenali sebagai Danau Qarun).
Berdasarkan empat petikan mafhum ayat-ayat yang tersebut di atas, penyebutan dan juga penampilan nama Qarun membawa kisah dan pengertiannya yang tersendiri.
Dalam surah al-Qasas ayat 76, Allah Taala nyatakan nama Qarun sebagai bekas pengikut Nabi Musa (Hizbullah) yang paling warak lagi dermawan serta mahir menguasai Kitab Taurat tapi akhirnya kecundang dikuasai hawa nafsunya setelah beliau dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah. Lantaran sifat dermawannya, Qarun sering didoakan oleh Kaum Bani Israel yang miskin agar beliau diberikan kekayaan supaya lebih senang untuk menderma kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik. Malangnya setelah Qarun menjadi kaya, nafsu tamak halaba telah menguasai dirinya.
Dalam surah al-Qasas ayat 76, Allah Taala nyatakan nama Qarun sebagai bekas pengikut Nabi Musa (Hizbullah) yang paling warak lagi dermawan serta mahir menguasai Kitab Taurat tapi akhirnya kecundang dikuasai hawa nafsunya setelah beliau dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah. Lantaran sifat dermawannya, Qarun sering didoakan oleh Kaum Bani Israel yang miskin agar beliau diberikan kekayaan supaya lebih senang untuk menderma kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik. Malangnya setelah Qarun menjadi kaya, nafsu tamak halaba telah menguasai dirinya.
Dalam surah al-Qasas ayat 79, Allah Taala tampilkan nama Qarun yang penuh keangkuhan menjadi dambaan serta impian golongan manusia yang tamakkan harta kekayaan duniawi.
Dalam surah al-Ankabut ayat 39, nama Qarun disebut terlebih dahulu daripada nama Fir`aun dan juga Haman (hizbusyaitan) lantaran sikap takabburnya yang begitu melampaui batas. Haman adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Fir`aun menjadi bertambah sesat dan kedua-dua mereka ini adalah daripada golongan orang-orang kafir yang menentang kerasulan Musa alaihissalam. Adapun Qarun pula, beliau adalah bekas pengikut yang paling rapat dengan Nabi Musa tetapi akhirnya murtad dan menyertai hizbusyaitan untuk menentang Nabi Musa alaihissalam.
Mudah-mudahan kisah Qarun dan hizbusyaitan ini dapat kita jadikan iktibar oleh sekalian pejuang Islam kontemporari terutama sekali para pemimpin Islam yang mendakwa membawa kebenaran menentang kezaliman hizbusyaitan agar tabah mengawal nafsu masing-masing selepas mendapat kepercayaan daripada masyarakat atau anak buah.
Janganlah leka dengan setiap kemewahan duniawi yang dikecapi hasil daripada kepercayaan tersebut dan janganlah juga terlalu asyik mengejar target, projek, duit dan kemewahan hingga menekan, menindas dan menzalimi orang lain.
Marilah sama-sama kita hayati dan renungkan sajak Abuya Ashaari Muhammad Attamimi ini.
Awaslah Namrud, Firaun, Hamman, Qarun dan Bal'am Di Zaman Ini.
Rupanya masa dan zaman peristiwanya sentiasa berulang
Dia sentiasa menempa sejarah yang berulang-ulang
Walaupun masa yang pergi tidak akan kembali, tapi yang belum berlalu tetap datang
Rupanya setiap zaman ada Firaun dan Namrud
Begitu juga wujudnya Hamman dan Qarun
Tidak kurang wujudnya Bal'am Ba'ura
Begitu juga nabi yang bukan nabi dan rasul yang bukan rasul sentiasa ada di setiap zaman
Mereka berhadapan dengan Firaun, Namrud, Hamman, Qarun dan Bal'am di zamannya
Yang anehnya bahkan dahsyat ada orang yang menceritakan tentang Namrud dan Firaun
Tapi dia juga Namrud dan Firaun di zamannya
Ada orang yang bercerita tentang Hamman dan Qarun
Dia juga Hamman dan Qarun di zamannya
Juga ada orang yang bercerita tentang Bal'am rupanya dia adalah Bal'am di zamannya
Malang sekali ada orang yang sudah jadi Namrud dan Firaun tapi dia tidak sedar bahawa dirinya adalah Namrud dan Firaun
Begitulah seterusnya Hamman, Qarun dan Bal'am di zaman ini menceritakan Hamman, Qarun dan Bal'am di zaman dahulu
Kalau mereka sedarlah tentu mereka malu
Kalau mereka sedarlah tentu mereka tidak akan menceritakan diri sendiri
Awaslah bahawa Namrud, Firaun, Hamman, Qarun, Bal'am ada di setiap zaman
Janganlah kita menjadi seperti mereka itu
7.7.99
Selepas Asar - 2