BANGSA MELAYU TELAH LAMA DIPERSIAPKAN MELALUI BAHASA ARAB.
SEJARAH hubungan bahasa Arab dengan bahasa Melayu boleh dikatakan telah bermula sejak kedatangan agama Islam ke Tanah Jawa, khususnya Tanah Melayu. Parameswara ialah Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah. Perkataan sultan untuk gelaran raja adalah berasal daripada bahasa Arab.
Firman Tuhan :
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. ( Yusuf:2 ).
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. ( Ar Rad:37 ).
Ini bermakna pengaruh bahasa Arab telah mula menyerap masuk ke dalam kehidupan raja-raja Melayu pada abad ke-15. Seterusnya masyarakat Melayu ketika itu telah mengubah nama-nama anak mereka yang kebiasaannya diambil daripada nama bunga, buah-buahan atau benda-benda di sekeliling mereka dengan menggantikannya kepada nama yang berunsur Arab.
Bahasa Arab mula dikenali di rantau Asia Timur semenjak terjalinnya hubungan awal antara Semenanjung Tanah Arab dan Asia Timur pada abad ke-4. Sebagai bahasa al-Quran dan al-Hadis, bahasa Arab datang ke kepulauan Melayu seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke-13.
Sejak agama Islam mula sampai ke kepulauan Melayu, bahasa Arab telah mendapat perhatian. Umumnya bahasa tersebut telah diterima sebagai bahasa rujukan utama dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Pada era permulaan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan pembukaan sekolah-sekolah Agama-Arab yang berlaku sehingga awal tahun 1970-an, bahasa Arab didapati dijadikan unsur penting dalam pembinaan kurikulum di sekolah-sekolah berkenaan.
Banyak kalimah atau perkataan berasal dari bahasa Arab dan kini menjadi perkataan yang sering digunakan, malah menjadi perkataan rasmi atau harian. Boleh dikatakan lebih 2000 perkataan berasal dari bahasa Arab. Diantaranya masih sama makna dengan kalimah asal dan ada antaranya telah berubah makna kerana mengikut penggunaan dan peredaran zaman.
Perkembangan dakwah Islamiah yang mula menyerlah pada awal tahun 1970-an telah memperkenalkan kepentingan bahasa Arab. Umat Islam di Malaysia, khasnya mereka yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan di Barat, mula membuat penilaian baru terhadap konsep dan fungsi bahasa tersebut.
Mereka mula memperjuangkan kepentingan dan penggunaan bahasa Arab yang bersifat ilmiah dan sebagai salah satu bahasa komunikasi antarabangsa menerusi ucapan dan penulisan. Perkembangan ini akhirnya mendorong pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan negara mengiktiraf bahasa Arab sebagai satu bidang utama yang seharusnya diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan negara.
Pada kebiasaannya bangsa yang memiliki kebudayaan yang lebih maju mempengaruhi bangsa yang memiliki kebudayaan yang sederhana. Bangsa yang memiliki kebudayaan yang sederhana dengan rela hati menyesuaikan diri dan menerima kebudayaan bangsa yang lebih maju.
Firman Tuhan :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. ( Yusuf:2 ).
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَمَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا وَاقٍ
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. ( Ar Rad:37 ).
Ini bermakna pengaruh bahasa Arab telah mula menyerap masuk ke dalam kehidupan raja-raja Melayu pada abad ke-15. Seterusnya masyarakat Melayu ketika itu telah mengubah nama-nama anak mereka yang kebiasaannya diambil daripada nama bunga, buah-buahan atau benda-benda di sekeliling mereka dengan menggantikannya kepada nama yang berunsur Arab.
Bahasa Arab mula dikenali di rantau Asia Timur semenjak terjalinnya hubungan awal antara Semenanjung Tanah Arab dan Asia Timur pada abad ke-4. Sebagai bahasa al-Quran dan al-Hadis, bahasa Arab datang ke kepulauan Melayu seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke-13.
Sejak agama Islam mula sampai ke kepulauan Melayu, bahasa Arab telah mendapat perhatian. Umumnya bahasa tersebut telah diterima sebagai bahasa rujukan utama dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Pada era permulaan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan pembukaan sekolah-sekolah Agama-Arab yang berlaku sehingga awal tahun 1970-an, bahasa Arab didapati dijadikan unsur penting dalam pembinaan kurikulum di sekolah-sekolah berkenaan.
Banyak kalimah atau perkataan berasal dari bahasa Arab dan kini menjadi perkataan yang sering digunakan, malah menjadi perkataan rasmi atau harian. Boleh dikatakan lebih 2000 perkataan berasal dari bahasa Arab. Diantaranya masih sama makna dengan kalimah asal dan ada antaranya telah berubah makna kerana mengikut penggunaan dan peredaran zaman.
Perkembangan dakwah Islamiah yang mula menyerlah pada awal tahun 1970-an telah memperkenalkan kepentingan bahasa Arab. Umat Islam di Malaysia, khasnya mereka yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan di Barat, mula membuat penilaian baru terhadap konsep dan fungsi bahasa tersebut.
Mereka mula memperjuangkan kepentingan dan penggunaan bahasa Arab yang bersifat ilmiah dan sebagai salah satu bahasa komunikasi antarabangsa menerusi ucapan dan penulisan. Perkembangan ini akhirnya mendorong pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan negara mengiktiraf bahasa Arab sebagai satu bidang utama yang seharusnya diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan negara.
Pada kebiasaannya bangsa yang memiliki kebudayaan yang lebih maju mempengaruhi bangsa yang memiliki kebudayaan yang sederhana. Bangsa yang memiliki kebudayaan yang sederhana dengan rela hati menyesuaikan diri dan menerima kebudayaan bangsa yang lebih maju.
Begitulah yang terjadi dengan bangsa kita, bangsa melayu. Watak yang mudah terpengaruh bukan semuanya negatif. Positifnya, ke mana pergi bangsa melayu mudah menyesuaikan diri. Malah bangsa bukan bumiputera tetapi kelahiran Tanah Melayu lebih mudah menyesuaikan diri di mana-mana negara, kerana bermasyarakat dengan bangsa melayu. Sedikit sebanyak watak itu tersalin kepada bangsa lain.
Bahasa Arab melalui tulisan Arab telah mengagungkan bahasa Melayu bukan hanya menjadi bahasa kebangsaan Malaysia tetapi juga sebagai bahasa utama yang digunakan oleh lebih 250 juta orang di kepulauan Melayu terutamanya di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thai, selatan Filipina, Vietnam, Laos dan Kemboja.
Peranan bahasa Arab dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan terutamanya dalam aspek kebahasaan, perbendaharaan kata, struktur ayat, aliran pemikiran, huruf dan kesusasteraan akan terus dikenang. Di samping itu, perbendaharaan kata bahasa Arab juga telah termaktub dalam institusi terpenting negara seperti Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, Dewan Rakyat, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Bahasa Melayu yang asalnya menggunakan huruf-huruf jawi, dengan nama 'Tulisan Jawi' adalah kerana pengaruh dari bahasa Arab. Tulisan jawi yang berhurufkan huruf Al-Quran atau huruf Arab ini menjadi tulisan rasmi negara Tanah Melayu satu ketika dulu.
Majoriti umat Islam di Malaysia tetap memerlukan bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran dan Hadis kerana ia adalah rujukan utama dalam semua bidang kehidupan seharian selain untuk keperluan ibadah khusus.
Secara umumnya kedatangan Islam dengan perantaraan bahasa Arab telah memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Ini kerana bahasa Arab adalah bahasa yang terawal diperkenalkan kepada bangsa Melayu secara rasmi berbanding bahasa-bahasa lain seperti bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu mudah menerima sesuatu perbendaharaan kata bahasa lain. Sehubungan itu kita berasa yakin bahawa orang Melayu dapat menerima kemasukan perbendaharaan kata bahasa Arab dengan mudah dalam proses pembelajaran di sekolah sekiranya mereka diberi pendedahan tentang kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Perkara yang tersiratnya, iaitu bangsa Melayu sudah dipersiapkan untuk menjadi bangsa yang akan menerajui dunia atas nama Islam. Tiada sesuatu yang Allah jadikan sia-sia malah setiap satunya mempunyai rahsia dan hikmah yang besar.