Yahudi Mengelirukan Umat Islam Tentang Kebangkitan Islam Ke 2.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah:120).

Dikalangan umat Islam pun susah untuk memahami jadual Tuhan ini. Antara puncanya ialah ;

1. Terpengaruh dengan hasutan barat.  Kuasa Barat kelihatan begitu kuat dan berpengaruh hinggakan ramai yang rasa mustahil untuk Islam muncul mencabar Barat dalam suasana dunia hari ini.  Lebih-lebih lagi dikala Amerika sedang berhempas pulas memastikan tidak ada satu kuasa pun yang akan bangun mencabarnya terutama dari blok Timur dari kalangan negara negara umat Islam.

2.  Kalau pun ada ada yang meyakini Islam akan bangkit semula buat kali kedua tapi ramai yang menganggap kebangkitan itu bermula dari Timur Tengah.  Tidak hairanlah kalau ada yang menganggap Islam akan bangun semula dari Timur Tengah kerana kebangkitan Islam pertama bermula dari sana.  Ia adalah satu sejarah yang tidak dapat dinafikan.  Tetapi apakah sebenarnya perjalanan pusingan pergiliran empayar dunia menjanjikan demikian?


     Sebenarnya dikalangan ulama pun ramai yang tidak faham bahawa kebangkitan kali kedua ini bermula dari Timur.  Golongan yang faham terdiri dari dua kategori iaitu;

1.   Dikalangan umat Islam yang prihatin.  Yakni mereka yang sangat memberi komitmen kepada perjuangan Islam.  Mereka yang terlibat secara langsung dalam gerakan dakwah dan jemaah-jemaah Islam yang berjuang untuk mengajak manusia kembali kepada Tuhan dan berkasih sayang sesama insan.

2.  Dikalangan musuh terutama Yahudi.  Mereka sangat memahami kerana ia bertujuan hendak membendung dan menghalang kebangkitan ini.  Tuhan beri ingatan kepada mereka yang mehalang dan memperolok olokkan kebenaran dalam ayat berikut.

Firman Tuhan yang bermaksud: "Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah:12).
    
"Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Al-Baqarah:15).

"Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al-Baqarah:89)


     Jadi yang mengikut jadual ini ada dua kelompok. Mereka yang membuat kerja untuk kebenaran dan Yahudi, kita hendak menagih janji Tuhan, Yahudi hendak membendung tapi Yahudi pun tahu, kalau Tuhan kehendaki dia tidak boleh membendung hanya cuba hendak melambat-lambatkan sahaja, sebab itu orang Yahudi pun ikut jadual.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?