MENCINTAI ALLAH RAHSIA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.

Setiap manusia yang mendirikan rumah tangga inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan mendapat keredhaan Allah. Rumah tangga yang diidamkan tidak akan wujud tanpa pendorong yang kuat iaitu rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Bila cinta dan takut kepada Allah wujud dalam setiap anggota keluarga, maka kepentingan peribadi akan terkikis. Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan rohani. Apabila manusia tidak mendapatkanya, maka jiwa menderita, hilanglah kebahagian. Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat laut. Sebanyak mana pun ...