ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT.
Orang yang merasa dirinya mulia, sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yang disebutkan-Nya dalam Al-Quran; orang yang mulia itu ialah orang yang bertaqwa . Di mana kemuliaan orang bertaqwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yang cukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yang paling menonjol itu adalah rasa hina dengan Tuhan. Rasa hina ini, biasanya ia menjadi subur di dalam sembahyang. Bilamana dia sembahyang, terutama pada waktu sujud, di waktu itulah benar-benar dirasakan dirinya hina. Yang dirasakan dalam hatinya walaupun sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi bolehlah dimaksudkan sebegini: “Aku ini hina, wahai Tuhan... Kau jadikan aku daripada tanah. Aku ini hina, Tuhan... Kau jadikan aku daripada setitis air mani yang hina. Aku ini hina, Tuhan... Aku hina seperti najis. Kau Tuhan yang maha Tinggi, aku hamba yang hina. Aku menghina diri di hadapanMu Tuhan dan itulah yang selayaknya buat aku sebag...