UMAT ISLAM AKAN MEMASUKI UNIVERSITI ROH (RAMADAN).

"Bulan ramadan bulan bertuah, bulan ramadan bulan Al Quran, bulan ramadan juga bulan maghfirah dan rahmat. Bulan ramadan bulan mujahadah dan bulan Lailatul Qadar. Banyakkan iktikaf 10 malam yang terakhir. Bulan ramadan tambahkan ibadah di malamnya dengan tarawih dan tadarus Al-Quran. Jangan lupa dan jangan lalaikan kerana ia hanya datang setahun sekali. Bulan ramadan bayarlah fitrah untuk membersihkan diri dan harta. " Lazimnya manusia sangat memberikan perhatian kepada akal dan fikiran, serta menajamkannya dengan ilmu. Dari peringkat awal pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, supaya menjadi manusia yang pandai dan berilmu. Peluang diberi dengan seribu satu macam cara. Anehnya, tidak begitu sikap manusia dalam menyuburkan roh atau hati rohani. Padahal kesan dan akibat daripada hati atau roh yang tidak dipeduli roh tersebut bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT kelak. Firman Allah: شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَ...