Posts

Showing posts with the label hadrah

CIRI-CIRI PERJUANGAN KEBENARAN YANG DIBAWA ABUYA.

Image
Akan sampai masa dan ketikanya, kesemua toifah kebenaran, jemaah kebenaran, atau tariqat yang benar akan bergabung dan disatukan di bawah panji-panji Islam. Ketika itu Imam Mahdi akan menjadi payungnya diperingkat sejagat. Di mana pun para pejuang kebenaran akhir zaman berada, apapun nama jemaah tariqat kebenaran, mereka akan bergabung bawah satu payung kepimpinan. Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya telah memberikan ilmu, mendidik, dan memimpin kita bagi membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 43 tahun berjuang, Abuya telah mematangkan roh kita dalam meneruskan perjuangan untuk bersama Imam Ummah atau pemimpin yang dijanjikan iaitu Imam Mahdi. Perjuangan Islam yang telah Abuya asaskan kini telah melebar dan meluas pengaruhnya hingga ke seluruh dunia. Perjuangan ini mempunyai masa depan kerana ianya dipimpin oleh Imam Mahdi. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Ertinya kita terus...