MALAYSIA IALAH TURKI KECIL YANG MEMBANTU TURKI BESAR.
Turki adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah sebuah empayar. Dahulunya ia adalah pusat pentadbiran bagi Empayar Osmaniah. Sejarah gemilangnya bermula dengan pembukaan Kota Kostantinopel (Istanbul) di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kini semuanya tinggal kenangan dan sejarah. Empayar Islam itu lenyap selepas perang dunia pertama. Kemudian Turki berubah menjadi negara sekular di tangan Mustafa Kamal Attartuk. Pelbagai cubaan dalam menghidupkan semula syiar Islam di sana namun hingga kini masih belum berjaya. Yang berjaya dihidupkan ialah kesinambungan tarikat-tarikat sufi yang dijaga turun temurun, namun untuk menjadikan ianya gemilang hingga peringkat negara seperti sebelumnya belum berjaya. Aura empayarnya telah lenyap dan hilang. Rupanya aura syiar Islam itu telah berpindah ke Malaysia. Maka ada ulama mengelar Malaysia sebagai Turki kecil. Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Dato Seri Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memu...