Posts

Showing posts with the label tarekat

MENUNGGU JANJI ALLAH BUAT UMAT AKHIR ZAMAN.

Image
Demi kebangkitan Islam yang kita harapkan, berjuanglah untuk mencari dan menambahkan Iman. Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk terus berbuat dalam perjuangan merebut Iman. Di hari kita dipanggil mengadap Tuhan, di hari itu tiada apa yang melindungi kita melainkan Iman. Maksud firman Allah Taala, "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Ash-Shu'ara : 88). Orang roh sangat yakin dengan janji Allah. Bahawa dunia ini akan berlaku sekali lagi kemakmuran, kedamaian, dan penuh dengan keampunan Tuhan. Suasana ini pernah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama. Ulangan sejarah kebangkitan tersebut akan berlaku pada kebangkitan kali kedua ini. Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari kebangkitan pertama hingga kebangkitan kedua ini. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam...

PESANAN MURSYID UNTUK MENUJU ERA UMMAH.

Image
Kita diminta dan dituntut didalam Islam supaya mencari keberkatan. Banyak keberkatan yang yang boleh dikutip dan diambil daripada sekeliling kita. Keberkatan ibu bapa, guru, orang soleh, berkat ilmu bermanfaat, keberkatan membaca Al-Quran, dan lain-lain lagi. Keberkatan itu bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Setiap yang memberi berkat, natijahnya juga memberi kebaikan, faedah dan manfaat terutamanya kepada iman manusia. Kali ini penulis ingin berkongsi pesanan Mursyid kita, Abuya Attamimi setelah 15 tahun yang lalu pesanan ini jugalah yang beliau selalu ingatkan samada didalam kuliah atau ekspedisi bersamanya. Sebelum itu, Abuya mengingatkan bahawa sesuatu yang akan berlaku selepas ini membawa keuntungan besar kepada Islam, membawa kemenangan untuk Islam. Barangsiapa yang berjuang bersama Islam pasti akan merasa berkatnya serta nikmatnya. Pesanan ini membawa erti selepas ini perjuangan Abuya berada ditahap atau level yang baru. Sebelum itu, penulis ingin menyampaikan bahawa pes...

PERJUANGAN TIMUR BERSAMA KEPIMPINAN UMMAH.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan perubahan manusia inginkan keamanan. Manusia sudah kehilangan kasih sayang. Samada orang bukan Islam dan orang Islam yang kehilangan kasih dan sayang di dalam kehidupan. Mereka meniru cara hidup haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Samada mereka sedar atau tidak. Ramai manusia yang telah terperangkap dengan budaya hidup liar bagaikan haiwan dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Timur. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Perjuangan Islam di Timur mengambil pendekatan secara kasih sayang. Apakah persiapan minda dan jiwa kita semua dalam meneruskan perjuangan ini – perjuangan akhir zaman, perjuangan yang paling getir dan paling bermakna. Semoga hasil di dunianya akan kita lihat dan rasai sepenuh hati dan perasaan. Iaitu sebelum hasil ...