MENUNGGU JANJI ALLAH BUAT UMAT AKHIR ZAMAN.

Demi kebangkitan Islam yang kita harapkan, berjuanglah untuk mencari dan menambahkan Iman. Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk terus berbuat dalam perjuangan merebut Iman. Di hari kita dipanggil mengadap Tuhan, di hari itu tiada apa yang melindungi kita melainkan Iman. Maksud firman Allah Taala, "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Ash-Shu'ara : 88).


Orang roh sangat yakin dengan janji Allah. Bahawa dunia ini akan berlaku sekali lagi kemakmuran, kedamaian, dan penuh dengan keampunan Tuhan. Suasana ini pernah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama. Ulangan sejarah kebangkitan tersebut akan berlaku pada kebangkitan kali kedua ini.

Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari kebangkitan pertama hingga kebangkitan kedua ini. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini kerana apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama.

Perjuangan kebenaran pada kebangkitan pertama telah di lagang oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat. Modelnya telah di persiapkan. Bahkan ianya telah menjadi sejarah. Peranan sejarah tidak boleh diperkecilkan. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan keadaan masa kini. Sejarah juga mempengaruhi dan perlu diambil kira dalam membina wawasan dan visi. Kerana dari sejarah kita dapat contoh dan tauladan. Dari sejarah kita dapat pengajaran. Dari sejarah kita dapat ilmu dan pengalaman.

Maksud firman Tuhan tentang perkara tersebut,
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah, 9:100).

Rasullah SAW merindui Ikhwan dan Asoib, lebih lebih lagilah yang menerajui kepimpinan mereka iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa. Renungan ini akhirnya menjurus pada suatu kerinduan untuk boleh bertemu dengan Nabi Isa. Nabi Muhammad SAW sendiri rindu sekali untuk bertemu Isa Al Masih di ketika kemunculannya sekali lagi ke dunia ini. "Harapanku bila diberikan panjang usia adalah ingin bertemu Isa Al Masih, tetapi bila kematian cepat menjemputku, tolong kepada orang yang dapat bertemu dengannya menyampaikan salamku." Umat Islam pada kebangkitan pertama pasti merasakan kerinduan yang sama. Hal ini dengan indahnya terdapat dalam Hadis berikut: "Isa Al Masih, anak Maryam, akan muncul sebelum Hari Kiamat. Ia membuat orang-orang menjadi kaya bathinnya bersama dia dan tidak lagi perlu siapa pun."

Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda berlakunya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam di Timur yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?