KHUTBAH & PERUTUSAN AIDIL FITRI 1436H.

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al-A’ala :


قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾ وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Para calon ikhwan dan asoib yang dirindui Baginda saw, ketahuilah bahawa hari ini umat Islam menyambut hari yang istimewa, iaitu hari kembalinya fitrah manusia setelah sebulan menjalani proses pembersihan hati dan maknawi. Proses yang terjadi di bulan ramadhan itu membersihkan hati, jiwa, dan perasaan agar kembali kemanusiaannya, kembali fitrah kehambaannya, selaku hamba Allah dan bukan hamba dunia dan syaitan.

Tarbiah atau didikan ramadhan menjadikan manusia bertaqwa, menghormati dan dihormati, merdeka daripada bisikan hawa nafsu dan syaitan. Dikatakan hari kemenangan kerana berjaya memanusiakan diri dalam sebulan ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan membaiki diri, bulan merebut keampunan dan bulan rahmat, kerana itulah ia bulan yang sangat istimewa hingga boleh merubah diri seseorang manusia, memberikan kemenangan terbesar dalam dirinya iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan syaitan, berjaya menjadi orang bertaqwa. Namun begitu, tidak ramai yang berjaya mendapatkan taqwa sekalipun dalam bulan ramadhan ini. Kerana ia memerlukan satu mujahadah dan istiqamah yang luar biasa.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.

Para pencinta kebenaran sekalian, telah Allah taala janjikan buat umat akhir zaman akan datangnya pemimpin yang adil, pemimpin bertaraf khalifah, juga dibantu seorang pemimpin yang menyediakan tapak untuknya, juga dikampilkan seorang yang membawa rahmat, menyempurnakan rahmat Allah untuk sekalian alam. Mereka ialah Imam Mahdi Almuntazar, Pemuda Bani Tamim dan Nabi Isa AS. Mereka ialah pakej kepimpinan adil buat umat akhir zaman.

Hadirin hadirat yang menagih dan menunggu janji Allah taala sekalian, kepimpinan yang adil tidak banyak dalam umur dunia ini. Selain berlaku di zaman para rasul, kepimpinan adil ini berlaku di zaman khulafaurrasyidin iaitu era khalifah Abu Bakar ra, khalifah Umar Al khattab, khalifah Usman Affan, khalifah Ali bin Abi Talib ra, juga Khalifah Umar Al-Aziz. Berlaku juga selepas itu di zaman Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Untuk akhir zaman Allah telah janjikan tiga pemimpin yang membawa keadilan iaitu Pemuda Bani Tamim selaku pembantu Imam Mahdi, Imam Mahdi itu sendiri dan juga Nabi Isa AS. Mereka ini ada disebut didalam hadis Nabi Muhammad saw.

Hadirin sekalin, apakah persiapan yang perlu dilakukan dalam menunggu ketibaan mereka? Persiapan itu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat atau kumpulan dan kelompok yang menunggu janji Tuhan ini. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu, memperbaiki ibadah, mengeratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang sesama manusia, membangunkan Islam dalam amalan seharian samadan amalan ibadah khususiah atau sunat, atau amalan kehidupan harian yang dibuat atau dilaksakan dengan niat untuk syiar Islam. Untuk itu, para pejuang kebenaran tidak pernah jemu dan putus asa dalam mujahadah dengan nafsu yang ada dalam dirinya sendiri. Maksud firman Tuhan:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Yusuf: 53)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Para hadirin sekalian, Ramadhan yang lalu apalah nasib kita? Berjaya mendapat rahmat dan berkah serta maghfirah atau berlalu ia begitu sahaja? Apakah ramadhan itu benar-benar mendidik jiwa dan mengembalikan fitrah hamba kita? Apakah kita dikatakan berjaya menjadi hamba Allah atau kita masih terikat dengan perhambaan dunia dan isinya tanpa kita sedari. Hadirin sekalian, jika kita menghayati ramadhan yang lepas, ertinya kita menghayati proses didikan dan proses menunggu ketibaan pemimpin yang adil itu. Tahukah kita bahawa ketibaan pemimpin penyelamat itu masih rahsia Allah? Ia satu rahsia yang hanya Allah sahaja yang tahu bila keluarnya, dimana dan siapa bersamanya. Namun begitu kita diminta untuk berusaha bersungguh-sungguh menyediakan persiapan lahir dan batin dalam menunggu kehadirannya. Kerana ia masih rahsia maka kita diminta persiapkan hati yang selamat iaitu Qalbun Salim untuk bertemu Tuhan. Bertemu dengan pemimpin yang adil itu satu bonus dan hadiah daripada Allah. Andai tidak direzekikan bertemu dan bersua muka, kita telah persiapkan hati yang selamat sejahtera menuju Allah yang Esa.

Firman Allah Taala dalam Surah As-Syuaara

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

(Asy-Syu'araa' 26:88)

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hatiyang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

(Asy-Syu'araa' 26:89)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Hadiran hadirat yang dikasihi Allah sekalian. Ingatlah bahawa disaat tiada pemimpin yang adil, kita diminta membaiki dan perbanyakkan amalan ibadah, samada ibadah yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, bersedekah, berkasih sayang, dan lain-lain, atau amalan ibadah dalam pekerjaan seharian seperti kerja-kerja amal, dakwah berbentuk lisanulhal, melalui projek atau premis yang kita bangunkan. Jika belum tibanya pemimpin yang adil itu, berusahalah mengkualitikan amalan-amalan asas yang dituntut oleh agama. Andai ada rezeki, dipanjangkan umur insha Allah bertemu dengan pakej pemimpin akhir zaman itu. Andai belum tiba saatnya, sabarlah dengan pemimpin-pemimpin yang ada. Itu lebih baik serta banyakkan ibadah tadi daripada kita berjuang hendak memerintah atau menjadi pemimpin. Jika tidak ditunjuk oleh Nabi saw atau tiada dalam isyarat baginda, pemimpin yang ada hanya membawa kerosakan atau tidak mampu menegak keadilan. Begitulah yang diajarkan oleh Guru Mursyid kita dalam menunggu ketibaan mereka.


Hadirin hadirat sekalian, Ingatlah amaran Nabi s.a.w agar jangan biarkan diri kita lalai daripada mengingati Allah.

الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا(


Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Zukhruf :
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾


Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan para sahabat bersama baginda Rasul saw dalam melawan hawa nafsu dan godaan dunia. Nabi telah bersabda yang bermaksud, "kita telah kembali dari jihad kecil menuju jihad besar iaitu jihad melawan hawa nafsu". Janganlah mudah terpengaruh dengan provokasi musuh atau lawan, kerana itu memang kerja mereka. Ketahuilah bahawa nafsu dalam diri itu sangat jahat dan dahsyat! Ia lebih jahat dari musuh lahir, kerana dialah yang memberi laluan kepada musuh-musuh lahir bertindak.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah dan berbuat kebaikan, agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira. Ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Bersamalah kita melakukan persiapan menghadapi ujian dan nikmat yang Allah akan berikan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَات

اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?