Posts

Showing posts with the label neraka

Ikhlas.

Beribadah kerana Allah SWT. Jangan kerana takut neraka-Nya atau kerana ingin syurga. Buatlah kerana Allah Yang Maha Pemurah

PERLUNYA KITA PADA PEMIMPIN YANG MEMBAWA KE AKHIRAT.

Image
Hidup di dunia ini tidak kekal. Kehidupan sementara.  Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah bukan realiti dinisbahkan akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 70 atau 80 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.  Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Kesengsaraan dan penderitaan di dunia ini, yang berlangsung hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan atau beberapa tahun. Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Firman Allah:  Ūš  Ų£ŁŽŲ±ŁŽŲ¶ŁŁŠŲŖŁŁ… ŲØŁŁ±Ł„Ł’Ų­ŁŽŁŠŁŽŁˆŁ°Ų©Ł Ł±Ł„ŲÆŁŁ‘...

PEJUANG ADALAH PENGHIBUR HATI MANUSIA.

Firman Tuhan: ŁˆŁŽŁ…ŁŽŲ§ Ų£ŁŽŲ±Ł’Ų³ŁŽŁ„Ł’Ł†ŁŽŲ§ŁƒŁŽ Ų„ŁŁ„Ł‘ŁŽŲ§ Ų±ŁŽŲ­Ł’Ł…ŁŽŲ©Ł‹ Ł„Ł‘ŁŁ„Ł’Ų¹ŁŽŲ§Ł„ŁŽŁ…ŁŁŠŁ†ŁŽ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107). Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Bila membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) itu sudah cukup menghiburkan manusia jikalau manusia benar-benar berfikir. Dalam banyak-banyak sifat dan nama Allah yang Maha Hebat, Allah minta kita sebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam apa jua urusan. Ini menunjukkan bahawa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim mengatasi segalanya. Jika kita mengetahui maknanya kita akan malu dan tunduk setunduknya kerana Allah itu sangat terlalu baik dan pemurahnya kepada hamba-hambaNya. Ini sudah cukup menghiburkan namun hanya d...

CIRI-CIRI UMAT YANG ALLAH MUSNAHKAN DI MUKA BUMI.

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:  Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"  Nabi saw. menjawab,  "Penyakit-penyakit itu ialah  (1) terlalu banyak seronok,  (2) terlalu mewah,  (3) menghimpun harta sebanyak mungkin,  (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,  (5) saling memarahi,  (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (Riwayat Hakim) Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat Islam di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tent...