Allah sendiri sudah memberitahu dalam Quran, bahawa masyarakat atau bangsa jahiliah itu sudah kenal adanya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Firman Allah: ÙˆَÙ„َئِÙ† سَØ£َÙ„ْتَÙ‡ُÙ… Ù…َّÙ†ْ Ø®َÙ„َÙ‚َ السَّÙ…َاوَاتِ ÙˆَالْØ£َرْضَ Ù„َÙŠَÙ‚ُولُÙ†َّ اللَّÙ‡ُ Ù‚ُÙ„ِ الْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ بَÙ„ْ Ø£َÙƒْØ«َرُÙ‡ُÙ…ْ Ù„َا ÙŠَعْÙ„َÙ…ُونَ Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). ( Luqman:25 ). Oleh itu apakah sebenarnya pengertian Jahiliah? Jahiliyah iaitu dapat disimpulkan bahawa pengertiannya, "kalau tiap-tiap seorang itu mempercayai adanya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi tetapi dia tidak menerima peraturan-peraturan dari Tuhan untuk menga...
Sabda Nabi SAW, “Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.” (Ibnu Majah) Putera Bani Tamim atau Pemuda Bani Tamim adalah suatu gelaran yang senantiasa menggentarkan hati setiap pemerintah yang zalim, sejak dari zaman pemerintahan Islam hinggalah ke hari ini. Ini dengan mudah dapat difahami kerana setiap kali nama itu disebut, setiap kali itulah akan terasa kepada pihak pemerintah bahawa kedudukan mereka akan tergugat, dan kekuasaan mereka akan beralih tangan. Namun benarkah demikian? Siapa yang mengatakan demikian sehingga diyakini sangat oleh para pemerintah sejak dulu-dulu lagi? Apa yang ditakutkan sangat terhadap diri Putera Bani Tamim itu sehingga dianggap sedemikian rupa? Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah) Beliau ialah seorang pemimpin yang dijanjikan untuk persiapkan t...
Allah S.W.T. ketika memulakan penciptaan-Nya, Dia menciptakan Nur Muhammad. Nur Muhammad ini adalah cahaya yang sangat terang, yang sangat luar biasa. Cahaya ini penuh dengan rasa kehambaan terhadap penciptanya. Hakikatnya Nur Muhammad ini adalah dari cahaya-Nya. Nur Muhammad adalah ciptaan yang paling Tuhan sayang! Kerana sayang dan cinta Allah kepadanya, terciptalah seluruh alam. Ketika Nur Muhammad telah diciptakan dan fizikalnya belum wujud, Allah berkata; "Aku ingin menciptkan manusia yang paling Aku sayang di atas muka bumi ini" Allah Taala menciptakan dari Nur Muhammad ini alam keseluruhannya. Dunia dan akhirat, syurga dan neraka, dunia, akhirat, malaikat, manusia, jin, haiwan, tumbuhan, jamadat, alam ghaib mahupun alam nyata, semuanya dari Nur Muhammad. Seluruh yang ada diciptakan kerana Nur Muhammad. Cahaya yang luar biasa ini, kerana takutkan dan cintakan Allah, telah berlakulah peristiwa pencipaan alam daripadanya. Kerana-mu wahai Nabi Muhammad, kami...