Posts

Showing posts with the label aswaja

KEBANGKITAN ISLAM SECARA AMAN DAN DAMAI.

Image
Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Baik, yang Maha Hebat, yang Maha Agung dan Maha Segalanya. Malaysia kini semakin meriah dengan amalan-amalan Islam yang menyuburkan hati dan jiwa manusia kepada kemakmuran dan perpaduan. Dimeriahkan dengan selawat, zikir, dan doa, yang dilakukan bertaraf nasional malah dianjurkan oleh kerajaan, sebagai satu bukti bahawa Islam menuju zaman kegemilangan Ummah kali ke dua. Abuya sudah berkali-kali berkata, Malaysia tak dapat lari daripada Islam. Alhamdulillah, kerajaan sudah nampak kebaikan masa depan negara bersama Islam. Suasana politik, keadaan ekonomi, dan desakan hidup yang semakin dahsyat dan menekan membuatkan jiwa-jiwa manusia memerlukan kepada tempat mengadu, mengharap, bersandar, meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah manusia. Maka tak lain tak bukan, Allah jualah tempat kembalinya manusia, untuk mengadu, berharap, meluahkan nasib, meminta dan sebagainya. Allah yang mencatur semua ini, maka Allah membenarkan perjuangan para kekasihny...

BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.  Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu de...

UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.

Image
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul. Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian. Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang ...

TAWASUL SEBAHAGIAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Image
Konsep tawasul, tabarruk, dan berhubung dengan orang-orang Tuhan adalah teknologi roh termaju untuk insaniah manusia. Ia m embantu diri kita untuk berterusan mujahadah terhadap nafsu dan bisikan iblis. Disamping kita berusaha bermujahadah, bertawasul dengan orang-orang Tuhan juga sama seperti doa-doa dan ilmu mereka. Dengan bimbingan dan pimpinan mereka juga dapat membantu meringankan usaha mujahadah kita. Dalam dunia Islam, ulama-ulama yang menggali dalam bidang akidah atau usuluddin daripada Al Quran dan Sunnah terkenal dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Abu Hassan Al Asyaari dan Abu Mansur Al Maturidi, mereka inilah tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perlu juga kita ingat di sini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah juga kadang-kadang disebut oleh orang Mazhab Sunni. Pegangan ini mula dibukukan oleh seorang ulama besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Al Asyaari. Lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Basrah pada tahun 324 Hijrah.  Sezaman dengan...