BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah.
Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.
Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu dengan khusuk, tawadhuk dan khuduk dan dapat kita faham, hayati dan jiwai apa yang kita lafaz dan baca, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa kehambaandi dalam hati kita. Rasa bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan rasa kehambaan akan memusnah dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita. Solat yang sempurna yang lengkap lahir batin-nya akan menjadikan kita orang yang kuat keyakinan, kuat iman, baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir dan batin daripada maksiat dan kemungkaran, kuat syariat dan bersih jiwa daripada sifat-sifat keji dan mazmumah. Ia akan menjadikan kita peribadi-peribadi yang agung. Melalui ibadah, Allah mahu mendidik kita supaya menjadi mulia dan tinggi darjat kita di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Melalui ibadah juga Allah mahu mengurniakan kita kebahagaian di dunia sebelum kebahagian yang hakiki di Akhirat.
Solat merangkumi sembahyang para nabi, para rasul dan para malaikat. Gelaran tiang agama diberikan kepada ibadah solat. Gelaran bapa agama diberikan kepada Nabi Ibarahim AS. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah Bapa Agama, iaitu Nabi Ibarahim AS. Daripada kisah Nabi Ibrahim dan keluarganya, kita diajar tentang sabar, taat, dan tawakal, bersatu dalam menegak kalimah Allah.
Bukan mudah untuk seorang ayah untuk korbankan anaknya. Manakala anaknya tidak semudah itu untuk taat dan diperlakukan oleh bapanya, bukan hal kecil. Nyawa taruhannya. Isteri pula bersangka baik kepada suami dan mendorong serta mendokong suami walaupun dia sendiri tidak faham tindakan suaminya, namun kerana Allah dia tempuhi jua. Namun ini semua berlaku kepada keluarga Nabi Ibrahim A.S. Baginda taat dan patuh pada suruhan Allah, tanpa persoalan dan terus bersedia untuk melaksanakannya. Anaknya Iaitu Nabi Ismail, boleh taat dan akur kepada arahan bapanya sedangkan tahu nyawa bakal melayang, malah dengan berani baginda berkata kepada ayahnya buat apa ditangguhkan lagi kalau ini sudah perintah Allah taala!. Ini semua bukan kerja manusia biasa, ini kerja luarbiasa dan ianya berlaku dalam keluarga Nabi Ibrahim. Namun kerana masing-masing telah memberikan hati dan kepercayaan masing-masing kepada Nabi Ibrahim, senanglah baginda mengatur dan mencatur mengikut bayangan (mukjizat) yang diberikan.
Apabila kita melihat, mendengar, atau mengetahui dua orang atau tiga orang atau dua pihak berkrisis, bermusuh, bertengkar dan bertelagah, saling benci membenci, tuduh menuduh, kata mengata, kutuk mengutuk, serang menyerang bahkan berperang, sebenarnya kita sedang melihat mazmumah atau sifat keji yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu sedang dizahirkan, melalui lidah, tangan bahkan senjata.
Tuhan izinkan kita melihat, mendengar atau mengetahui tentang manusia yang tamak, rakus, haloba, hingga sanggup mencuri, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, melawan dan menderhaka kepada ibu dan ayah. Sebenarnya kita sedang menyaksikan manusia yang nafsunya rakus terzahir dalam sikap dan tindakan yang jahat. Mengapa Tuhan izinkan kita mendengar dan menyaksikannya? Tuhan lakukan setiap perkara itu berlaku tidak ada yang sia-sia tanpa ada maksud atau hikmah yang tersirat. Kenapa kita biarkan ianya berlalu dan berlaku begitu sahaja. Kita sendiri tahu atau ada ilmu untuk menilai apa yang Tuhan benarkan kita menyaksikannya atau berlaku depan mata kita. Tuhan izinkan perkara yang positif atau pun negatif berlaku.
Dalam Islam Tuhan perintahkan dikalangan hambanya ada kelompok yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan perkara yang munkar atau negatif. Tuhan tidak ada apa-apa kepentingan tetapi manusia itu sendiri yang menerima akibatnya. Lebih-lebih lagi di era kebangkitan Islam kita berbuat sedikit Tuhan beri bonus banyak. Ibarat kita di hanyutkan air, walaupun tidak pandai berenang tetapi bila ikutkan sahaja akan sampai juga ke hilir sungai. Begitulah di era ini kita usahakan sedikit tetapi hasilnya banyak. Maksud firman Tuhan:
"Sesungguhnya bagi kamu contoh ikutan yang baik pada Ibrahim dan mereka yang bersamanya (ahli keluarganya)," (Al-Mumtahinah, 60:4).
Hadis Qudsi: Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Demi Allah yang tiada ilah yang haq kecuali Dia, tiada seorangpun berbaik sangka kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan sesuai yang disangkanya, karena kebaikan ada di tangan-Nya.” (At-Tadzkirah, Imam al-Qurthubi)).
Hadis Qudsi disebutkan bahwa Tuhan mengikuti persangkaan hamba-Nya. Bila ia berprasangka baik, akan mendapat kebaikan dan bila berprasangka buruk, akan memperoleh keburukan pula. Rasulullah pernah mewasiatkan agar kita jangan mati, kecuali kita memiliki sangkaan baik kepada Tuhan, dengan rahmat, ampunan, dan Syurga-Nya.
Inilah yang perlu dilakukan kepada diri kita, keluarga kita, dan kelompok kita. Mencontohi sikap Nabi Ibrahim, sikap keluarganya, hingga Allah abadikan amalan ini dalam haji dan umrah. Perlu kita lihat apa kaitannya dengan pembangunan institusi kekeluargaan, apatah lagi jika dikaitkan dengan badan-badan atau kelompok jemaah yang perjuangkan Islam. Sebagai seorang ayah atau pemimpin, mestilah mempunyai rancangan untuk keluarganya atau jemaahnya atau kelompoknya. Namun akan menjadi penghalang malah boleh menjadi penentang jika anak atau isteri serta pengikutnya tidak taat, tidak faham atau tidak mahu faham, malah bersaing pula satu sama lain. Kita boleh kaitkan dengan keluarga kita, tak perlu jauh-jauh. Apabila anak-anak sudah boleh mengikut rentak ketua keluarganya, maka Allah akan permudahkan dan bukakan jalan untuk mereka. Jika masih ragu-ragu atau tak yakin atau memandang rendah pada orang lain, akan menemui jalan buntu.