BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH.
"Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" - inilah lafaz dan ucapan yang mesti diucapkan sebelum melakukan sebarang amal perbuatan dan pekerjaan. Hikmahnya terlalu banyak. Tersingkap dan tersimpan 1001 rahsia bersama ayat yang Islam ajarkan untuk dibaca setiap kali sebelum melakukan apa jua pekerjaan. Kali ini, kita ambil sedikit sahaja daripada hikmah dan ilmu yang sangat tinggi nilainya yang Allah ajarkan kepada kita. Yang sedikit ini jika dihayati dan difahami, cukup untuk menenangkan jiwa, menghilangkan duka dan nestapa, memberikan kebahagian dan keselamatan yang membawa ke akhirat kelak, insha Allah.
Dalam banyak-banyak nama dan sifat Allah yang kita ketahui ataupun tidak, Allah pilih 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' sebagai lafaz yang dikampilkan untuk diucapkan selalu dalam kehidupan seharian. Kenapa tidak dipilih nama-nama atau sifat yang gagah seperti 'Al-Qahhar' atau 'Al-Jabbar', 'Al-Qawiy', 'Al-Mutakabbir', 'Al-Khaliq', 'Al-Kabir', 'Al-Wasi'', dan lain-lain yang membawa erti kekuatan, kehebatan, keagungan dan kekuasaan. Dalam banyak-banyak pilihan itu Allah tetap pilih dan minta disebut 'Dengan nama-Nya yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) dan Maha Penyayang (Ar-Rahim).
Allah ingin hamba hamba-Nya tahu bahawa Allah itu tetap kasih dan sayangkan hamba-Nya. Buktinya terlalu banyak! Walau si hamba melupakan Allah tetaplah Allah tidak melupakan kita. Allah taala masih lagi memberikan nikmat yang terlalu banyak kepada kita. Dilahirkan ke atas muka bumi ini pun satu nikmat yang tidak kita minta namun Allah tetap berikan kepada kita. Diberikan udara untuk bernafas, nikmat makan dan minum, nikmat anggota badan yang sihat, diberikan akal yang cerdas, dan pelbagai lagi kebaikan yang tidak terbilang dan terkira dan tak mampu kita hitung.
Allah memberikan dan menciptakan hidup ini dikampilkan bersamanya ujian, supaya para hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya. Ujian yang Allah lalukan dan berikan kepada hamba-Nya sesuai dengan keadaan Iman mereka. Allah tidak beri lebih dan kurang, sekadar cukup dengan iman seseorang. Namun bagi si hamba, apa sahaja ujian yang berlaku dirasakan berat, susah, payah, kerana sifat nafsu itu tidak sukakan ujian dan cubaan. Ia sukakan yang mudah, yang senang, yang sesuai dengan seleranya dan kehendaknya. Itulah nafsu. Maka ujian yang Allah bekalkan dalam kehidupan hamba-Nya adalah imbangan kepada setiap perbuatannya.
"Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari" (HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah ra dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, sekiranya sangkaannya terkadap-Ku baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.
Dalam banyak-banyak nama dan sifat Allah yang kita ketahui ataupun tidak, Allah pilih 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' sebagai lafaz yang dikampilkan untuk diucapkan selalu dalam kehidupan seharian. Kenapa tidak dipilih nama-nama atau sifat yang gagah seperti 'Al-Qahhar' atau 'Al-Jabbar', 'Al-Qawiy', 'Al-Mutakabbir', 'Al-Khaliq', 'Al-Kabir', 'Al-Wasi'', dan lain-lain yang membawa erti kekuatan, kehebatan, keagungan dan kekuasaan. Dalam banyak-banyak pilihan itu Allah tetap pilih dan minta disebut 'Dengan nama-Nya yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) dan Maha Penyayang (Ar-Rahim).
Allah ingin hamba hamba-Nya tahu bahawa Allah itu tetap kasih dan sayangkan hamba-Nya. Buktinya terlalu banyak! Walau si hamba melupakan Allah tetaplah Allah tidak melupakan kita. Allah taala masih lagi memberikan nikmat yang terlalu banyak kepada kita. Dilahirkan ke atas muka bumi ini pun satu nikmat yang tidak kita minta namun Allah tetap berikan kepada kita. Diberikan udara untuk bernafas, nikmat makan dan minum, nikmat anggota badan yang sihat, diberikan akal yang cerdas, dan pelbagai lagi kebaikan yang tidak terbilang dan terkira dan tak mampu kita hitung.
Allah memberikan dan menciptakan hidup ini dikampilkan bersamanya ujian, supaya para hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya. Ujian yang Allah lalukan dan berikan kepada hamba-Nya sesuai dengan keadaan Iman mereka. Allah tidak beri lebih dan kurang, sekadar cukup dengan iman seseorang. Namun bagi si hamba, apa sahaja ujian yang berlaku dirasakan berat, susah, payah, kerana sifat nafsu itu tidak sukakan ujian dan cubaan. Ia sukakan yang mudah, yang senang, yang sesuai dengan seleranya dan kehendaknya. Itulah nafsu. Maka ujian yang Allah bekalkan dalam kehidupan hamba-Nya adalah imbangan kepada setiap perbuatannya.
ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته
Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim)
Maha Suci Allah! Inilah antara hikmahnya mengapa Allah berikan ujian kepada kita. Inilah bukti Rahman dan Rahimnya Allah kepada hamba-Nya. Allah sangat tahu keadaan para hamba-Nya. Allah jualah yang menciptakan hamba-Nya dengan kekurangan dan kelemahan supaya hamba-Nya tidak putus-putus bergantung harap dan nasib kepada-Nya. Kita dilarang bergantung dengan makhluk tetapi diminta bergantung dengan Allah. Makhluk seperti kita juga, lemah dan tak berdaya. Hakikatnya Allah yang berikan kesenangan dan kemudahan kepada hamba-Nya supaya berkhidmat kepada makhluk Allah yang lain, sebagai khalifah di atas muka bumi. Namun sebagai imbangannya Allah juga ciptakan manusia sebagai hamba-Nya untuk menyembah dan membesarkan-Nya. Hamba manalah boleh membesarkan dirinya, apa jua jawatan dan pangkat disisi Allah dia tetaplah hamba.
Allah sangat sayangkan hamba-Nya. Sebagai hamba Allah bersangka baiklah kepada-Nya. Besarkanlah Dia di mana sahaja dan bila-bila masa. Hilangkan apa yang ada dalam hati kita, hanya kewujudan Allah sahaja yang kita rasakan. Bila diuji dengan kesenangan atau kesusahan, ingatlah Allah! Dialah yang berikan segalanya, susah senang, miskin kaya, hidup mati, semuanya daripada Allah. Bersangka baiklah kepada Tuhan, ingatlah dia selalhu - akan menjadikan hati tenang dan senang, sekalipun tidak memiliki harta namun bila hati sudah dipenuhi dengan ingatan kepada Tuhan, itulah dia kaya yang sebenarnya. Dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Tidak pernah berlaku kepada hamba-Nya bila semakin ingat Allah semakin menderita. Yang membuatkan jiwa menderita dan merawa ialah bila hati akal tidak lagi terikat dengan Allah, bila akal banyak fikirkan dunia maka hilanglah bahagia.
Jika kita berdoa kepada Allah, maka hendaklah bersangka baik dengan Allah andainya hajat kita tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik dari apa yang kita minta. Sekiranya kita ditimpa musibah, hendaklah kita yakin bahawa disebalik musibah yang diterima ada hikmahnya yang tersendiri. Justeru hendaklah bersifat redha kepada ketetapan Allah, ini juga sebahagian daripada rukun Iman iaitu beriman kepada Qadha dan Qadar Allah. Bersangka baik kepada Allah akan melahirkan 1001 sifat terpuji dan diredhai.
Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah apakah hikmah di sebalik ujian nikmat yang Allah SWT beri ini. Dan janganlah lupa bersyukur kepada-Nya. Jika seseorang telah mengerjakan sesuatu amalan yang baik, maka hendaklah dia bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT akan menerima amalan baik yang kita lakukan. Inilah anak kunci kebahagian, bersangka baik kepada Tuhan, Allah Taala.