MALAYSIA IALAH TURKI KECIL YANG MEMBANTU TURKI BESAR.

Turki adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah sebuah empayar. Dahulunya ia adalah pusat pentadbiran bagi Empayar Osmaniah. Sejarah gemilangnya bermula dengan pembukaan Kota Kostantinopel (Istanbul) di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kini semuanya tinggal kenangan dan sejarah. Empayar Islam itu lenyap selepas perang dunia pertama. Kemudian Turki berubah menjadi negara sekular di tangan Mustafa Kamal Attartuk. Pelbagai cubaan dalam menghidupkan semula syiar Islam di sana namun hingga kini masih belum berjaya. Yang berjaya dihidupkan ialah kesinambungan tarikat-tarikat sufi yang dijaga turun temurun, namun untuk menjadikan ianya gemilang hingga peringkat negara seperti sebelumnya belum berjaya. Aura empayarnya telah lenyap dan hilang.

Rupanya aura syiar Islam itu telah berpindah ke Malaysia. Maka ada ulama mengelar Malaysia sebagai Turki kecil. Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Dato Seri Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memutuskan hubungan peribadi yang dijalin Anwar dengan Turki dan negara-negara Islam yang lain. Sekaligus menjadikan Malaysia rakan rasmi negara berkenaan.

Kamal Atartuk seorang tokoh yang mencabut roh Islam di Turki dan akhirnya Turki hilang kekuatan sebuah empayar Islam. Rahmat dan kasih sayang Tuhan kekuatan tersebut berpindah ke Malaysia. Maka kini Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang di hormati dan disegani terutamanya negara negara umat Islam. Selepas 28 tahun, Malaysia dan Turki membuka era baru dalam hubungan dua hala menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mampu mengukuh serta mengembangkan kerjasama dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Turki dilihat mempunyai kelebihan tertentu, antaranya ia sebuah negara yang mampu berdikari tanpa bantuan negara-negara asing. Walaupun ia tidak diterima persatuan eropah untuk menjadi sebahagian daripada mereka, kekuatan Turki sebenarnya sudah cukup dan memadai buat negaranya dan rakyatnya. Memang tidak dinafikan kuasanya selaku bekas empayar Islam tidak boleh dipandang rendah. Namun Allah taala telah tetapkan pergiliran kuasa di kalangan hamba-Nya. Kini Turki walaupun mempunyai kuasa tersendiri namun ianya tidak begitu berwibawa di mata dunia. Malah wibawa Malaysia sebagai negara Islam lebih dipandang besar dunia walaupun tarafnya bukan empayar.

Kerjasama Turki dan Malaysia sangat membenarkan jadual kebangkitan Islam kedua. Lebih-lebih lagi setelah berlakunya jalinan kerjasama rasmi antara kedua negara ini. Malaysia sebagai negara kecil dapat pelbagai manfaat daripada Turki kerana Turki telah terbukti pernah meneraju sebuah empayar Islam. Manakala bagi Turki, kerjasama dengan Malaysia membantunya untuk mengulangi kegemilangan Islam kedua di akhir zaman ini.

Malaysia sebagai negara Islam Ahli Sunnah Waljamaah satu-satunya negara Islam yang berani menyatakan pendiriannya. Sedangkan negara Islam atau mana-mana negara arab sekalipun tidak berani menyatakan bahawa mereka negara Ahli Sunnah Waljamaah. Ini sangat membantu negara Turki yang hakikatnya berpendirian yang sama namun tidak juga berani menyatakan hal itu. Banyak pihak cuba mengaitkan dengan isu politik namun tidak ada pihak yang berani sekalipun atas nama politik menyatakan mereka dan negara mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan negara arab atau Islam lain seperti Iran jelas dengan Syiah, Saudi dengan Wahabi, Iraq hakikatnya Syiah yang didokong barat, begitu juga negara Teluk rata-ratanya ialah gabungan antara Syiah, wahabi dan liberal.

Disini sangat menjelas bahawa Malaysia sememangnya dipersiapkan untuk kebangkitan Islam kedua. Kini ianya sedang membantu Turki selaku bekas empayar dalam mendaulatkan Islam ke peringkat dunia. Hanya golongan yang prihatin dan mengambil berat akan hal ini akan menyedari hakikat yang sedang berlaku sekarang.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?