ANWAR IBRAHIM BERDEPAN DENGAN KEBANGKITAN ISLAM.
Pada masa ini, telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif yang berlaku. Dunia sekali lagi akan diatur dan dicatur oleh Islam. Perkara ini jelas sekali Allah tegaskan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah, surah kedua dalam quran pada ayat ke 105 yang bermaksud :
"Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (wahyu atau petunjuk) dari Tuhan kamu sedangkan Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar."
Kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ialah melawan arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan. Dia merancang kebangkitan dia sendiri, dengan cara kotor dan keji. Malang sekali, dia bukan berdepan dengan kuasa manusia tetapi berdepan dengan kuasa Tuhan. Sekalipun Anwar Ibrahim mendapat sokongan kuasa dari luar negara namun dia tetap akan gagal. Pelbagai usaha sudah dilakukan namun tak berjaya rancangan demi rancangan yang dilaksanakannya. Ikutkan lojik akal, mana mungkin Anwar Ibrahim akan 'kalah' kerana Amerika dan sekutunya berada dibelakang dia. Namun kuasa Allah taala mengatasi segalanya.
Anwar bergantung kepada Kuasa besar yang sudah menjadi singa tua. Hanya gah pada nama tetapi sudah tiada kekuatan hendak menggigit dan menerkam mangsanya lagi. Apa kekuatan yang boleh diberikan oleh kuasa yang di ibaratkan seperti orang yang di ambang maut. Apa boleh dilakukan oleh orang yang menunggu nazak.
Tindakan Anwar Ibrahim bukan saja merosakkan agama, bangsa, negara bahkan tamadun manusia. Ertinya mengancam keamanan dan keselamatan negara. Tokoh begini jika naik akan menjadi pemimpin yang rosak. Pemimpin yang cacat kerana mempunyai peribadi yang jahat. Pemimpin begini bukan untuk membangunkan negara atau rakyat, tetapi untuk hidup berfoya-foya, dan membazirkan wang rakyat dan negara. Dengan pemimpin seperti ini, akan berlaku huru-hara dalam negara. Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam negara. Belum pun menjadi pemimpin sudah mengajak manusia bergaduh dan bermusuhan, kononnya atas nama keadilan. Dia sudah lupa ketika dia berkuasa, menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu berapa ramai yang dizaliminya.
Kita sangat beruntung kerana berada di era Kebangkitan Islam. Juga sangat beruntung berada di bumi Timur. Sekarang era atau zaman bumi Timur menerima giliran dari Tuhan. Giliran diserahkan kuasa empayar. Berjuang di masa dan tempat yang dijanjikan banyak mendapat subsidi dan bonus dari Tuhan. Malaysia berada diatas landasan jadual Tuhan. Timur yang di maksudkan itu adalah Malaysia.
Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?
Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya adalah keperluan bersama dalam kehidupan. Tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa. Kasih sayang ia keperluan kita bersama.
Di Malaysia perjuangan secara kasih sayang telah berjaya dimusnahkan oleh musuh. Yahudi menonjolkan tokoh seperti Anwar Ibrahim dan seumpamanya, adalah jambatan musuh dari luar merosakkan kasih sayang, keharmonian, keamanan dan kedamaian.
Bagi menghadapi musuh seperti Anwar Ibrahim, mesti dilancarkan perjuangan Love and Care sebagai senjata, selain daripada menggunakan mahkamah dan peruntukan yang boleh dimanfaatkan. Ini sebagai tindakan kepada Anwar Ibrahim.
Malaysia dikenali sebagai negara yang subur nilai ketimurannya. Kini apa yang diperjuangkan Malaysia selama ini sudah terbarai. Kerana ada orang yang lebih mementingkan kepentingan diri. Sebelum ini dikalangan bukan Islam pun kita perkenalkan Love and Care (kasih sayang/perpaduan), tetapi kerana perturutkan kepentingan nafsu institusi keluarga pun diporakperandakan dan akhirnya bercerai berai dan musnah. Institusi keluarga besar yang di bina dan diperjuangkan tinggal dalam sejarah. Kalau hubungan fitrah seperti kekeluargaan dihancurkan betapalah hanya hubungan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang diusahakan, lebih-lebih lagi terbarai dan porak peranda.
Dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman. Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan.
Musuh terus membuat kacau bilau dan huru hara kepada negara kita. Negara tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini. Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana yahudi dan tentera salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu. Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.
Mereka sangat mengkaji apa yang Allah beritahu dalam Quran dan Sunah Rasulullah SAW. Yahudi dan Nasrani sangat sedar mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam secara kasih sayang. Musuh bukan berdepan dengan kuasa manusia. Mereka bukan berdepan dengan kerajaan Malaysia. Mereka sangat sedar berdepan dengan kuasa Allah. Jadual yang mereka hadapi bukan jadual manusia tetapi adalah jadual Tuhan. Begitulah sikap mereka berterus terang menentang sesuatu yang datang daripada Tuhan. Musuh sangat faham kebangkitan tersebut. Ini jelas sekali Allah sebut didalam Al-Quran surah Al-Anaam,6:20 bermaksud : "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman."
Kita yakinlah bahawa sememangnya negara kita Malaysia akan menjadi peneraju sebuah empayar Islam. Kini sedikit demi sedikit perubahan berlaku kepada rakyat Malaysia. Perubahan kepada Islam satu khabar yang sangat menggembirakan buat pejuang- pejuang Islam akhir zaman.