HUBUNGAN EMPAYAR OSMANIAH TURKI DAN KESULTANAN JOHOR.

Pada kali ini, Suara Haramain mengajak anda semua menelusuri sejarah gemilang yang tersimpan dalam khazanah sejarah. Sekalipun sebelum ini ada yang cuba berkongsi mengenainya namun kerana belum tiba masanya ia hilang begitu saja dan dilupakan. Namun kini memang masanya sudah tiba, sudah Allah taala takdirkan untuk dunia umum mengetahuinya.

Umum kita mengetahui banyak sejarah telah disorok atau dirubah oleh penjajah atau orientalis barat, lebih-lebih lagi oleh musuh Islam. Kewujudan Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan sejarah Islam namun diubah dan dimanipulasi serta dibesar-besarkan dengan sejarah hindu. Inilah kerja musuh, supaya semangat dan roh perjuangan berkubur. Namun jika tiba masanya tiada apa yang dapat menghalang.

Pada 13.02.1886 Sultan Johor telah diiktiraf oleh kerajaan Osmaniyyah Turki, dengan gelaran Sultan. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah. Baginda dikurniakan dengan dua wanita seorang bernama Khadijah Hanum untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Rukayah Hanum bernikah dengan adindanya iaitu Engku Majid bin Temenggong Ibrahim. Mereka dari keturunan Kaukasia di Utara Turki, kini dipanggil Georgia, Rusia. Perkahwinan Sultan Abu Bakar dengan Khadijah Hanum berlangsung pada 22.09.1893 di Istanbul Turki. 

Hubungan Kerajaan Johor dengan Kerajaan Osmaniyyah amat akrab khususnya sejak tahun 1885 iaitu apabila Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar hinggalah 1922 masihi, di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim. Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi bangunan bangunan lama di wilayah khilafah Osmaniyyah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar melawatIibu Kota Khilafah Osmaniyyah dan berjumpa sultan Abdul Hameed ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang- bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Osmaniyyah. Hikayat Johor meriwayatkan (Mohd Said Haji Sulaiman: 1951):

“Hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”

Pada Isnin lepas, 23hb Mac 2015 telah berlangsung satu lagi sejarah unik bagi Malaysia. Bertempat di Istana Besar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Istiadat Pertabalan menaiki Tahta telang terlangsung. Pertabalan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan ke 25 dalam sejarah Johor dan Sultan ke 5 dalam sejarah Johor moden adalah yang pertama selepas 55 tahun dengan kali terakhir di langsungkan semasa pertabalan Sultan Ismail pada tahun 1960

Saya mengajak pembaca semua merenung dan berfikir sejenak, mengapa sejarah sultan-sultan kita disorok? Yang diajar dalam subjek sejarah sekolah seolah-olah hanya hikayat dongeng semata dan payah nak dikaitkan dengan realiti. Lebih-lebih lagi memang ada pihak yang memastikan kisah-kisah atau sejarah Kesultanan Melayu tidak dibuka, hanya yang berkaitan kebudayaan atau tertentu sahaja dibesar-besarkan. Hakikatnya Kesultanan Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kedatangan Islam di Timur! Kerana ada kaitan dengan Islamlah ianya disorok dan disimpan. Sebelum ini kita disogok dengan cerita kononnya Kesultanan Johor dari keturunan lanun, hakikatnya Empayar Islam terakhir iaitu Osmaniah sangat ada kaitan dan hubungan dengan Kesultanan Johor.

Ketika negara dilanda masalah najis politik dan ahli-ahlinya, Allah mengangkat pertabalan Sultan Johor hingga masyarakat lupa pada ahli-ahli politik dan fahamannya. Politik yang ada sudah terlalu hancur, rosak, jahanam, dan tidak memberi kebaikan malah memberi kemudaratan, kerosakan, dan kehancuran! Lihatlah perangai dan tingkah laku ahli politik! Menjatuhkan satu sama lain dengan cara jijik dan hina. Pemimpin lantikan rakyat sudah terlalu mengecewakan rakyat. Tanpa disangka pertabalan Sultan Johor kali ini mengubati hati rakyat secara tidak sedar. Ini adalah signal dari Allah, bahawa era pemerintahan bertaraf khalifah akan berlaku tak lama lagi. Selaku Sultan bagi mana-mana negeri, mereka adalah ketua agama Islam, dan ini satu penghormatan besar bila Islam hakikatnya ditabalkan semula. Ahli politik dan fahaman mereka akan hilang sendiri tak lama lagi. Manusia alan melupakan politik dan orang-orangnya.

Ini perancangan Allah taala, dan kerana itu manusia tidak menyangka di saat politik negara jiran Johor, iaitu Singapura sedang berkabung tapi di Johor berlaku sebaliknya. Upacara perlantikan Sultan yang berlaku adalah petanda bagi pejuang-pejuang kebenaran, bahawa Islam sedang menuju era gemilang. Siapa sangka sejarah hubungan antara Kesultanan Johor dan Empayar Osmaniah kini disebut kembali, setelah pihak orientalis berusaha menutupnya. Boneka barat yang juga tali barut yang selama ini mengeruhkan suasana politik Malaysia kini sedang membungkam, berduka cita di dalam sana. Dia semakin dilupakan, bos-nya pun telah meninggal dunia dan ini satu perkara yang membuatkan ada pihak mati akal dan buntu, hilang pedoman walaupun masih punya harta berjuta-juta. Ini semua berlaku dalam masa yang sama. Inilah rancangan Allah taala. Sebaik-baik tipu daya dan helah, Allah jualah yang terbaik mengatasi semua perancangan yang ada.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?