KENAPA ORANG YANG BERSEMBAHYANG PUN TIDAK TENANG?
Firman Tuhan:
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankaboot: 45).
Ada golongan umat Islam yang berkata, "Perangai orang yang sembahyang tidak ada beza pun dengan orang yang tidak sembahyang, dan ada juga yang jiwanya masih tidak tenang." Dengan maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad dengki, dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain lagi. Kenapa jadi begitu? Mengapa sembahyangnya tidak meninggalkan kesan yang baik?
Katakanlah makanan yang baik dan berzat serta berkhasiat itu ialah nasi, daging, ikan, sayur, susu, dan lain-lain lagi. Kalau dimasak nasi dengan cara yang tidak betul seperti terlalu kuat apinya hinggakan nasi menjadi hangit, maka akan hilanglah zat karbohidratnya. Ikan yang segar dan mempunyai protein, kalau belum sempat masak, kita sudah memakannya, tentulah tidak sedap rasanya kerana ia masih mentah, atau salah cara memasaknya akan hilanglah proteinnya.
Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, zat besi, kalsium dan lain-lain, kalau dimakan tanpa dibasuh dengan bersih, tentu ia akan terdedah kepada kuman berpenyakit atau beracun (racun serangga), boleh jadi jika dibasuh dengan betul tapi kaedah masak tidak kena dengan caranya hilanglah semua khasiatnya.

Contoh lain pula, susu yang mempunyai zat lemak, kalau disajikan setelah susu itu basi, ia bukan lagi memberi kesihatan pada badan, bahkan akan memudaratkannya. Apatah lagi kalau makanan yang berzat itu disertakan dengan racun atau keracunan makanan, tentu racun itulah yang akan menguasai seluruh badan, merosak dan menyakitkan badan.
Adapun teknik atau cara atau kaedah menyajikan dan menyediakan makanan itu pun mesti kita faham betul-betul. Barulah makanan yang baik dan berkhasiat itu jadi begitu sedap dan menyelerakan. Kalau salah cara memasaknya akan tinggal hampas-hampas sahaja. Tiada khasiatnya lagi sedangkan makanan itu pada asalnya baik, bermutu tinggi, penuh dengan khasiat tetapi hasilnya tetap sama dengan orang yang makan makanan tidak baik atau tidak berkhasiat atau orang yang makan makanan beracun. Tetaplah makanan itu tidak dapat menyuburkan badan. Bahkan badan tidak sihat dan mudah diserang dengan penyakit.
Begitu juga dengan roh atau jiwa atau hati manusia. Makanan roh yang baik ialah sembahyang, selawat, membaca Al-Quran, zikrullah dan sebagainya. Walaupun makanan roh yang baik seperti diatas sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan dengan cara tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwa-nya. Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir. Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Maka Tuhan sendiri nyatakan sembahyang itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk.
Begitulah tamsilan kepada sembahyang kita. Allah Taala berkata dalam Al-Quran, sepatutnya sembahyang kita dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Namun realitinya jutaan umat Islam atas muka bumi ini bersembahyang atau beribadah namun kemungkaran masih berleluasa dan bermaharajalela. Malah yang melakukan kerosakan itu sendiri ialah mereka yang bersembahyang.
Mengapa? Kenapa ianya terjadi? Jawapannya kita pun tahu. Kita sembahyang namun khusyuknya tiada. Kita beribadah namun bukan kerana perintah Allah Taala tapi kita nakkan pahala. Ibarat anak-anak yang membantu orang tuanya bukan kerana kesedaran tapi sebab nak gula-gula. Sudah tentu kesan pada jiwanya tak sama. Oleh kerana itu patutlah Allah Taala berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, neraka wail bagi orang yang bersembahyang. Sembahyang yang lalai, penuh dengan najis maknawi. Sembahyang orang yang masih melakukan maksiat dan tidak bertaubat.

Inilah yang kita nak ingatkan sesama sendiri. Baikilah solat kita, kerana daripadanyalah bermula segala urusan. Kita hidup atas muka bumi ini bukan untuk bekerja semata, bukan untuk berhibur semata, tapi kita dihidupkan Allah Taala di dunia untuk beribadah padanya. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berfaedah serta memberi kebaikan pada makhluk Tuhan yang lain. Kita didatangkan untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.
Ingatlah! Sembahyanglah perkara pertama dan utama sekali yang akan ditanya kelak. Baikilah sembahyang kita dan keluarga kita. Semuanya bermula dari diri kita. Dunia akan aman damai bila setiap peribadi berusaha membaiki dan perelokkan ibadah mereka. Dunia sekali lagi akan merasakan keindahan seperti zaman Rasul dan Sahabat. Ia akan berlaku dan pasti berlaku.