MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain.

Firman Allah:

وَالْعَصْرِ.
 إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.
 إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3).

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyarakatnya pelbagai bangsa dan agama namun Islam tetap disanjung dan dihormati sebagai agama rasmi negara. Pembangunan insaniah dan pembangunan maddiah yang seimbang dan kehidupan masyarakatnya yang stabil.

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadikan tema negara "Islam Hadari". Umat Islam di Malaysia sangat memainkan peranan besar dalam menyahut kebangkitan Islam. Jelas kelihatan peningkatan dan pencapaian yang baik di kalangan masyarakat Melayu Islam di dalam:

- Pengamalan Islam
- Pendidikan
- Ekonomi
- Teknologi
- Politik yang terkawal.

Bagi merealisasikan Melayu Baru yang menjadi payung kepada kebangkitan Islam sekali lagi, mestilah diusahakan sifat-sifat mahmudah secara berterusan. Malaysia boleh jadi Model Empayar atas nama Islam atau contoh umat Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul mestilah wujud. Kalau kita bercerita tentang kecantikan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contoh atau model yang memakainya. Kalau nampaknya betul-betul cantik dan kemas, mudahlah mereka menerima dan menirunya.

Tanpa model, berbagai-bagai tanda tanya akan timbul yang tidak selesai dan ini akan menyusahkan kita untuk membangunkan empayar Islam. Sebab itu Rasulullah menyiapkan masyarakat Islam contoh di Madinah. Walaupun kecil, kerana masih bertaraf toifah atau jemaah, tetapi meyakinkan. Dengan kuasa negara ia akan mampu membesar. Orang tertarik dengan model yang baik dan menyakinkan itu. Persiapan model masyarakat Islam tulen juga memberi pengalaman yang penting kepada para pejuang untuk membangunkan Islam di peringkat Negara dan seterus peringkat Empayar.

Berdasarkan janji-janji Tuhan mengenai pergiliran kekuasaan pemerintahan di dunia, maka ternyata bangsa yang belum lagi mendapat gilirannya ialah bangsa Melayu. Sekarang umat Melayu di Nusantara menjangkau 250 juta orang. Bilangan umat Islam yang terbesar di dunia. Bangsa-bangsa lain pernah menempa sejarah atas nama Islam, seperti bangsa Arab, bangsa Eropah, bangsa Mongol, bangsa Kurdis dan bangsa Turki.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?