KEMBARA BERSAMA AL-QURAN BERGERAK.
Kembara bersama Al -Quran sangat membantu kita untuk mendapatkan kebenaran, menjadi abid dan pejuang, menyingkap perkara lahiriah dan rohaniah. Al-Quran juga membuktikan kebenaran pelbagai fakta sejarah dan kejadian umat umat terdahulu yang disampaikan oleh Tuhan kepada Rasul SAW.
• Kasih sayang
• Keadilan
• Perikemanusiaan yang amat tinggi
• Rasa bersama dan bekerjasama
• Kesatuan dan perpaduan
• Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur
• Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan
• Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia
• Memikirkan kepentingan orang lain
• Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.
Itulah sebahagian daripada kebenaran. Inilah yang dunia mahukan. Ini yang dunia kehendaki semenjak dari Nabi Adam hingga hari ini. Bahkan hingga dunia ini dikiamatkan oleh Tuhan nanti. Walaupun begitu, hendak mendapatkan kebenaran dalam kehidupan amat sulit. Kalaupun dapat, hanya satu atau dua perkara sahaja. Manusia inginkan kebenaran tetapi manusia tidak menemuinya. Itu menunjukkan kebenaran itu tidak mampu manusia cipta. Kebenaran itu bukan ciptaan manusia.
Kebenaran adalah dari Tuhan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran:
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ الْمُمْتَرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah engkau menolak.” (Ali Imran: 60)
Ertinya kebenaran bukan ciptaan manusia tetapi ia dari Tuhan yang diberikan kepada manusia. Bagi mendapatkan kebenaran dari Tuhan untuk keperluan bersama manusia, Tuhan mensyaratkan kebenaran itu mesti diperjuangkan. Mahalnya kebenaran itu. Semua orang perlukannya tetapi sangat susah untuk dimiliki kerana ia adalah anugerah dari Tuhan. Kalau manusia mahu memilikinya, hendaklah diperjuangkan kebenaran itu.
Kalau kebenaran itu tidak diperjuangkan maka kebenaran itu tidak akan dapat dimiliki oleh manusia. Sebab itulah sehingga hari ini, kebenaran yang sempurna, yang lengkap, yang serba ada, belum dimiliki oleh manusia. Kerana itulah manusia hari ini hidup tidak menentu. Hidup dalam derita. Berlaku krisis demi krisis dan tidak ada ketenangan. Bahkan di rumah-rumah ibadah pun tidak ada ketenangan. Kecuali hanya berlaku sekali-sekala seperti di zaman Rasulullah SAW.
Bahrul Mait ( laut mati ) dan Ashabul Kahfi di Jordan, pembelahan laut oleh Nabi Musa as. di Mesir, rihlatasy syita'i wash shaif di Syria,Nabi Idris as., Harut dan Marut di Babylon, Iraq. Nabi Yahya di Damsyiq, Syria. Kaum Tubba' berjaya memasuki Samarqand di Uzbek dan Qarun di Fayyum Mesir.
Rasulullah SAW juga digelar Al-Quran bergerak, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran "Akhlak peribadinya adalah Al-Quran". Dalam ayat yang lain ada menyebut maksudnya, "Sesungguhnya pada diri engkau (wahai Muhammad) ada peribadi yang agung".

Sebagai Al-Quran bergerak berperanan memahamkan maksud Al-Quran yang bertulis terutamanya bagaimana hendak melaksanakan apa yang dimaksudkan Tuhan dalam Quran tersebut. Rasul SAW sangat memandu kita bagaimana menjadi abid dan pejuang ( رهبان بالليل وفرسان بالنهار ). Peranan abid dan pejuang ada nilai disisi Tuhan bilamana kita dapat mengekalkan rasa hamba.
Abid adalah aktiviti yang melahirkan hubungan dengan Allah ( Hablum minallah ). Pejuang hakiki adalah mengajak manusia kepada kebenaran. Menurut Abuya: "Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni."
Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama, perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia. Kebenaran yang dimaksudkan antaranya ialah: