RASUL AKHIR ZAMAN YANG TAK PERLU MENULIS DAN MEMBACA.
Bulan ini umat Islam diseluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program dan acara. Mengingati pemimpin Agung yang tidak ada tolok bandingnya. Tuhan sendiri yang memuji dan berselawat keatas diri Baginda SAW. Tuhan hendak memudahkan manusia mendapat pimpinan maka dilantik Rasul dikalangan manusia itu sendiri bukan dari golongan makhluk lain saperti jin atau malaikat.
Firman Allah mafhumnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu utusan Allah dari kalangan kamu ...."
Dalam ayat yang lain Tuhan sebut yang mafhumnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh ikutan yang baik".
Maksud tersirat di sebalik makna sambutan perayaan tersebut
sebenarnya bertujuan membawa kita memahami, menyelami seluruh keperibadian Rasulullah dan untuk menyemarakkan rindu kepada Rasulullah SAW. Lantas, baginda menjadi role model terbaik manusia seluruh alam. Namun berapa ramaikah dikalangan kita sekarang yang benar-benar menghayati keperibadian Rasulullah?
Kebangkitan Islam sekali lagi dikurun ini melalui akhlak mulia. Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti.
Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencintai dan dicintai tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tidak ada contoh. Model yang hendak diikuti itulah yang ada pada diri Rasulullah SAW. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba- hamba-Nya.
Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain.
Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah SAW manusia yang paling tinggi akhlaknya.
Sama ada akhlak dengan ALLAH maupun akhlak sesama manusia.
Oleh itu tidak hairanlah jika ALLAH sendiri memuji Rasulullah SAW dalam Al Quran dengan firman-Nya:
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung." (Al Qalam: 4)
Kita umat Islam sangat beruntung kerana dikurniakan seorang Nabi dan Rasul akhir zaman yang tidak perlu membaca dan menulis untuk menguasai ilmu. Nabi junjungan yang Ummiy itu, Nabi Muhammad SAW, diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui malaikat Jibril), tanpa perlu membaca dan menulis.

Gemparlah dunia Arab, Rom dan Parsi kerana kejadian ini. Di mana seorang yang direndahkan tapi menjadi sepandai-pandai manusia. Kuasa Allah diciptakan kepada kekasihnya Rasulullah SAW.
Firman Allah tersebut dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi menjamin keselamatan, kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah ialah model ikutan (role model) bagi kita umatnya.
Baginda ialah contoh seorang pemimpin, bapa, suami, jiran, peniaga dan sahabat yang terbaik. Justeru, umat Islam tidak perlulah mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain Rasulullah. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad SAW. Moga kemeriahan kita menyambut perayaan maulid rasul dapat menghidupkan kembali kecintaan kita kepada manusia luar biasa ini.