Zaman Ini Milik Timur.

    Jadual Allah adalah satu grand design yang telah di siapkan untuk kebangkitan Islam di akhir zaman.  Kita sedang berada didalamnya.  Jadual kebangkitan ini telah diperkatakan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lampau.  Kalaulah kita faham perjalanan dunia dan jadual Allah untuk umat Islam, sebenarnya Tuhan telah siapkan.  Mari kita melihat hadist hadis yang yang telah digambarkan perkara tersebut.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: " “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu akan berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian khilafah ‘ala minhaj nubuwwah berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian kerajaan yang diwariskan berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian kerajaan yang diktator berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian khilafah ‘ala minhaj nubuwwah berlangsung.” Kemudian Rasulullah SAW diam. (HR. Ath-Thayalisi, Ath-Thabari, dan al-Baihaqi dalam Minhaj an-Nubuwwah. Hadits ini dishahihkan oleh syaikh Al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah dan dihasankan oleh syaikh Al-Arnauth).

Berdasar hadis di atas Allah telah siapkan satu pelan pemerintahan dunia mengikut urutan berikut:

1. Zaman Kenabian.
2. Zaman Kekhalifahan
3. Zaman Fitnah
4. Zaman penzaliman 
5. Zaman Kekhalifahan berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.

    Grand Design di atas membuktikan bahawa Rasulullah telah menggambarkan bahawa perjalanan Islam akan melalui satu perjalanan yang menyaksikan pergiliran era kemenangan dan kegemilangan, kejatuhan, dan kegelapan dan ditutupi dengan kemuncak kegemilangan kali ke dua.  Begitulah jadual yang telah Tuhan susun untuk umat Islam.

    Setelah memahami jadual ini maka mari kita kaji lagi, bilakah zaman yang dikatakan kegemilangan Islam kali kedua itu akan berlaku, dari mana ia akan bermula dan siapakah yang akan memimpin kebangkitan kedua ini.

Di dalam satu hadis lain Rasulullah bersabda yang mafhumnya: " akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi Timur".
( Sayyid Hassan Ali An- Nadawi meriwatkan dalam kitabnya Sababul Inhithath Al muslimin).

Seterusnya Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
" Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu ".

( Riwayat Imam Ahmad ).

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Masud daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Kalau tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman." Kitab Al hawi lil Fatawa oleh imam Sayuti).

Berdasarkan hadist diatas, Tuhan telah berjanji bahawa dunia ini tidak akan dikiamatkan sebelum ianya dipenuhi dengan keadilan.  Ini bererti masa depan Islam begitu cerah diakhir zaman ini.  Islam akan menguasai dan mewarnai semula dunia dengan keamanan, kedamaian, dan kemakmuran menggantikan kezaliman dan kedurjanaan yang sedang melanda dunia hari ini.

Berdasarkan keterangan hadis diatas jelas menggambarkan bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini bermula dari sebelah Timur.  Beerti negara negara sebelah Timur mesti mesti mengambil perhatian dan membuat persiapan kearah itu.  Manakah negara yang dikatakan Timur itu? Apakah Timur Tengah, atau Timur Jauh? Kita akan lihat jawapannya nanti. Sama-sama kita nantikan!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?