IMAM MAHDI PEJUANG KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT.

Para pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat dibantu oleh Allah SWT. Allah berikan mereka ilmu, kaedah perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya musuh serta pelbagai kekuatan lagi.

Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, sesiapa (pe­mimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari aga­ma-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemim­pin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)

Hadis-Hadis tentang Imam Mahdi dan jadual Tuhan di akhir zaman banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan. Maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham.

Imam Mahdi sebagai pelaksana kebangkitan akhir zaman bertaraf sejagat. Imam Mahdi diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak tahu secara pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagai­mana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.

Tuhan telah siapkan tapak perjuangannya di Timur dan dari sana dilancarkan keperingkat sejagat. Tuhan telah takdirkan jadualNya untuk akhir zaman ini, khususnya tentang Imam Mahdi. Bumi timur telah Tuhan persiapkan sebagai tapak pelancaran perjuangannya keseluruh dunia. Model Islam yang dicetuskan di timur dikembangkan keseluruh dunia.

Dalam kajian ulama ulama dan kitab-kitab ahli sunnah wal jamaah, Imam Mahdi itu seorang lelaki yang di ghaibkan Allah yang akan zahir semula, sepertimana Allah akan turunkan Nabi Isa semula dari ghaibnya. Imam Mahdi yang bernama, berbapa dan beribu seperti Rasulullah itu pada ulama ahli sunnah wal jamaah adalah satu-satunya manusia yang mampu Islamkan dunia kali kedua seperti yang dibuat oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Tanpa Imam Mahdi, tidak akan ada seorang pun pemimpin dunia Islam yang mampu buat kerja-kerja yang besar itu.

Kepimpinan Imam Mahdi dijanjikan itu, suatu zaman yang gilang-gemilang dan tiada taranya, penuh keberkatan dan kemakmuran, penuh iman dan amal soleh, tiada pertumpahan darah dan pergaduhan. Kepimpinannya juga dijanjikan Tuhan berjaya membawa kebenaran dan keadilan ke peringkat sejagat. Ertinya manusia yang berada di timur dan barat juga dimana saja menikmati keadilan dan kemakmuran dibawah naungan kepimpinannya Setiap orang merasa selamat dan terbela.

Perbincangan dan perbahasan tentang Imam Mahdi semakin rancak. Bukan hanya ditulis dalam kitab kitab tetapi telah dikongsikan di dalam media arus perdana melalui kaca TV dan media elektronik. Imam Mahdi akan muncul di zaman di mana banyak berlakunya fitnah dajjal.

Semenjak kejatuhan empayar Othmaniyyah pada tahun 1925, dunia Islam semakin asing dan dipandang hina oleh masyarakat dunia, pelbagai dakyah jahat Yahudi dan kuasa besar dunia sudah sampai kemuncaknya. Orang Islam tidak mampu berbuat apa apa lagi. Setiap hati umat Islam merintih pada Tuhan supaya di datangkan segera pemimpin penyelamat.

Setiap para rasul yang Tuhan datangkan mereka akan mengingatkan kepada umat masing masing tentang dajjal. Rasulullah SAW sendiri banyak mengingatkan umatnya tentang fitnah dajjal dan diajarkan doa khusus berlindung dari fitnah dajjal. Di zaman kita dajjal berselindung melalui sistem-sistemnya dan pesuruhnya bagi menjalankan misinya sebelum kemunculan Imam Mahdi. Ramai manusia tidak dapat lari dari sistem dajjal tersebut. Ramai manusia yang terpedaya dengan dunia dan sistem sistem dajjal yang mengawal setiap minda manusia.

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal". (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)”.
(Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari

Kewajipan untuk berlindung dari fitnah dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Bila seseorang itu selesai membaca tashahhud (tahiyyat akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi SAW selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah?.

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi. Bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya....kemungkinan akan murtad..
.نعوذ بالله من الدجال لعنة الله

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika salah seorang di antaramu telah selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, dengan membaca:

                          أللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، و من عذاب جهنم،
             . و من فتنة المحيا والممات، و من شر فتنة المسيح الدجال

ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal

Bagi menyelamatkan dunia dari fitnah dajjal dan ancaman dajjal, Allah datangkan Imam Mahdi. Kedatangan Imam Mahdi menyelamatkan dunia dari kezaliman kepada keadilan. Roh melonjak faktor Imam Mahdi, iman dapat sabsidi berkat kedatangan Imam Mahdi. Kesannya soal kepercayaan dan keyakinan meningkat. Tentang akidah dan pegangan. Tentang keimanan kepada Tuhan dan hari Akhirat. Tentang rasa cinta dan takut dengan Tuhan.

Bentuk kepimpinan Imam Mahdi ada dua, pertama, memimpin dibalik tabir atau secara ghaib, dan kedua, memimpin secara fizikal ertinya menzahirkan diri dan kepimpinannya secara nyata. Kenapa kepimpinan Imam Mahdi ada dua peringkat? Hal ini amat perlu sebenarnya kerana Yahudi sangat mencari Imam Mahdi. Mereka sanggup buat apa saja untuk menggagalkan rancangan Tuhan. Maka, bila Allah memilih untuk jadikan format perjuangan Islam akhir zaman ini sangat misteri, adalah suatu kebijaksanaan-Nya yang Maha Adil. Imam Mahdi pun zahir kembali setelah ghaib diiringi Pemuda Bani Tamim. Masing-masing muncul dalam fizikal lebih muda iaitu berwajah pemuda 40-an.

Inilah yang dinantikan seluruh umat Islam, samada yang membaca hadis atau yang menantikan kehadiran penyelamat dalam kehidupan mereka. Dunia kini huru hara kerana Allah taala hendak menghantar penyelamat buat dunia. Sebelum itu, umat manusia perlu diberikan kesedaran melalui suasana huru hara supaya hati masing-masing kembali berserah kepada Allah dan mengharapakan bantuan Allah. Kini tiba masanya untuk penyelamat didatangkan kepada dunia, untuk membawa manusia kembali kepada Tuhannya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?