PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam di akhir zaman yang mana Nabi Muhammad saw sabdakan, iman umat di akhir zaman ibarat senipis kulit bawang. Bermaknya terlalu lemah, rapuh, tidak kuat, dan mudah hancur. Inilah yang perlu umat Islam hadapi, cabaran dan dugaan yang menuntut kita menjadi orang beriman dan bertaqwa.
Dalam menuju keimanan atau menjadi orang beriman, mesti memiliki ilmu sebagai panduan. Inilah yang membezakan muslim dan mukmin. Muslim mungkin berilmu namun mukmin melaksanakan tuntutan ilmu. Ini berbeza. Namun kali ini kita hendak bicara mengenai generasi masa depan, generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak kita yang satu masa nanti akan berdepan dengan fitnah yang sangat hebat. Fitnah yang sangat ditakuti dan sangat diminta dijauhkan oleh para nabi dan rasul. Itulah fitnah dajjal. Boleh jadi jika Allah taala berkehendak kita juga akan berdepan dengan dajjal laknatullah ini. Namun fitnah-fitnah dajjal telah pun melata, hingga kebenaran tidak dianggap kebenaran, kebatilan dicampur-adukkan dengan kebenaran, yang betul dikata salah dan yang salah diangkat dan dibesar-besarkan.
Dalam berhadapan dengan fitnah dajjal atau dajjal ini, berani sahaja tidak cukup, ada ilmu sahaja pun tak memadai, kerana Allah taala menjanjikan keselamatan hanya untuk mereka yang memiliki rasa tauhid yang tinggi. Hingga dikatakan oleh baginda kemuncak ujian berdepan dengan dajjal bilamana orang mukmin akan diuji dengan ketiadaan makanan, sehingga cukup dengan surah Al-Ikhlas boleh mengenyangkan orang mukmin. Imanlah yang berperanan menyelamatkan fizikal manusia di ketika itu. Namun iman yang bagamana? Iman ikut-ikutan sudah tentu akan awal lagi tersaring, begitu juga iman ilmu; kerana ilmu tanpa amal tidak cukup malah membahayakan.
Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".
Dari Abu Said'al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amal yang utama di atas bumi ini tiga: Penuntut ilmu, jihad dan usaha kerja, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad waliullah dan yang berusaha bekerja siddiqullah (orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)".
(Hadith diriwayatkan Abu Laith Al-Samarqandi dalam Tanbih Al-Ghafilin)
"Amal yang utama di atas bumi ini tiga: Penuntut ilmu, jihad dan usaha kerja, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad waliullah dan yang berusaha bekerja siddiqullah (orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)".
(Hadith diriwayatkan Abu Laith Al-Samarqandi dalam Tanbih Al-Ghafilin)
Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
"Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
"Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
(Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774))
Begitu mulia sekali mereka yang berusaha mencari dan memiliki ilmu. Ilmu ialah sesuatu yang amat berharga. Namun ilmu terlalu banyak nak diperkatakan, nak dihujjahkan, nak dibentangkan dan dikembangkan. Ilmu apa yang boleh menyelamatkan manusia? Sudah tentu ilmu yang mampu kembalikan tauhid manusia kepada Allah yang Esa, ilmu yang kembalikan fitrah manusia; jadi berbalik semula kepada panduan yang Allah berikan kepada manusia dalam surah Al-Mukminun tadi. Abuya telahpun memberikan kita ilmu-ilmu tentang sembahyang, serta falsafahnya; terkandung didalam solat itu 1001 panduan dan keselamatan, serta yang utamanya membawa kita mikraj atau perjalanan menuju Tuhan yang Maha Esa.
Jadi, jawapan kepada masalah kita ialah sembahyang! Baikilah sembahyang, elokkan serta indahkan hubungan kita dengan Allah ini. Inilah jawapan untuk membaiki generasi kita, membaiki masyarakat, sekaligus membaiki dunia dalam berhadapan masalah yang Allah datangkan, terutama berdepan dengan dajjal. Kerana semua ini Allah yang izinkan hakikatnya, maka Allah jualah tempat penyelesai masalah dan jalan keluar daripada semua ini. Maka apa yang diperlukan ialah dengan betulkan solat kita.
Dalam hal ini, kita perlukan ilmu, perlukan panduan. Dalam nak betulkan sembahyang, hal-hal maksiat sangat perlu dielakkan, kerana ia duri dalam daging, api dalam sekam, racun yang membunuh amal dalam diam. Baiki sembahyang bermula daripada diri kita, seterusnya kaum kerabat kita, barulah kepada masyarakat dan seterusnya akan berkembang ke peringkat negara dan dunia. Oleh kerana itulah Abuya dalam hal sembahyang sangat serius, malah sebelum Abuya memulakan dalam jemaahnya kepada keluarganya Abuya menitikberatkan hal sembahyang ini. Buat apa syarahkan solat kepada orang lain sekiranya anak isteri pun sembahyang tunggang langgang. Cakap dan dakwah tidak masin, tidak memberi bekas. Kerana membaiki diri bermula dari diri, kemudian keluarga dan barulah seterusnya kepada peringkat masyarakat dan global.
Bila sembahyang dibaiki, kebaikan yang lain akan menyusul kerana ianya pakej yang Allah taala kampilkan bersama. Mana boleh baiki sembahyang tapi hasilnya bergaduh, itu nampaknya sembahyangnya tidak memberi kesan, malah jadi racun. Sepatutnya bila sudah menghayati sembahyang maka kejahatan dan maksiat akan terhindar, automatik manusia menjauhkan diri daripada kejahatan, dosa dan maksiat. Malah maruah diri akan terbina sendirinya kerana solat itu membina peribadi yang luarbiasa. Lahirlah daripada sembahyang manusia-manusia yang pemurah dan dermawan walaupun dia sendiri tidak memiliki harta. Buktinya ialah Khalifah Saidina Ali kw, beliaulah dikalangan para sahabat yang paling banyak membela anak yatim dan janda-janda. Hal ini diketahui selepas wafatnya, kerana tiada lagi makanan atau sumbangan yang diletakkan di hadapan pintu rumah mereka setelah meninggalnya Khalifah Ali kw, sedangkan umum mengetahui Saidina Ali bukan bangsawan atau orang kaya. Hidupnya tidak berada tetapi beliau adalah orang kaya hakiki yang lahir dari sembahyang yang khusyuk ini. Peribadi inilah yang akan lahir daripada sembahyang, yang akan mengejutkan dunia akhir zaman.
Kita bertuah walaupun hidup di akhir zaman dan terpisah dengan fizikal Rasulullah saw, kerana dijanjikan pada akhir zaman ini pemimpin yang bertaraf khalifah akan datang mengembalikan keadilan sepertimana kezaliman dan kebatilan memenuhi dunia. Kita kena dan perlu bersiap, malah melakukan persiapan untuk generasi anak cucu kita. Andai kita tidak diizin bertemu, generasi seterusnya menyambung perjuangan kita, merekalah akan berdepan dengan semua ini. Persiapkanlah lahir dan batin mereka, terutama baikilah soal hubungan dengan Allah dan manusia. Eratkan silaturrahim, kekalkan persaudaraan, elakkan permusuhan, jauhi fitnah kerana fitnah itu laluan syaitan dan iblis yang paling kuat dan mudah menjerat dan menjatuhkan manusia.