PERCATURAN ALLAH MEMPROSES MALAYSIA DAN SEISINYA.

Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik keislamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain, tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah.

Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis yang kembali ke pangkal jalan merupakan suatu yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Islam Malaysia.

Apa jua yang terjadi sama ada berkaitan soal ekonomi, budaya, pendidikan Perubahan positif yang dilihat kepada sebilangan artis mutaakhir ini dalam mendekati Islam, jelas menggambarkan kebangkitan Islam yang kembali kepada fitrahnya. Suasana ini adalah ke arah memberi laluan kepada kemaraan Islam. Setiap pergolakan memberi laluan dan akan menguntungkan Islam. Sekaligus memberi laluan ke arah tertegaknya daulah Islamiah di Malaysia.

Ketika dunia politik di Malaysia dilanda krisis namun rakyat Malaysia umumnya tenang sahaja. Kekecohan di peringkat pemimpin tidak menggugat perubahan masyarakat. Apakah hikmah di sebalik perubahan songsang ini? Apa yang berlaku pada rakyat Malaysia kini adalah satu pengulangan sejarah. Inilah proses yang terjadi pada rakyat sesebuah negara bila seorang pemimpin yang baik hendak dikurniakan kepada mereka. Menurut Abuya, rakyat yang baik  dijanjikan pemimpin yang baik. Maha suci Tuhan daripada memungkiri janji.


Seorang yang berjiwa Islam tak perlu terlalu banyak ilmunya. Walaupun sederhana ilmunya tapi sampai peringkat berjiwa Islam, imannya kuat, teguh, sampai dapat merasakan takut dengan Allah, gentar dengan Allah, cinta dengan Allah. Yang merasakan adalah hati, bukan akal. Jadi orang yang benar-benar berjiwa Islam, tauhidnya benar-benar tertanam di dalam hati. Orang yang imannya begitu teguh, jika diuji dengan berbagai-bagai ujian, baik diuji dengan nikmat maupun diuji dengan siksaan, imannya tidak akan tumbang, Islamnya tidak akan jatuh, akhlaknya tidak akan runtuh.

Abuya tidak jemu-jemu mendidik, memandu dan menanamkan keyakinan kepada kita tentang kebangkitan Islam di Malaysia melalui kasih sayang. Kesan didikan yang mempunyai roh di jiwai sekali pun ilmunya sederhana dapat dilihat ianya berbuah. Sama ada terhadap tuhannya sangat terkesan kehambaannya dan kepada manusia sangat tertonjol khidmatnya kepada manusia. Akhlaknya dengan manusia juga sangat disenangi.


Walaupun dunia diserahkan kepadanya, diberi pangkat yang tinggi, kenderaan yang mewah, rumah yang besar, tetap imannya tidak akan tumbang. Bahkan semakin bersyukur dan semakin halus akhlaknya. Sebaliknya, jika diuji dengan penderitaan, walaupun miskin harta sekalipun, tetapi makin kuat imannya, amalan Islamnya tidak akan ditinggalkan, budi pekertinya bertambah halus, akhlaknya bertambah kuat. Tetapi jika iman belum tertanam di dalam hati, baru sekedar berfikiran Islam, jika diuji dengan sedikit ujian, Islamnya akan runtuh dan imannya roboh. Sedikit sakit, sudah tidak sembahyang atau kalau pun sembahyang atau solat sudah tidak khusyuk.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?