ULAMA PEWARIS NABI.
Para ulama yang soleh terdahulu, mereka hidup berdikari. Cari rezeki dengan kudrat sendiri. Tak mengharapkan bantuan dan sumbangan masyarakatnya. Ada sebahagian mereka pembuat kasut, arkitek binaan, berniaga, mengembala dan berladang. Mereka mencari rezki macam orang lain, bezanya mereka menjadi rujukan dalam permasalahan di kalangan masyarakat. Ilmu mereka dijadikan panduan dan suri tauladan. Sebab mereka tidak sekadar bercakap, malah melahirkan model dalam kehidupan. Namun di akhir zaman, ramai yang berkata tidak mengkota. Walaupun menceritakan hal Nabi dan akhlak Nabi, tetapi dirinya tak terpuji. Masyarakat payah menerima kerana tiada contoh dalam kehidupan. Manusia perlukan panduan, perlukan praktikal dalam amalan. Nanti ahli agama akan terhukum dengan sendirinya, terhukum dengan sikap dan peribadi mereka sendiri.