Posts

Showing posts from November, 2015

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih lagi yang

PERLUNYA KITA PADA PEMIMPIN YANG MEMBAWA KE AKHIRAT.

Image
Hidup di dunia ini tidak kekal. Kehidupan sementara.  Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah bukan realiti dinisbahkan akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 70 atau 80 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.  Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Kesengsaraan dan penderitaan di dunia ini, yang berlangsung hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan atau beberapa tahun. Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Firman Allah:  ۚ  Ø£َرَضِيتُÙ… بِٱلْØ­َÙŠَÙˆٰØ©ِ ٱلدُّÙ†ْÙŠَا Ù…ِÙ†َ ٱلْØ¡َاخِ