2016, MALAYSIA DIMERIAHKAN DENGAN SELAWAT PERDANA, ZIKIR PERDANA, PUTRAJAYA BERJEMAAH SUBUH DLL.
Angin kebangkitan Islam yang berhembus lembut di Malaysia kian lama kian ketara. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Tahap masyarakat umat Islam di Malaysia sekarang ada dua pilihan sahaja. Kerana era sudah berubah. Nilai hidup sudah berubah. Cara hidup sudah berubah. Kemuncaknya nanti umat Islam akan berubah secara total kepada Islam. Ia sedang berlaku berperingkat, di kalangan masyarakat Malaysia. Kebangkitan Islam yang sedang berlaku ini sudah tidak dapat ditahan dan dibendung. Kesedaran terhadap Islam kini bukan hanya pada sebahagian kelompok atau jemaah sahaja, malah ianya telah menyeluruh dan meresap kepada semua golongan di negara ini. Makar Allah berjalan dengan lancar, Allah jualah yang menjayakan rancangan-Nya yang telah tertulis sejak azali lagi yang mesti diyakini oleh semua orang Islam yang beriman dengan Qada d